Wednesday, December 31, 2014

1204 : Selamat Tinggal 2014

Sesungguhnya tuhan lebih tahu kenapa diriku masih belum di kurniakan cahayamata selepas tempoh 3 tahun perkahwinan.Segalanya telah di tentukan oleh Ilahi sejak azali. Terima segalanya dengan redha.Inilah 2 permata hati yang di beri kesempatan oleh -Nya untuk berkongsi kasih sayang.
Terima Kasih Allah.Semoga ada sinar lebih bahagia di tahun 2015.A-Min.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Selamat tinggal 2014 yang penuh dengan kisah suka & duka, pahit & manis yang di iringi bersama gelak ketawa dan airmata.

Tuesday, December 30, 2014

1203 : Cuti - Cuti Malaysia 'Pusing2 Perak' - End

Apakah? Masih ingat lagi lebih 3 tahun lalu. 'Transit' di sini kerana ada tragedin yang menimpa di hadapan.Di sinilah Stesen Keratapi ipoh.
 Antara bangunan lama yang masih teguh berdiri di Ipoh.
 Pusing - pusing ambik gambar dalam suasana 'kepanasan' di hadapan sana ialah DBKL eh! silap DBI
 Apa yang bagus?
Tadi dekat kini dah jauh? Nampak sangat salah letak gambar. Tujuan ke sini? Nak ambil adik ipar dan kawannya yang nak ke Tambun (Kenduri kawin kawan se U merek)
Baca jangan tak baca.Yang best ada kesan khas yakni bayang - bayang kami ber2 kat situ.
Menginap 2 malam di sini dengan harga RM80 satu malam. Ok la. (tak ada gambar bilik)


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Perjalanan pada 25.12.2014 (khamis) bermula dari Kelana Jaya - Sg Buluh - Bidor - Teluk Intan (Lunch) - Lumut (Check In) - Pekan Lumut (Bank) - Dinner - Manjung (Aeon Mall) - Hotel - (Check Out) - 26.12.20.14 (jumaat) Breakfast - Pusing2 Lumut (gerimis mengundang) - melalui Seri Iskandar - Menglembu - Station 18 (hotel) - (Check In) - (Aeon Station 18 - Jln kaki je) - Dinner/Movie -27.12.2014 (sabtu) Breakfast - Pusing2 Ipoh Town (cari yang lukis kat dinding tak jumpa) - Menuju Kellie's Castle - (At Kellie's Castle) - Seri Iskandar - Lunch (D Mall) - Ipoh - Pusing2 Ipoh (nampak yang lukis kat dinding tapi yang tak cantik punyer) - Ipoh Railway Station (cari jalan masuk) macam s***- pusing2 lagi (tension byk jln sehala) - parking tepi (pergi tandas),lepas tue My Wife pulak ke tandas - dapat parking, ambil2 gambar, masuk dalam - Hitea (lepak jap tunggu ETS adik ipar) - Tambun (sesat sikit, papan tanda tak membantu) - Tempat kenduri (sunyi sepi waktu kejadian dalam 4.15pm, lebih kurang, sesat sikit sebab tak ada pertunjuk + tak study kad kawin betul2) Akhirnya jumpa tempat kenduri tapi dah habis (catering dah bungkus nak balik dan pengantin pun dah balik rumah) - Hotel - (Aeon Station 18) - Dinner & Jalan - jalan dlm tue je. 28.12.2014 (ahad) - (check out) - Breakfast - Menuju Pasir Salak - melalui Seri Iskandar - Bota (jalan di naikki air, banjir di hadapan untuk kenderaan berat sahaja) - Kampar - Tapah - Dewan Merdeka (Majlis kenduri kawin Faruq - Staf Telaga Biru) - Plus Highway - R&R Elmina (Solat & Hitea) - KUIS - Tol Sg Besi - PJU 2 (Pasar Malam) - Kelana Jaya - Dinner - End.

Monday, December 29, 2014

1202 : Cuti - Cuti Malaysia 'Pusing2' Perak

 Dulu... hanya memandang dari kejauhan.
 Kini.. ber2 dan semakin dekat menghampiri
 Harga tiket parking RM 2 dan bayaran masuk RM 5 seorang (dewasa)
 My Wife yang pertama kali ke sini. Sungguh, macam kat luar negara kan.
 Diriku juga ini beraksi di hadapan Kellie's Castle
 Jom... Ayuh! kita ber2 menghampirinya.
 Suka gambar ini. Tak suka? Ada aku kisah. ha.. ha.. ha
 Hanya tinggal kenangan. Ce waaah...
 Berdiri teguh Kellie's Castle
 Lagi rupa paras Kellie's Castle dari dekat
 Di ruang lain semua kosong. Di sini sahaja ada perabot yang memang di kunci rapi.

