Monday, July 13, 2015

1277 : Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436 Hijrah


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir & Batin kepada pembaca blog ini.Ada ke? Update in advance sebab 14/7/2015 dah mula gerak menuju utara.Memang tak sempat nak update kalau dah balik kampung kan.Semoga perjalanan pergi dan balik di permudahkan. A-Min.

Alhamdulillah akan bercuti sehingga 26/7/2015.Yahooo!!! cuti sakan selepas bertungkus lumus di Jualan Ramadan kat Busana@Menara Mara yang dah berakhir semalam 12/7/2015.

Untuk semua selamat balik kampung, selamat hari raya dan berhati - hati di jalan raya.Jangan banyak sangat makan kuih raya.Bagi saja duit raya mana yang terdaya.Jangan makan dan minum banyak sangat nanti perut tergejut.Kurangkan minum ais banyak kan minum air kosong.Semoga syawal yang di nanti akan disambut dan di syukuri. #syukurselalu.

Ziarah menziarahi saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai serta jiran tertangga.Tidak di lupa berkunjung ke pusara ibunda dan mereka yang sudah tiada dan pergi terlebih dahulu dari kita.

Selamat Hari Raya semua.Panjang umur kita jumpa di syawal nanti dengan cerita ceriti mana yang ada.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015