Sunday, September 14, 2014

1194 : Sebelum >> Persiapan - Doorgift Untuk Kanak2 (Majlis 20092014)





Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Inilah doorgift yang tak seberapa.Pada 11.09.2014 (Malam) dah berjaya siapkan 310 bungkusan 'doorgift'. Akan bercuti dari 13/9/2014 - 17/09/2014.

Semoga perjalanan dan urusan pernikahan dan majlis perkahwinan adik iparku (Al-Baraq) di permudahkan.A-Min. Jika 2 tahun lalu ke Terengganu, tahun ini kita serang Kota Bharu, Kelantan.

Saturday, September 13, 2014

1193 : Sebelum >> Persiapan - Doorgift Untuk Kanak2(Majlis 20092014)

Ini lah kakak pengantin yang memborong sakan. Alhamdulillah tak melebihi budget yg ditetapkan.
Antara isi kandungan doorgift untuk kanak - kanak bagi majlis 20.09.2014 nanti.
Ini pulak hasil sumbangan/sedekah dari mak usu/pak usu yakni adik bongsu Umie My Wife.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak sabar nak terbang tinggi. Kali terakhir terbang 'jauh' awal januari 2014 yang lalu. Semoga semuanya di permudahkan. A - Min

Friday, September 12, 2014

1192 : Tersesat di Laman Seni Tujuh, Seksyen 7, Shah Alam

 Status FB : 10/09/2014 ... Dan bila.. 'tersesat' di sini. Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam.
Memang 'tersesat' pun. Ianya jadi tanpa di rancang. Yang gambar kat dinding ni cantik. Tapi x berapa berkenaan sikit sebab ada banyak aircond di situ
 Selfie... 
 Cantek tak? 
Ni rupa paras dia yang sebenar. Banyak juga la orang (muda mudi) bergambar di sini. Memang tak tahu pun akan kewujudan tempat ini sebelum ini.
 Ada banyak lagi kat sepanjang jalan sana. Namun tak berdaya nak berjalan tengah - tengah panas.
Ramli Sarip kah? Erm... nampak mcm menarik tapi sebab ada 2 aircond tue ianya telah merosakkan hasil seni yang cantek ini.
 Banyak juga hasil seni bermotifkan 'haiwan' salah satunya Hyppo Pink yg cute.
 Yang ini pulak sang gajah. Kena tengok banyak kali baru faham apa yang ingin di sampaikan.
Apakah ini? Sekali tengok memang x faham. Dua ke tiga kali tengok pun still x faham.Jadi, abaikan je.
 Yang ni paling best. Sila hayatinya sambil membuka kamus atau pakai google translate ye!
 Apakah?
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Next time boleh datang bawa My Wife datang sini ambil gambar sampai lebam.

Thursday, September 11, 2014

1191 : Throwback>> Gambar Kenangan >> 11.9.14

Gambar kenangan tahun 2013.Al - maklumlah tahun 2013 sehingga awal tahun 2014 memang tak aktif blogging dan update blog.Habis bersawang.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Menghitung detik 11.11.14, lagi 2 bulan atau bersamaan 61 hari. Semoga di panjangkan umur untuk melalui tarikh 'keramat' itu. A-Min

Wednesday, September 10, 2014

1190 : Hadiah Untuk Diri Sendiri

Lokasi kejadian di CMC Center tepi highway menghala ke Kajang dari Cheras sebumbung dengan Giant.
Ini lah yang di beli. Sehelai Jeans baru (tak ada jenama pun) sehelai seluar kerja dan baju kerja + boxer.Semuanya Xxl punyer.Siapa lagi nak bagi hadiah kalau bukan diri sendiri.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Perlu mengakui diri sendiri semakin hari semakin besar. Dulu pinggang saiz 34 je (masa umur 17thn) sekarang??? 'Lu Pikir La Sendiri'.

