Wednesday, July 29, 2015

1278 : Libur Ramadan 2015 >> Bukit Bendera - Part 1

Lokasi : Penang Hill/ Bukit Bendera, Pulau Pinang

Tarikh & Hari : 14.07.2015 (Selasa)


Perjalanan balik kg raya aidil fitri tahun 2015 di umumkan sebagai cuti - cuti malaysia. Destinasi pertamanya ialah Bukit Bendera, Pulau Pinang.

My Wife yang pertama kali nak naik bukit Bendera. Destinasi ini menjadi pilihan di saat - saat akhir.

Tiket bayaran untuk seorang dewasa ialah RM 10.00 (Normal) kalau nak Ekspress bayaranya sekali ganda.

Ada juga harga tempatan. Kalau bukan tempatan berapa?  Tetiba rasa keliru kejap.

Keretapi terbaru lagi terkini untuk naik dan turun Bukit Bendera.Dah di gunakan sejak tahun 2011.

Keretapi yg tengah tue penah naik dulu.Kali terakhir pergi Bukit Bendera 2007.Yakni 8 tahun yang lalu.

Laluan untuk masuk menuju ke Platform Keretapi. Orang tak ramai, jadi semuanya bergerak lancar.

My Wife beraksi sementara menunggu Keretapi. Sebelum itu kat pintu masuk ada ambik gambar juga di tangkap oleh juru gambar profesional.

Ada The Owl Museum. Merupakan yang Muzium Burung Hantu pertama di Asia Tenggara.

Menunggu lagi orang menaiki keretapi untuk menuju ke atas Bukit Bendera.

Rupa paras keretapi dari tepi.Ada juga yang kena berdiri.Ada juga masih menanti.Mungkin menunggu untuk mendapatkan tempat yang paling best untuk tengok view kot!

Ini rupa paras keretapi Bukit Bendera.Inilah tiketnya untuk 2 orang berharga RM 20. Muka banyak ganas!! ha ha ha ha....

Keretapi bergerak menaiki ke atas Bukit Bendera.Ini rupa paras lantasannya.

Sila abaikan lutut dan jari jemari orang yang berada nun di hadapan tingkap itu. Ini sebenarnya kira bahagian belakang keretapi la.


Akhirnya selamat sampai ke paras 712meter daripada Paras Laut. Yahoooo!!!!

Alhamdulillah selamat juga sampai. Papan tanda ?? Eh! bukan.. Yang tertulis Penang Hill seperti di atas ini sangatlah cantik tetapi berada di lokasi yang tidak sesuai yakni strategik.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dulu datang sendiri (walaupun dengan 2 orang kawan yg lain). Kini datang berdua.Insya-Allah harap lepas ini akan datang ber3 dengan anak. A-Min. Bila?? Biarlah takdir menentukannya.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015