Sunday, June 14, 2015

1260 : Selamat Hari Lahir Ke 4 - Nour Eizzah

Hari ini hari lahirnya
14 June 2015
Genap usianya ke 4 tahun
Terima Kasih Allah

Yang memberi ruang
Yang membuka peluang
Yang mengaturkan Perancangan
Meminjamkan untuk berkongsi

Kasih dan sayang
Tingkah serta laku
Senyuman dan tangisan
Sentiasa di ingatan

Terima Kasih Allah
Untuk semua ini
Kau Puteri di hati
Hadir menjadi penyeri

Selamat Ulangtahun sayang
Semoga menjadi anak yang solehah
Cerdik, Bijak & Pandai
Bersopan santun dan beradab susila

Untukmu Nour Eizzah
Kau sentiasa di rindu
Kesayangan daddy & mummy
Love u selalu

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tuhan lebih tahu.Bersyukur kerana di beri kesempatan untuk melalui saat - saat manis bersama insan - insan kecil yang sentiasa menghiburkan.Biarpun bukan zuriat sendiri tetapi sekurang - kurangnya ada tempat untuk mencurahkan kasih sayang.Berkongsi walaupun bukan hanya seketika.Bersama walaupun hanya kadang kala.Allah adalah sebaik - baik pencipta. #Segalanyakuterimadengan redha. 


No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015