Monday, August 10, 2015

1290 : Indahnya Hari Raya Aidil Fitri 2015 >> Raya di Puncak Gunung Jerai

Lokasi : Gunung Jerai, Kedah Darul Aman

Tarikh & Hari : 18.07.2015 (Sabtu)

Gigih juga nak mendaki gunung ini selepas berjaya menawan Bukit Bendera.Setelah berpuluh tahun tak ke sini.Akhirnya pada 2 syawal kembali mencatat sejarah di sini ku berdiri. Ce waaah.

Paling suka dengan aksi dan gambar ini.Gaya, liuk lentok serta pose ala - ala model. Menjadi cover profile FB yang paling terkini.

My Wife pun nak juga beraksi ala model. Layankan aja la.
 Ni aku yang ambikkan haruslah cantik kan. Yang penting baca apa yang tulis di belakang itu.

 Mengayakan jubah daripada Zawara yang berharga RM 199. Janji yang penting free, kenapa?

Sebab aku menang contest anjuran FB Busana @ Menara Mara. Syukur alhamdulillah, hadiah untuk diri sendiri.
We are here.Mulanya niat di hati nak berhenti sampai sini juga.Tapi dah alang - alang datang kan. Jom kita menuju puncak.

 Kat atas puncakada Gerai Cenderamata. Tapi nak ke.. tak nak ke untuk masuk. Akhirnya tak masuk.

Yang ke kanan tue ada sekuriti untuk ke resort atas puncak gunung ini yang agak mahal harganya bagi aku.Bagi orang lain mungkin murah kot!

My Wife di hadapan Jerai Food Court.Lupa pulak nak ambik gambar tapi memang konsep makanan main letak je.Orang yang menjual pun tak tahu siapa.Mungkin abang yang duduk cuci kereta kat tepi tandas awam tue kot!

 Tandas Awamnya adalah baru dan sangat bersih.Berbaloi dengan harga yang perlu di bayar.

 Akhirnya lengkaplah destinasi yang disebut dalam lagu 'Cinta Pantai Merdeka'.

Selfie diri sendiri depan signboard Gunung Jerai.

Bukti yang menyatakan bahawa saya memang sudah sampai di sini. Gunung Jerai ooo Gunung Jerai.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Akhirnya misi berjaya.Meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur.


Kuukir namamu

Di awang Gunung Jerai

Disaksikan laut daun nyiur melambai

Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai



Oh! Indahnya... peristiwa...

Cinta kita di Pantai Merdeka...

Oh... oh...

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015