Thursday, April 02, 2015

1231 : Pengalaman Pertama di Kidzania Kuala Lumpur - Bahagian Kedua



Di tingkat 2. Ada banyak juga xtvt dan pekerjaan boleh di lakukan.Jom ke TV Studio

Rangkaian TV Media Prima pun ada. Tapi Fifi macam tak minat je.Masuk kejap lepas tue keluar. Kalau aku la masih kanak - kanak memang nak je jadi penyampai berita. ha ha ha.

Beraksi depan TV Studio. Hanya mampu melihat tak mampu nak kerja di sini. Pasrah & Redha


Ini lah contohnya ye adik - adik sekelian cara nak baca. Dari atas sebelah kiri 6 Kids maksudnya hanya 6 orang shj boleh masuk kat Lifebuoy Health Institute ni. Dan jangka masanya ialah 20 minit. sesuai untuk +6 tahun (ke atas) dan bila bekerja di sini dapat la 10z (duit kidzania la)

Ynag ini pulak bekerja dekat Dell kalau tak silap. Dapat 10z kalau kerja.Tapi ke dua - dua tue Fifi tak nak. Dia tak sabar - sabar nak ke sini. Manakah? bawa ni la...

Pilot Training.. maksudnya tempat ini ialah bekerja dalam kapal terbang air asia. Masa lalu sebelum ini lagi ramai orang.Bila nampak tak ramai yang menungguh, terus suruh Fifi masuk sana.

Ye.Air Asia ok! tapi ibu/bapa dan penjaga tak boleh masuk dan lihat. (Sangat sedih) baru nak merasa tengok depan mata sendiri. hu hu hu.

Fifi kata best.Macam - macam pekerjaan dalam ini.Dia nak sangat merasa jadi 'pilot'.

Lepas tue pergi Kidzania Mayor's Office.Tak ada orang lain selain Fifi. Ber2 je la dia orang

Kat tingkat ke 2 dalam Kidzania ini ada Oreo Cookie.Cara proses buat Oreo la. Lama juga menunggu sebab yang group sebelum tue dah start.Ada juga Cadburry tapi Fifi tak nak masuk.

Turun balik ke bawah. Masa kat atas tu pak cik dan mak cik fifi ni dah makan kat satu tempat ini yang khas untuk dewasa je.Kanak - kanak tak leh masuk (i like) lupa ambik gambar. Time ni Fifi masuk kerja kat Hospital.
Kat tingkat bawah balik ada pokok besar. Time ni bagi Fifi makan. Tak baik mendera anak orang. Ha ha ha ha. Sian kan, lepas penat berkerja baru dapat makan time tue dah pukul 2 lebih.

Dah habis makan kita orang gi solat kat surau yang sempit dan kecik (apa la??) kalau nak surau yang selesa nak kena gi level 3. (Macam leceh nak keluar masuk kan)

Lepas solat paksa Fifi kerja kat sini. Ha ha ha. Mahal tue dapat 12z kau.

Supreme Court of Kidzania.Mahkamah la ni. Berabuk budak - budak ini baca skrip English dalam ini. Memang tak dapat dengar pun apa dia orang cakap sebab tertutup rapat,.

Destinasi seterusnya ialah kerja di Klinik Gigi. Nasib la time ni dah tak ramai orang.

Next kat TNB. Aku la paksa Fifi masuk.Biar dia rasa macam mana kerja di TNB.

Cute je pakai uniform macam ini. Merasa la dia kerja macam Pak Long dia (abang mama dia)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada anak buah baru umur 19 tahun (1.4.2015) pun nak masuk Kidzania. Sian dah tak ada peluang nak 'kerja' kat tempat ini sebab dah terlebih umur. ha ha ha .

1 comment:

ch@ said...

menarik sangat-sangat. tak sabar nak bawa trio masuk sana. kena tunggu cukup umur dulu...kalo tak, jahanam nnt.

mcm2 kerja boleh dicuba, sy jd surirumah gak, adeih!

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015