Sunday, August 09, 2015

1289 : Indahnya Hari Raya Aidil Fitri 2015 >> Raya di Kedah hingga ke Perlis

Macam ini lah suasana raya di kampungku.Siapa yang ada? Aku dan My Wife je la + ayah + bukan mak sebenar yakni mak tiri.Kakak sulung aku raya kat umah dia.Selalu lepas solat raya baru datang. Abang sulung ku beraya di umah mertua kat Bukit Mertajam.Petang sikit baru datang dan Abang ke2 ku dah bertahun - tahun lamanya tak beraya di kampung sebab duduk merantau nun jauh di sabah.

Alhamdulillah tahun ini ayah aku super duper rajin buat meja panjang tue sendiri. Macam biasa sejak dulu kala tugas aku ialah memasukkan juadah, kuih raya, kerepek merepek yang ada dalam balang.
yang tak berapa nak cantik ini kasi letak dekat luar.Untuk jemaah lelaki yang datang.

Yang cantik dan berbalang kaca ini di letak kat ruang tamu umah.Al - kisahnya untuk jemaah wanita yang datang.
Nak di jadikan cerita. Lepas balik solat raya.Terus My Wife bagi salam sebab bukan mak sebenar je yang ada di rumah.Tetiba mak jadi 'lembik' yakni nak pengsan dan semakin lemah. Panik la masing - masing.Nasib ayah balik cepat. Dia la yang uruskan. Aku dan My Wife? Mula - mula tolongla tenangkan keadaan tapi ayah dah ada kita orang lintang pukang la siapkan apa yang tak siap. Nak tahu kenapa? Sebab rumah aku dekat dengan surau.Jemaah Sembahyang raya akan serbu rumah kami dulu.Semua jemaah tue pun adalah saudara mara, jiran tertangga.

Dengan sedihnya tiada gambar berbaju melayu raya hijau kuning di pagi syawal tahun ini (sayu).
Terima kasih buat My Wife yang banyak membantu.

Siap - siap nak gie solat jumaat.Jubah ini adalah hadiah daripada My Wife (terima kasih) dan ianya adalah daripada butik Ainon Kaman.

Lagi gambar sebelum pergi beraya.Dalam 2.30 petang barulah kami berdua suami isteri dapat beraya.Di sebabkan kesuntukan masa, aku dengan kuasa power rangers sesuka hati memilih rumah siapa nak pergi beraya.
Rumah pertama beraya tentulah rumah mak saudara kesayangan.Time datang, mak saudara ku (chu liah) tak ada gi umah jiran yang merupakan tok (nenek) saudara aku.Jadi layan diri sendiri la.Menunya ialah nasi lemak.Nasinya sangat sedap.Tengok la mak saudara sapa yang masak. Tapi sambal is kurang sikit di tekak aku.

Rumah ke 2 depan umah Chu Liah ialah rumah Tok Njang. (Tok saudara) tepi umah Chu Liah rumah Tok Ngah (Mak saudara juga) tapi tak pergi sebab cucu - cucu lelaki dia duduk bersidai seksi tak pakai baju depan rumah. Kat rumah Tok Njang ada jamu Tapai. (tiada gambar).

Menu rumah ke tiga ialah Laksa. My Wife la yang suka.Aku tukang rasa sikit je. Rumah ke tiga ialah rumah tok saudara juga.Tok Chik Dah. Keluarganya memang besar.Anaknya ramai dan cucu cicit pun dah ada.Bersembahlah dengan Mak Long, Mak Teh.Sekali sekala berjumpa depan - depan. Selalu kat FB je. Kan....

Rumah ke empat jauh sikit dekat mergong.Sedikit kesesatan sebab dah dekat 2 tahun tak berkunjung.
Rumah bekas jiran My Wife kat Kuarters Kastam Kelana Jaya ni yang merupakan saudara mara sebelah ayah aku juga.Tiada gambar.Menunya mee goreng yang dimasak suaminya sebab si isteri yakni Eton yang merupakan saudara mara aku itu tengah berpantang anak no 3. Diam diam ubi berisi.Tahu - tahu dah anak ke 3.Tahun lepas dapat sorang tahun ini ada lagi.Rezeki - rezeki.

Lokasi hari raya seterusnya agak jauh iaitu di Berseri, Perlis.Jalan nak ke Padang Besar. Al sesat sikit sebab terlepas jalan masuk.Akhirnya sampai juga rumah Tok belah bapa saudara My Wife yakni Tok Kak Long Bashirah yang merupakan sepupunya. Panjangkan al - kisahnya.Sebabkan dah raya sini jadi datang la menziarah. Masakan dan lauk pauk adalah sedap.Siap bertambah lagi kau.

Macam - macam cerita.Akhirnya dapat juga lah bergambar dengan My Wife di petang nak ke senja 1 Syawal 1436 Hijrah.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari aku, saya dan My Wife. Mohon maaf andai ada silap dan salah.

Lokasi terakhir yakni rumah ke 6 di malam harinya ialah di Taman Aman, Anak Bukit. Rumah kakak sulungku.Ada ketupat pulut hitam u all. Penah rasa?

Kat sinilah berjumpa dengan abang dan kakak ipar seisi keluarga.Tapi sebabkan masalah komunikasi dia orang datang lambat sikit.Kita orang makan dulu la sebab dah lapar.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Esoknya pada raya kedua dah nak kembali pulang ke kotaraya untuk berhari raya keluarga sebelah sana pulak.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015