 Ayuh mara ke hadapan. Mari kita melangkah. Hanya mendaki dan mendaki seorang diri.
 Dan pesan awal - awal dengan  My Wife kalau tak sedap tak payah masuk & naik sampai ke atas
 Dari atas mengambil pemandangan di bawah.
 Di salah satu ruang atau bilik di tingkat pertama bangunan ini.
 Saya suka.. saya suka. Cantik kan?
 Dinding ooo dinding kena engkau mcm ni?
 Merenung masa depan. Ada apa dengan 2015?
Dari luar jendela. Kelihatan nun jauh di sana. Syukur alhamdulillah hari ini langit di sekelilingnya cerah.
 'Adik jangan terjun dik, bahaya!' propa je lebih... tak pe jap lagi aku nak juga naik sana.
 Lagi permandangan dari tingkat ke 2.

 Orang kata kalau tak kuat semangat jangan datang atau masuk dalam ini. Betul ke?
 Apa?? Ada h.a.n.t..u??? Taaaaakuuuut.......
 Alhamdulillah akhirnya berjaya juga 'mendaki puncak'.

 Senyum tak perlu kata apa - apa.
 I Like!
 Jom kita bergerak - gerak khas.
 Apakah?

 Pulang marilah pulang.. marilah pulang.
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Akhirnya... jika dulu hanya memandang dari kejauhan.Kini sudah dekat disini. Next..... hajat tak kesampaian. Redha dan terima ketentuan dari illahi.

Wednesday, December 24, 2014

1201 : Cuti - Cuti Melaka 2014

 Dari kejauhan.. Berdiri teguh Menara Taming Sari, Kemegahan Negeri Melaka,
Jom kita naik Menara Taming Sari. Sebelum tue berpusing - pusing la cari makan. Banyak kedai makan tak buka lagi.
 Selamat Datang lagi... ke Menara Taming Sari. Kali terakhir ke sini lebih 3 tahun yang lalu,
Aksi pelancong dari Kelana Jaya berkunjung ke Menara Taming Sari untuk lihat permandangan bandaraya bersejarah
 My Wife dengan topi yang baru di beli. Ala - ala pelancong dari Eropah melawat Melaka.
 Masa beratur tue.Adalah sorang artis lelaki ini dengan familynya. Bising sungguh. Ye la! awak tue artis 'otai' katanya, tak perlu la nak bising - bising dan bikin kecoh. Al - Kisahnya, aircond dalam 'menara' yang berputar tue rosak/tak sejuk. Bising - bising si artis tue. Macam - macam la dia ckp
( malas la nak taip.. ha ha ha...)
 Alhamdulillah dah sampai 'puncak' setelah beberapa belas minit kot! beratur menunggu giliran.
 Aksi 'berani;' diriku. Wooow.. cantik kan?
 Pandangan dari atas Menara Taming Sari.
 Lagi permandangan dari atas Menara Taming Sari.
 Dan lagi...
 Dan bila.... Inilah indahnya ciptaan Tuhan. Subhanallah.
 Jalan - jalan di  beberapa lokasi lain di sekitar Bandaraya Melak. 1st jumpa Kereta Bomba lama
 Lepas itu ada replika kapal terbang lama.
 Sila abaikan kebesaran 'perutku'. Ha ha ha.
 Lepas tue ada gerabak keretapi yang di jadikan kedai cederamata. Tak masuk pun.
 Sila klik untuk melihat paparan dengan lebih jelas, terang dan nyata.
 Diriku di latari oleh gerabak keretapi dulu - dulu.
 My Wife dan beca hello kitty. Beria - ia My Wife ajak naik. Siap tanya harga lagi. Rasanya berpatutan kot! tapi tak sampai hati nak naik. Kesian orang yang nak kayuh tue. Dah lah kita orang berdua ni 'berat'. Mungkin lain kali. Tapi tengok rata - rata ramai orang muda yang bawa beca. Nampak gagah perkasa je.
 Jom kita gi jalan - jalan lagi. Apakah itu?
 Paling suka gambar dan aksi ini. Sila abaikan lapisan - lapisan daguku yang bertingkat - tingkat.
 Di sebabkan 'kepanasan' tak pergi pun mana - mana muzium yang ada di situ. Mungkin lain kali.
 Sebelum melangkah pergi ini lah gambarnya. Di sini kami berdua.
 Jom masuk dalam Dataran Pahlwan dan ambil angin.
 Aksi pun bermula. Di dahului dengan aksi sopan santun.
 Di ikuti dengan aksi terkangkang dan berdepa seribu kata.
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Merancang percutian 2015. Dan Melaka ialah salah satu daripadanya.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015