Saturday, August 08, 2015

1288 : Libur Ramadan 2015 >> Kembali Ke Kampung Halaman


Lokasi :Kampung Halaman, Kampung Selarong Lalang Kiri, Alor Setar Kedah Darul Aman


Tarikh & Hari : 15.7.2015 (Rabu) & 16.7.2015 (Khamis)

Akhirnya selamat sampai ke Alor Setar, Kedah.Di tengah - tengah bandar yang kelihatan sesak. Pusing - pusing ke Pekan Rabu @ Ukir Mall. Kawasan itu agak sesak dan susah parking.

Menuju ke Bazar Ramadan dekat perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar.Beli juadah berbuka dan jumpa kakak sulung yang berniaga Nasi Ulam.

Sampai umah je. Bukan Mak sebenar aku tengah duduk balut ketupat palas. My Wife duduk la belajar membuatnya.
Alhamdulillah atas usaha keras dan bersungguh - sungguh akhirnya mencapai kejayaan juga.

Cara - cara membuatnya. Mesti ada daun palas dan juga pulut yang telah di masak 3/4 masak (kot!)
Ini yang dah siap.Jap lagi la baru kita rebus. Hari masih muda remaja lagi kan.

Tak ada angin tak ada ribut (hari ini la) tetiba nampak ada bangsal ini. Apakah?
Tahun ni Tok Bakaq (ayah aku la tue) tetiba nak melemangkan diri dan berasap kan umah,

Jom kita selfie perasap diri depan tempat pembakaran lemang tue. Apa tugas aku? Tukang tengok je la.Mana lah reti nak membuat, membakaq dan menjaga api lemang ini semua.

Cara membuat lemang ialah mesti ada lemang. ha ha ha. Pulut & Santan.

Buluh apa kah? Ntah la ayah aku ni. Apa buluh la dia ambik. Besar2.Dah macam buluh nak buat tabung. Aku tukang tengok je kan. Mana leh komen lebih2.

Masa untuk memaksa My Wife menjadi tukang ambik gambar sebab nak lawan My Brother yang duduk nun jauh di Sabah yang duduk sibuk juga upload kat FB, Whatsup gambar membakar lemang keliling.
Ada gaya tak? Janji bergaya, walaupun.. hanya jadi tukang tengok + tukang makan.

Berlakon ala - ala konon tengah melemangkan diri la. Tapi kan. Yang timbunan depan tue adalah?

Orang tak reti melemang macam tue la.Layan ketupat palas lagi baik.

Masa untuk merebus ketupat palas.Aku tukang tolong sikit - sikit.Sebab kerja aku ialah sapu menyapu, mengemop itu je yang mampu.Petangnya sebelum gi Bazar kat Stadium singgah mendobi kain baju kat Laundry Bar Mergong.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nak buka bisnes laundary 24 jam la. Macam ok je bisnes ni.Sampai update blog sambil nak buka website yang berkenaan.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015