Friday, August 14, 2015

1294 : Indahnya Hari Raya Aidil Fitri 2015 >> Potluck Raya X-C.S.A KL Tower

Antara yang hadir pada majlis tersebut.Yang baju oren tue Tuan Umah.Pandai masak ok! suami kepada My Friend, Tinie
Dari kiri Fiza, Aisyah (anak dia), Tinie (Puan Umah), My Wife and hujung sekali Kak Lily

Sembang - sembang tak hingat.Nasib aku datang lepas Asar.Dah lepas maghrib dekat nak masuk isya baru balik.Tue pun tak sempat nak tunggu jumpa yang lain.Datang lambat sangat,Tak kan la aku nak duduk umah orang sampai tengah malam kan? Lagi pun malam ini tidur umah adik My Wife  kat Damansara Damai.
Konsep potluck kan? Aku bawa yakni beli 3 botol air teh limau dan 2 plastik air batu

Menu daripada Tuan & Puan Umah ialah dari bawah ayam goreng dan ikan goreng. Yang tengah Mee talam (menu terengganu kau! kalau kat sana dia orang letak dalam talam) yang nun di atas ialah sambal ikan (ye kot!) belasah je la. Janji semuanya sedap dan bertambah - tambah. Nasi putih juga ada.
Inilah sambalnya or kuah utk ikan goreng tue. Tak tahulah apakah namanya. Tapi sedap.Memang sedap la.
Ini rupa paras ikan goreng.Teringat dulu - dulu masa sekolah.Ikan goreng macam inilah yang menjadi idaman kalbu.Lagi ranggup lagi sedap.

Kalau ikutkan ramai lagi ahli jemaah X - C.S.A KL Tower ini.Tapi ye la. Hujung minggu kan. Tambah - tambah bulan syawal.Masing - masing ada hal, urusan dan jemputan raya dan kenduri kawin di sana sini.Tak pe.Kita plan next gathering pulak ok!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : X bermaksud 'Bekas' C.S.A ialah singakatan kepada Customer Service Assistant di sebuah organisasi

1 comment:

ch@ said...

wah, abg shai boleh bawa air batu lebih tak ahad nanti ;)
inshaaALLAH kalau tiada aral melintang ku fikir mahu bawa koktel puding jelly melly bloghijau namanya. hahahaaa, kotla perjalanan jauhkan gittu! :D

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015