Thursday, June 04, 2015

1254 : Sebelum - Persiapan >> Pesta Ramadhan & Karnival Ahli Telaga Biru @ Busana, Medan Mara

Ini malam sebelum set up (gambar ehsan : staff new media). Datang untuk testing LED.

Giant banner yang memanjang ke bawah.Ada sedikit kesilapan.Ada 2 yang sama kan? patutnya lain. Nanti kita tengok bila dah pasang yang baru (lagi satu).

Adik - adik storeboy yang gagah perkasa membawa barang - barang (stok buku) untuk di susun.

Misi pertama ialah memasang kapet agar tidak mencalarkan lantai marmar yang sangat cantik, berkilat dan mahal itu.Kang rosak kena tanggung kos pulak!

Bertungkus lumus masing - masing dengan kerja dan tugas tersendiri.Semua tahu apa nak buat.

Pemasang di luar pintu masuk utama yang di panggil pintu gerbang di raja.Oh! sahaja je menambah bagi sedap perisa sikit.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Menanti 4.6.2015 untuk ketahui ada ke tidak orang yang datang? ramai atau sunyi dan sepi je? Harap - harap apa yang di impikan menjadi kenyataan? Impi apa? Ye la.. setiap pesta/karnival/expo/jualan mesti ada target kan? Itulah impiannya yakni mencapai atau melebihi target yang telah di tetapkan.Mampu kah? Tunggu....

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015