Friday, August 21, 2015

1301 : Hari Keluarga Yusof Besah 2015 - Preview (Hotel) Impian Hotel Morib

Lokasi : Impian Hotel, Morib


Tarikh & Hari : 15.8.2015 (Sabtu) & 16.8.2015 (Ahad)

Alhamdulillah, untuk kali ke 12nya telah berlangsung Hari Keluarga Yusof Besah 2015 di Impian Hotel Morib.Di sebabkan tahu jalan ke Morib, jadi tak adalah sesat barat.Cuma terlajak sikit je.

Bilik hotel no 417.Kira hujung sekali dan besar.Macam tak sesuai je untuk 2 orang laki bini.

Ada kerusi yang untuk bermalas - malasan.Tapi tak sempat pun.Cuma ambik bantal tue je buat bantal peluk waktu tidur malam.
Ruang tempat penyimpanan.Yang atas peti sejuk tue aku punya yang paling kiri tue My Wife punya area .
Bilik air agak bersih dan nyaman.Kira memuaskan lah bilik ni.Yang tak best ialah langsirnya ada yg koyak (x ambik gambar pulak).
Ada kelab golf yakni padang golf.Ada la juga tertengok anak beranak ni 'bercangkul' kat sini.

Kawasan bilik hotel ini macam bangunan tambahan.Semua ahli family tidur sini kecuali beberapa orang yang biliknya nun di sana dekat kolam renang. Kawasan utama.Tapi duduk bangunan ini ok juga sebab dekat dengan tempat makan dan padang aktiviti sukan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Jom tengok aktiviti 'wajib' bila Hari Keluarga ini berlangsung.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015