Tuesday, August 04, 2015

1284 : Libur Ramadan 2015 >> 'Cinta' Pantai Merdeka


Lokasi : Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman


Tarikh & Hari : 14.7.2015 (Selasa)
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke Pantai Merdeka selepas melalui jalan yang beronak duri dan berliku.Pertama kali di sini.Ikut, papan tanda sahaja. Selebihnya mengikut gerak hati.

Kemana hilangnya 'P' dan juga 'T' siapakah manusia durjana yang mencuri itu huruf???

Melompat lebih tinggi.Dah lama tak beraksi sengal macam ini.Semua paksaan My Wife.

Aksi My Wife di waktu petang bersaksikan Pantai Merdeka sebagai saksi yang kami sudah sampai di sini.

Merenung ke laut yang tak berapa luas.Ada yang tanya, boleh mandi ke kat Pantai Merdeka? Setahu aku dulu - dulu tahun 80-an, 90-an ada la kot orang mandi. Tapi sekarang... macam tak je.

Pandangan daripada sebelah kiri tempat letak kereta. Macam tak percaya pada usia sebegini baru dapat datang tempat ini.

Daripada pandangan sebelah kanan pulak.Ada juga Medan Selera di kawasan itu.Tapi sebab bulan puasa kan.

Antara kemudahan yang ada. Jadi kepada sesiapa yang nak merasa deruan angin Pantai Merdeka. Ayuh kita kesini.

Renung - renungkan. Selamat beramal. Baca dan fahami seterusnya hayati dan jangan lakukannya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Teringat lagu kumpulan Jinbarra.. 'Cinta Pantai Merdeka'. Ada misi yang akan terus di lakukan.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015