Wednesday, April 01, 2015

1230 : Pengalaman Pertama di Kidzania Kuala Lumpur - Bahagian Pertama

Lokasi : Kidzania

Tarikh & Hari : 28.3.2015 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi - 7 petang
Akhirnya.. boleh di katakan setiap hari lalu depan IKEA dan Kidzania ni (pergi & balik kerja)

Dapat beli tiket offer masa Matta Fair pertengahan bulan mac lepas. Dapat la jimat RM dlm RM30 kot!

My Wife dengan My Anak buah no 11 Shazazzafifi Anim berumur 10 tahun. Dah lama berjanji nak bawa.Akhirnya 28 Mac 2015 ialah tarikhnya.

Harap maaf kualiti gambar kurang jelas. Al - maklumlah pakai HP Cap ayam.

Kat belakang ini adalag Theatre. Hanya masuk tengok - tengok dan jeling - jeling. Ada pentas dalam ini dan tempat duduk macam panggung wayang/ tempat persembahan la yakni pentas

Di Kidzania ada dua kategori iaitu pekerjaan dan aktiviti. Masa masuk ini di beri satu kupon kepada kanak - kanak shj umur 4 tahun ke 17 tahun sebanyak 50Kidzon (kira matawang dalam itu la)

Sebab mula - mula tue tak faham konsep, masuk dalam Stabilo Arts & Craft Studio kena la bayar 7Kidzon.
Anak buah pun buat la kraf mengunakan produk stabilo. Lepas duduk tanya adik pekerja kat situ baru lah faham konsep. Kalau aktiviti dia tanda (-) jadinya kita kena keluarkan duit dan bayar. Tapi kalau (+) maksudnya kena buat kerja dan dapat gaji.

Sementara anak buah dalam bilik tue buat aktiviti.Pak cik dia jalan - jalan ambik gambar. Harap maaf sebab keadaan tidak jelas , terang dan nyata.

Lagi gambar kat tugu peringatan kot! dalam Kidzania ni.
Dan satu lagi. Ah! sudah - sudah lah berposing tue. Pi tengok anak buah tue.Dah la orang mula ramai dalam ni (kebanyakkannya rombongan sekolah)

Dan akhirnya lepas duduk baru la rajinkan diri berdiri.

Pekerjaan sebagai ahli bomba memang di minati ramai. Memang beratur panjang la. Ini Kereta Bombanya.
Kasi tunjuk satu gambar dulu.Ahli bomba menyelamatkan sebuah hotel dari terbakar.

Kidzania National College.Kalau nak masuk sini kena bayar. Jadi strategi pak cik dan mak ciknya ialah kerahkan anak buah buat kerja dan dapat banyak duit dulu sebelum joint xtvt yang ada


Kualiti gambar kurang jelas.Ini adalah pekerjaan di Travel & Tours Agency.Kerja design risalah tempat pelancongan.Bagus - bagus dapat duit.

Seterusnya di LHDN.Jadi tax office.siap dapat pas bergambar dan bernama lagi. sejenis pekerjaan jadi dapatlah duit lagi.
Ini pulak Z.Mart.Sentiasa penuh je orang.Bila time tak ada orang memang kosong je la. Ada dua jenis xtvt.Untuk dapat duit kena bekerja sebagai cashier dan kalau nak buang duit jadilah pembeli.

Tengok dah ramai kan beratur kan? Kelemahan kat sini.Jumlah untuk satu xtvt dan pekerjaan adalah terhad.Dah la nak kena menunggu lama.Kenapakah??

Ini adalah penjara yang sangat mewah dan kebiruaan di Kidzania Kuala Lumpur, Malaysia

Saja suka suki ambik gambar keadaan penjara di sini banyak - banyak.

Aku terpenjara !! di Penjara nan biru.Yang best, jaring tue bukan besi tapi getah.Siap aku yang besar gabak ini boleh mencelah diri masuk dengan mudah ke dalam sana.
Ini akan sengal! layankan je la. Tue belakang tue ada mangkuk tandas. Dan belah kirinya pulak ada balai polis.

 Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tunggu cerita selanjutnya.

1 comment:

ch@ said...

nak masuk penjara kidzania la canni, best. hahaha. klakar la abg shai. part tugu tu, ingat abg shai skali jadi tugu. kekeke.

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015