Monday, January 12, 2015

1209 : Masjid Puncak Alam

Lokasi : Masjid Puncak Alam, Selangor


Tarikh & Hari : 11.1.15 (Ahad)

 Pertama kali bersolat di sini. Kalau sebelum ini hanya lalu sahaja. Akhirnya 11.1.15 adalah harinya.

 Masjid dari kejauhan. Dua tingkat sahaja. Tapi sangat comel dan tak berserabut.

 Pintu gerbang yakni pintu masuk utama. Dan ada lagi satu pintu masuk tapi di bahagian belakang.

Menghampiri dewan solat utama.Banyak kemudahan ada di sini termasuk dewan utk diadakan majlis.
 Dari bahagian hadapan ada banyak papan tanda yang membantu memberi pertunjuk arah.
 Ruang wuduk terbuka untuk jemaah lelaki ada di kiri dan kanan masjid ini.
 Ruang solat terbuka yang sangat luas dan selesa. Semestinya untuk keselesaan pada solat jumaat.
Ruang solat utama yang 'biru' saya suka.. saya suka. Ada penghawa dingin yang mendamaikan.Dan ada juga kipas - kipas di sediakan (mungkin sebagai standby kalau aircond rosak).

Ruang hadapan yang ada TV memberi berbagai maklumat termasuk waktu solat dan lain - lain hebahan.
Tempat letak kereta/motorsikal yang sangat luas.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Solat itu tiang agama.Dirikan lah solat.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015