Thursday, May 21, 2015

1245 : Majalah Terbaru Telaga Biru >> Demi Cinta

Alhamdulillah semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang lalu Telaga Biru Sdn Bhd telah melancarkan majalah ke 4 keluarannya yang diberi nama 'Demi Cinta'.


Promosi majalah tersebut di FB dan media sosial yang lain.Mengangkat tema Motivasi & Inspirasi Keluarga majalah ini mejadikan golongan wanita sebagai target market.Walaubagaimanapun ianya adalah bahan bacaan khusus untuk seisi keluarga.

Majalah Demi Cinta selamat di lancarkan pada 2.5.2015 sekitar jam 10 pagi.


Sangat cantik dan menarik idea konsep latar belakang atas pentas seperti ini.Nampak simple tapi wow!
Pandangan dari sudut atas.Waktu kejadian aku tak ada kerana bertugas. Dan ianya merupakan hari ke 9 berturut - turut aku bertugas sebelum dapat bercuti pada esoknya.

Siapakah? Inilah Hafiz Hamidon. Ada juga kumpulan Brothers yang dah 'come back' dan hadir dengan album baru serta lagu single mereka yang bertajuk 'Demi Cinta'.

PU Hafiz turut berkunjung ke both Telaga Biru dan bergambar di latar belakang majalah terbaru kami.
Tak Kenal? Y.B K.J yakni Khairi Jamaluddin yang sangat sempoi! simple dan bebas serta tak terikat dengan protokal.Santai je Y.B ini datang ke Pesta Buku dengan gaya ala - ala orang biasa. Bagus!! I Like sikap Y.B yang sebegini.
Dapatkan majalah terbaru Telaga Biru yang bertajuk Demi Cinta dengan isu perdana pada harga RM 6.50 di pasaran sekarang..... (Masa pesta buku je ada diskaun sikit!) Insya- Allah majalah ini akan di edarkan setiap 2 bulan sekali (tertakluk kepada perubahan dan pindaan).

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dalam suka ada duka. Mood blogging kini kembali.Tapi tak pasti esok lusa adakah kerajinan update blog ini akan menjadi - jadi?

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015