Sunday, August 02, 2015

1282 : Libur Ramadan 2015 >> Feri Pulau Pinang

Selamat Tinggal Kepulauan Pulau Pinang. Ayuh kita menuju ke Feri untuk kembali ke daratan.

Beratur.. Ayuh beratur!! tahu pulak kau orang beratur.Kalau tak semua orang nak potong Q je.

Nun jauh di sana adalah jambatan Pulau Pinang pertama. Masa dtg ke Pulau melalui jambatan yang baru.

Nun jauh di sana ialah pulau? Jerejak kan? Ramai skrg org nak duduk pulau tue.Mesti aman damai kan? Tak ada gangguan tapi tak pasti kat sana ada GST ke idok?

Feri dari daratan menuju ke Pulau.Sangat cantik warna itu Feri yang bernama Pulau Payar.

Dalam kegelapan siang kelihatan feri di belakang. Kan betul nama feri tue Pulau Payar.

Lagi 'kemanisan' senyuman My Wife. Feri itu semakin laju bergerak menuju ke pulau.

Aksi terakhir merenung ke luar Feri. Ayuh kita terus bergambar sana dan sini.

Bergambar ber2.Terserlah kelemak - lemak di daguku.Tak suka.. tak suka. + berkerut dahi.

Ini rupa paras tempat kita orang park kereta.Sangat luas dan lapang+ tempat duduk orang ramai. Ini kat tingkat atas. Terasa sikit ketinggiannya.

Dalam sedikit kegelapan tapi tetap juga nak ambil gambar buat kenang - kenangan.Tak tahu bila lagi nak naik feri ni kan.

Keadaan persekitaran yang boleh kita lihat.Malas nak zoom terima dan tengok apa yang ada.

Jambatan Pulau Pinang Pertama dan Pulau Payar itu semakin menjauh dari feri kami yang sudah mula mendekati daratan.

Good Bye Komtar & Pulau nun disana. Panjang umur, ada rezeki, masa dan kesempatan akan kembali ke sana. Tak habis pusing - pusing pun. Mungkin dalam 1/10 Pulau tue je kot!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Destinasi berikutnya ialah Sungai Petani.Jom tengok review pasal hotel kami menginap.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015