Thursday, August 06, 2015

1286 : Libur Ramadan 2015 >> Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Lokasi :Tanjung Dawai , Sungai Petani, Kedah Darul Aman


Tarikh & Hari : 15.7.2015 (Rabu)
Alhamdulillah selepas check out Hotel, menuju ke destinasi berikutnya iaitu Tanjung Dawai.

Dah berpuluh tahun tak datang sini.Ingat lagi dulu masa kecik - kecik, awal belasan tahun setiap kali ikut pergi kenduri dekat area Sungai Petani/Penang naik van ramai - ramai mesti singgah sini.

Dulu - dulu gerai - gerai kampung style.Sekarang dah ada Arked.Semuanya under one roof. Tapi, yang sedihnya tak terjaga dan sedikit kotor serta tidak bersih.

Dari dalam salah satu kedai yang menjadi pilihan.Kenapa pilih kedai ni? Kita orang berdua dah sepakat akan singgah dan beli kat penjual yang ramah tamah serta mesra alam.

Akhirnya kedai inilah yang menjadi pilihan.2 orang wanita yang merupakan penduduk tempatan.

Macam - macam ikan ada.Ikan bilis, ikan kering, ikan perkasam.Ada produk baru sekarang daging perkasam.

Permandangan ruang kedai menjual produk laut di tingkat atas Arked ini.Kat bahagian bawah banyak yang dah tutup.Nak buat persiapan raya kot!

Ikan bilis yang berbagai rupa paras. Yang depan sekali itu menjadi pilihan.Sangat bersih.


Jom kita berhenti pusing - pusing ambik gambar kenang - kenangan.

Aksi depan signboard ini sangat menarik dan tertarik.Tapi terlalu jauh sangat la.

Lagi dekat. Baru cun! baru menarik.Berlatar belakangkan permandangan yang indah.

Ye..ye saya suka.. saya suka.. Kalau kau orang datang sini jangan lupa ambik gambar kat sini. Ada lagi satu port signboard macam ini tapi x berhenti.Menyesal pulak tak berhenti.Erm...

My Wife pun beraksi.suka dengan gambar ini sebab permandangannya sangat cantik.Subhanallah.

Aku pun nak juga.Suka juga dengan gambar ini Pakai baju baru u all. Baju raya katanya.

Nun jauh di sana.Pulau kah? Atau kawasan daratan? Aku tetiba - tiba keliru.

Salah satu permandangan dari tepi pantai persisir Tanjung Dawai. Kawasan kampung nelayan.

Nun jauh di sana, ku lihat gunung jerai. Kan? Pantai Merdeka dah.. Tanjung Dawai dah.. next ?

Paling suka gambar permandangan ini.Telah menjadi pilihan sebagai gambar wallpaper whatsup.


Nak juga bergambar kat jeti. Siap kempis - kempiskan perut lagi.Tapi apakan daya, memang dah kembung pun perut tue dah tak tertahan nafas.

Lagi satu gambar kat Jeti Tanjung Dawai.Ya, pasti dan sangat - sangat pasti.Depan tue ialah Pantai Merdeka.

Rupa paras Arked tadi daripada Jeti.Ayuh! kita bergerak - gerak khas meninggalkan destinasi ini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Meneruskan perjalanan ke Alor Setar melalui jalan lama - Yan - Kuala Kedah - Alor Setar.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015