Tuesday, August 11, 2015

1291 : Indahnya Hari Raya Aidil Fitri 2015 >> JJMM - The In3hree Seksyen 15, Shah Alam

Lokasi : The In3hree, Seksyen 15, Shah Alam Selangor
15-69 BLOK G JLN PAHAT K 15/K

Tarikh & Hari : 24.07.2015 (Jumaat)

Pertama kali di sini, sedikit sesat sebab ingatkan masuk jalan yang betul.Rupanya masuk jalan yang salah.
Lokasinya dekat dengan IDCC yang tepi highway tue, Mungkin buat masa ni lokasinya tak srategik sangat sebab kat bahagian belakang,Tapi bila IDCC tue dah buka sepenuhnya.Insya-Allah ada la rezeki tue.

The menu.Wah! kelas tetiba the menu. Hidangannya ada yang set dan ala carte. Pilih mana yg nak.

Ini menu ala cart, ke carte? mana - mana je lah.Kat dalam menu macam - macam ada. pasti ke semua ada?

We are here.My Wife lah duduk ajak.Ni kedai kawan FB/IG dan antara kawan bisnes online yang dia selalu beli barang.
I nak juga selfie diri sendiri.Boleh la kan daripada tak ada.

Set Nasi with ulam dan telur masin, sambal belacan dan ikan bilis with?? ntah x tahu rasa apa dalam tue.Secret resepi kot!

Saya memilih daging masak cili padi. Eh! tetiba saya. Ye la, aku mencubanya tapi tak cukup pedas dek tekak aku.Tak ada cili padi pun?'

My Wife  memilih set asam pedas ikan merah.Sedap juga rasanya. siap 2 ketul bunga kantan. Kira berbaloi la.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Banyak lagi pilihan set yang ada, mungkin boleh mencuba lagi set kari, ayam penyet dan lain - lain pada masa mendatang.Insya-Allah.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015