Tuesday, September 09, 2014

1189 : Kisah di HalFest 2014

 Kisah kejadian pada 7.9.2014 pada hari Ahad. Selepas pulang dari ziarah rumah abang di sijangkang terus menuju ke seri kembangan. Walaupun dalam keadaan 'tergejut' perjalanan hidup harus di teruskan.
 Aksi sebelum masuk ke dalam dewan. Parking kereta dah la jauh.Jalan nak masuk pun 'sesak'.
'Senyum tak perlu kata apa - apa'.Dan ini bukanlah pertama kali aku di sini.Tahun sebelum ni pun pernah pergi.
Aksi My Wife la pulak. Masuk dalam. Orang boleh di katakan ramai tapi masih boleh berjalan. Pusing - pusing ala kadar lepas tue My Wife nak cari satu kedai ni (Laura DADDYS).Bila dah jumpa, puas hati la (Balik umah baru makan)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nantikan HalFest 2015

Friday, September 05, 2014

1188 : Resepi >> Lepat Liat 'Mengeliat'

Menu mengidam - gidam 'padi huma' bernama Lepat Liat 'Mengeliat". Dan bahan - bahannya ialah :

Yang wajib ialah Tepung Pulut guna 3 cawan. Gula putih setengah cawan. Gula Merah 1 cawan.Santan pekat 1 setengah cawan dan garam secukup rasa.Yang mesti ada juga ialah daun pisang + minyak masak.

Cara memasaknya ialah. Gula (merah dan putih) di satukan di dalam satu majlis persandingan bersama si lemak berkrim di sukai ramai iaitu cik santan pekat memekat.Gaulkan mereka sehingga sehati sejiwa sehingga gula gemula (rosak bahasa) larut.Ketepikan mereka dan biarkan sehingga sejuk.

Langkah seterusnya menyatukan 2 hati tadi bersama si tepung pulut dan pastikan ianya tidak keras. Biarlah sedang - sedang elok sahaja. Kemudian pakaikan ianya dengan daun pisang yang di letakkan sedikit minyak masak dan bukannya minyak rambut.Akhir sekali kukus sehingga masak dan jadi lah macam di bawah ini.

Status FB : Dan bila.. Inilah 'Lepat Liat' boleh la.Percubaan pertama.Tapi masih 'mengidam gidam' versi original buatan mak saudara kesayanganku. Oooo EdatUzair Hashim and Hastini Hashim Tini. ok x rupa parasnya? Date : 3/9/2014 , Time : 20.15

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Percubaan pertama yang tidak mengecewakan.Sebab... rasa lepat liat ini mcm dodol. Ha ha ha ha....


Thursday, September 04, 2014

1187 : Yang Ke Tiga (3) Kini 2 Tahun 8 Bulan

Syukur alhamdulillah.. Ini lah yang ketiga selepas 421 meter dan company 'c'. Akhirnya telah di tetapkan sejak azali ini lah yang ke tiga.
 4.1.2012 merupakan hari pertama memulakan kerja di company 'biru' ini. Hari ini, pada 4.9.2014 genaplah usia perkhidmatan selama 2 tahun 8 bulan.
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Di sini diriku belajar sesuatu yang baru.Belajar untuk jadi lebih baik dari semalam.'Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam'.

Wednesday, September 03, 2014

1186 : Aksi 'Welfie'.. Daddy + Mummy = Kakak Eizzah & Adik Anas

Daddy & Kakak Eizzah. Hujung minggu (malam merdeka) tidur di teratak mereka.Esoknya abahnya mau terbang jauh.
 Aksi penuh kasih sayang. I Like!!!
 Adik Anas yang bam bam.. kena paksa 'Welfie' ber3.
 Welfie ber3.Kakak Eizzah sampai mendongak kepala.
Adik Anas pulak menangis. Kenapakah??

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Anak - anak saudara My Wife yang menceriakan hari - hari kami ber2 terutama pada hujung minggu dan hari cuti. Terima Kasih Allah atas kurniaan MU ini.

Tuesday, September 02, 2014

1185 : Sesat di 'Putrajaya' >> Jabatan Pendaftaran Negara

Status FB : Dan bila.. 'Tersesat' di Putrajaya. 15 August 2014, 15:14

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Akhirnya setelah sekian lama. My Kad yang dah 'rosak' kini sudah bertukar menjadi baru + tukar alamat Kelana Jaya.Senang nak buat pendaftaran untuk bertukar kawasan mengundi di PRU14.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015