Tuesday, June 16, 2015

1262 : JJMM >> Dinner @ Premiera Hotel


Lokasi : Premiera Hotel

Tarikh & Hari : 15.6.2015 (Isnin)


Bukan kali pertama makan di sini. Oooops!! pernah makan tengah hari sebelum ini.Itu pun sebab ada majlis ceramah Ustaz Zahazan.

Dekorasi dan rupa paras coffee house yang terletak di level 5, Busana, Medan Mara dan disebelahnya (tak jauh pun) adalah Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Bila nak makan ni? Dah bergelora 'menahan lapar dan dahaga' tetiba ada orang add group what'sup baru. Erk! apakah? rupanya group utk buka puasa.Waduh! banyak sungguh orang nak aturkan majlis bukan puasa.Group 'blogger alumni tue la', group x hr la, group x c.s.a la. Tue belum la group department ofis. Aduh! sakitnya ku di sini. Ha ha ha.

Al - Kisah ! Bersyukur menjadi insan terpilih.Walaupun dapat notis pada pagi hari kejadian.Nasib di jemput sekali My Wife.Adik beradiknya yang lain semua ada kecuali seorang je, sebab isterinya tengah sarat mengandung.

Inilah rupa paras makanannya. Ayamnya ok!, kambing dia macam kureng (x minat sangat, ambik seketul yang kecik).Udang dia? erm.. boleh la... sesedap rasa.Sayur campur tue biasa - biasa aja. Tapi ikan siakap kuah lemak tue memang baik punyer! (bukan kategori terbaik la!) tapi ada rasa.

Pusingan pertama.Time ni nasi belum sampai.Ada juga pembuka selera (salad u allz + salmon) boleh la. (tiada dalam gambar).Lepas dah sampai nasi lupa terus nak ambil gambar.

Penutup bicara ialah kek dan ice cream. Sesedap rasa.Secara keseluruhan adalah baik - baik sahaja. (Dah nama pun makan free, bersyukurlah) ha ha ha..

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nak cari tempat berbuka puasa? Erm.. ada jumpa satu nie. Macam menarik. Tunggu....

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015