Sunday, March 22, 2015

1228 : Nusantara Homestay >> Taman Nusantara, Gelang Patah

Ini rupa paras ruang tamu yang sekangkang kera. (ops!!) maksudnya kecik la dan sesuai untuk ahli jemaah yang kecik macam kita orang iaitu 5 dewasa dan 2 kanak - kanak. Untuk menyesuaikan keadaan semua kerusi - kerusi di alihkan dan ruangnya menjadi lapang.Siaran TV ialah Njoi yakni asro basic sahaja.

Dapur yang ada kemudahan tempat memasak, memanas dan peti sejuk. Sedih... sebab tak ada mesin basuh.

Ruang meja makan juga sempit dan untuk kelihatan luas ianya di rapatkan ke dinding.

Bilik Tidur utama yang agak luas serta ada kipas dan air cond. Ni bilik my biras dan adik ipar serta 2 orang anak mereka. Bilik ini jadi sempit bila di masukkan lagi satu tilam + baby kecik si anas manja tue tidur dalam buai.

Aku suka konsep rumah ini.Sebab itu ianya menjadi pilihan penginapan kami 2 keluarga + mak mertua.

 Ini bilik tidur aku dan My Wife Suka konsepnya gak simple tapi menarik (kan!!!)

Muat - muat je la untuk kita orang berdua yang tak kecik dan tak terlalu besar sangat ni. Bilik ini berkipas terletak (bukan kipas atas kepala la)

Ni pulak bilik ke 3 di tingkat atas. Boleh tarik untuk memuatkan 2 orang. Bilik ini di jadikan tempat solat.
Bilik air di atas hanyalah satu. Sedih!!! Tak perasaan pulak masa nak booking. Tapi tak apa. Mesti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

 Anak - anak tangga menuju ke tingkat atas. (Dari bawah). Boleh tahan tinggi juga.

Ini bilik ke 4 di tingkat bawah. Mak Mertua tidur sini.Alhamdulillah selesa dan sesuai untuk mak mertuaku yang dah tak kuat nak naik tangga.Lagi pun mak mertuaku kan comei lote orangnye.

Boleh call no ni kalau berminat.Terletak dekat Taman Nusantara yang berhampiran Gelang Patah. Tak jauh sangat la kalau nak ke Legoland + boleh juga ikut Highway (tak ada la jauh sangat).

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Harganya pun murah dan berpatutan. Check in 26.2.2015 (khamis) dan Check Out 1.3.2015 (ahad) yakni 4 hari 3 malam hanya RM 600 + di kongsi 2 pulak dengan my biras. jimat - jimat. Ada yang lebih dekat dengan Legoland iaitu area Bukit Indah tapi ya ampun !! mahal harga semalam antara RM 300 sehingga RM 500 ikut saiz rumah dan jumlah bilik (gigit jari).

1 comment:

Anonymous said...

As salam En. Shaizhar...sy owner homestay yg tuan maksudkan di atas..pertama sekali kami mengucapkan jutaan terima kasih kpd tuan sekeluarga krn sudi menginap di homestay kami tempohari...kami juga ingin memohon maaf di atas apa - apa kekurangan yg tuan sebutkan...in shaa allah segala komen2 serta pandangan yg tuan berikan akan kami teliti sebaik mgkn bg tujuan penambaikan fasiliti yg blh kami sediakan kpd tetamu di masa akan dtg...
utk makluman tuan, kami kini dlm proses utk mendapatkan kontraktor bg tujuan pengubahsuaian (renovation) khususnya di bahagian ruangtamu homestay kami yg 'sekangkang kera' ini bg mmberi lebih keselesaan kpd tetamu...In Shaa ALLAH apabila siap nanti ia bakal memberi kesan thdp aspek saiz bg ruangtamu serta ruang makan yg sedia ada...
kami juga telah mendapatkan sebuah mesin basuh & kini cuma menunggu utk diletakkan @ dipasangkan di tempat yg sesuai di homestay tersebut memandangkan mslh ruang yg agak terhad serta dlm ms yg sama tdk mahu menganggu pergerakan tetamu terutamanya di bahagian dapur...
Bagi permasalahan tandas di tingkat atas homestay pula...kami memerlukan sedikit masa untuk membuat apa2 penambahan memandangkan ia memerlukan ruangmasa yg agak lama bg tujuan tersebut...kami bercadang utk menambah 1 lg bilik air di tingkat atas (menjadikan 2 buah bilik air di tgkt atas homestay) & 1 yg sediada di tgkt bwh homestay kami...
Walaubagaimanapun, kami amat berterima kasih di atas segala komen2 serta pandangan yg tuan berikan biarpun kami agak terkilan & 'sedih' krn tdk dpt memuaskan hati tuan sekeluarga terutamanya dr segi saiz beberapa bahagian dlm homestay kami...In Shaa ALLAH jika diizinkan Oleh ALLAH SWT, segala kekurangan yg ada akan kami perbaiki di masa hadapan...As Salam - NUSANTARA HOMESTAY NUSAJAYA

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015