Tuesday, June 09, 2015

1256 : Semasa - Hari Kedua >> Pesta Ramadhan & Karnival Ahli Telaga Biru @ Busana, Medan Mara


Lokasi : Ruang Legar, Busana, Medan Mara, Kuala Lumpur

Tarikh & Hari : 5.6.2015 (Jumaat)

Masa kejadian gambar ini di ambil ialah sekitar jam 2.00 petang (selepas solat jumaat).

Masa solat jumaat tak tahu la macam mana keadaannya.Tetapi dapat rasakan memang ramai orang. Time gambar ini diambil pun memang ramai orang.(waktu puncak).

Ini adalah aturcara yang telah di susun atur.Ada juga yang tak mengikut jadual dan tersasar dari waktu yang sepatutnya.Apa pun lebih baik ada perancangan daripada tidak merancang langsung.

Ini antara buku yang di beri harga RM 5 setiap satu.Kira berbaloi kalau memang dan kebanyakannya jika diikut pada kadar diskaun ialah melebihi 50%

Ini pulak antara koleksi buku yang di beri harga hanya RM 10 setiap satu tajuk.Antaranya ialah buku masakan, novel, buku remeh temeh dan lain - lain.

Ini antara buku yang diberikan potongan sebanyak 40% kepada bukan ahli dan tambahan 10% peratus lagi menjadi 50% untuk ahli VIP Kad Telaga Biru.Nama pun karnival ahli.Semestinya hak dan keistimewaan ahli di utamakan.Berapa harga daftar ahli VIP Kad Telaga Biru? Hanya RM 15 untuk seumur hidup.Murah kan?


Selain itu ada juga buku diskaun 30% / 40% dan yang diatas ini buku offer dengan diskaun 20% dan 30% kepada ahli VIP Kad Telaga Biru. Bukan selalu bagi diskaun kan! Selain Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kat jualan - jualan macam ini baru lah Telaga Biru bagi diskaun baik punyer!

Di 'pulau' ini ada Al - Quran Telaga Biru dan buku - buku kulit keras dan best sellers yang di jual dengan harga diskuan 10% dan 20% kepada Ahli Kad Telaga Biru.

Lagi produk Al - Quran Telaga Biru.Dah banyak pilihan sekarang.Ada macam - macam kelebihan.Saiz, warna dan harga.

Tak semua produk Telaga Biru di bawa ke Pesta Ramadhan ini.Hanya buku yang kursus sahaja.Di atas ini ialah produk bukan keluaran Telaga Biru sebagai pilihan kepada pembeli.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Yahooo!! esok (6.6.2015 - sabtu) cuti.Boleh je kalau tak cuti.Tapi kena pilih salah satu. Kerja atau 'majlis'.Kalau keduanya sekali memang terkejar - kejarla.Jadi, keputusannya ialah hadir ke majlis tersebut dan bermalam di lokasi kejadian.Apakah?

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015