Saturday, August 01, 2015

1281 : Libur Ramadan 2015 >> Bukit Bendera - Part 4 (The End)

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Cuaca dingin dan berkabus pada awal kehadiran di sambut dengan keindahan panorama yang indah ini.Subhanallah. Maha suci Allah yang menciptakannya.

Kabus masih menyelubungi di beberapa kawasan sekitar Penang pada pagi hari ini.


Suasana kepulauan Pulau Penang dari atas Puncak Bukit Bendera. Subhanallah.


Keadaan landasan keretapi dari pandangan atas.Ada beberapa perhentian juga sepanjang jalan.

Alhamdulillah, selamat sampai ke bawah kaki Bukit Bendera. Sangat suka signboard ini.Rasanya ini baru ada.Dulu masa datang tak ada atau mungkin signboard lama.

Lagi dari pandangan yang lebih dekat.Simple but nice dan menarik.

Masa turun train. Eh! tetiba taip train. Ye la keretapi. Ada photo both tue.Ingatkan kita tengok dulu gambar yang kita ambik baru print.Ni tak. Dah print kan.Tak kan x beli? Melayang RM 37. Nasib baik kongsi berdua + gambar itu cantik.

Ingat dulu bergambar dekat sini.Malas pulak nak pi cari link cerita pi Bukit Bendera dahulu kala. Mesti aku nampak kurus mulus time tue.

Nak juga bergambar kat sini.Walaupun... Tapi time ni matahari dah mula memunculkan diri.

Sebenarnya nak ambik gambar macam ini. Tapi... tak pelah redha je la. Suka gambar ni sebab... aku yang ambik. la la la.

Berakhirnya catatan perjalanan ke Bukit Bendera.Kiranya Libur Ramadan sebelum balik cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Destinasi berikutnya ialah.....

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015