Friday, August 29, 2014

1184 : Bingka Roti versi S.H.A.I.Z.H.A.R

Menu makan petang/malam pada 28.8.2014 ialah Bingka Roti versi S.H.A.I.Z.H.A.R
 Bahan - bahan dan cara memasak adalah seperti di dalam buku ini. Apa yang penting, konsepnya 'menderhaka pada resepi' sebab tue kot x berapa nak menjadi. ha ha ha. Tapi ok la...
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R: Inilah bukunya dan di masak mengunakan Pemanggang Ajaib. Selamat mencuba !

Thursday, August 28, 2014

1183 : Tujuh (7) Tahun Dalam Kenangan


379 : Kisah 28.08.2009 sila klik di sini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dan bila.. Pada hari ini.. 7 tahun yang lalu.Perginya seorang insan yang telah melahirkan kami.Al - Fatihah untuk arwah Hjh Saadah Hj Ismail. with Shahida, Shafendi & Shafirol. (status FB 6.52am)

Wednesday, August 27, 2014

1182 : Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri 1435 / 2014

Kejadian berlaku pada hari Isnin, 25 Ogos 2014 di Dewan Masjid Al - Imam Al - Ghazali, Bandar Manjalara, Kuala Lumpur.
 Dan ini lah Pentasnya... penuh warna warni dengan hasil kerjasama AJK Kelab Kebajikan & Rekreasi Telaga Biru Holdings Sdn Bhd.

 Inilah susun aturnya.Semua kena buat sendiri.Angkat kerusi dan meja.Pasang sendiri.Letak alas meja sendiri. Apa yang penting?? Kerjasaaaamaaaa.....

 Bersama mereka AJK - AJK yang bersemangat dan memberikan komitment 200% . Erk!!

 Lagi wajah - wajah Kami & aku yang menjadi mangsa mereka - mereka. I Like!!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima Kasih semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Yang penting makanan 'licin' ada pun baki sikit je. Alhamdulillah.

Tuesday, August 26, 2014

1181 : Dan Bila 'Mereka' Menyerang E-11-11

 Inilah mereka yang hadir menyerang E-11-11 dengan aktiviti makan - makan di tengahari 24.8.2014.
Ada yang patutnya turut serta.Tapi apakan daya.Bukan rezekinya. Sabar yek!

 WeFie.... peace yo! Terima Kasih kerana datang ye.Insya-Allah semoga ada rezeki kita akan berkumpul dan berjumpa lagi.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima Kasih kepada My Wife kerana memasak. Sedap ok! ada kari ayam, udang sambal dengan petai dan sayur campur. Masing - masing ada tugas - tugas tersendiri. Jumpa di xtvt akan datang ye kekawan.

Monday, August 25, 2014

1180 : Hari Raya Di Sana Sini Tahun Ini

Gambar ehsan dari FB Pn Siti Delima 

Alhamdulillah.. Syawal 1435 Hijrah sudah melabuhan tirainya (ayat poyo!). Semoga akan hadir lagi bulan Ramadhan serta Syawal di tahun 1436 Hijrah (A-Min)

Tahun ni berkesempatan menghadiri beberapa jemputan Open House Raya. Antaranya di rumah Ayahanda & Umie (Umah Keluarga My Wife) di Sg Plong, Beraya sejauh Nilai, N9 di rumah Mak Saudara My Wife, Open House sedekat Block B , di Kuarters Kastam serta di Kuarters Kastam lama (1st time ke sana), beraya di Cheras di Majlis Cukur Jambul anak ke 2 My X - HR KL Tower, Faradaya. Beraya secara 'mengejut' di rumah Retna. Beraya dan menghadiri kenduri kawin di Batu 10, Jalan Gombak serta di rumah Pn Siti Delima & En Rahmat (seperti gambar di atas).

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga ada pertemuan lagi dengan Geng K.A.M.I.E di masa akan datang.


Saturday, August 16, 2014

1179 : Suasana Hari Raya - 1435 Hijrah >> Beraya di Kotaraya - Rumah Retnawati

Kalau plan mengejut mesti jadi.Beraya secara tergejut di Taman Pelangi, Jalan Pelangi 2, KL
Dan ini lah rumahnya. 
Dan ini lah menunya. Atas permintaan ada meehoon goreng ok!. Tq.
Selfie ...selfie jangan tak selfie. Ada juga yang nak interprame. Orang kuat + tukang masak & Makan.
Inilah kami. Yang tak ada dalam gambar.En. Sabar & Amat ... Budak kecik yang kini dah besar.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima kasih atas undangan ini. Jumpa di 'Konvoi 23.8.14' Insya-Allah

Friday, August 15, 2014

1178 : Suasana Hari Raya - 1435 Hijrah >> Beraya di 'Desa Tercinta'


Catatan perjalanan balik beraya di desa tercinta.Aloq Setaq, Kedah.

Dari Batu Pahat pada hari raya ke 3 sekitar jam 10.30 malam. Selamat sampai di Bukit Merah, Perak sekitar jam 5.00 pagi. Meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam dan tiba di sana sekitar 7.30 pagi. Pusing - pusing cari rumah Kak Liza (Kakak kepada kakak iparku) di Taman Koperasi Guru dekat dengan Kolej Komuniti. Alhamdulillah jumpa juga.Beli macam - macam jenis nasi lemak atau TG,BS,SS dll (TG - Telor goreng, BS - Bilis Sambal)

Sarapan pagi dulu sambil menanti yang lain - lain bersiap.Kemudian balik Alor Setar. Tengahari singgah rumah kakakku di Anak Bukit.(Makan Besaq).Ada gulai (kari), tomyam, dan lain - lain.

Lepas itu singgah umah mak saudara.(Makan je apa yang ada).Kemudian baru sampai rumah.Malam jalan - jalan bawa 3 orang anak buah keluar tapi sedihnya panggung wayang kat Aloq Setaq Mall tutup.

Esoknya, makan lagi macam - macam. Aktiviti wajib balik kampung ialah singgah kubur arwah mak dan sebelum balik (hari jumaat) singgah rumah mak saudara kesayangan.Dalam tengahari kami dah bertolak balik K.L .Berhenti berkali - kali. Konsep : Biar lambat asal selamat. Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke Kotaraya Metropolitan. Cewaaah....

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak puas sebab balik sekejap sangat. Tapi tak pe.Janji balik daripada tak balik langsung.

Thursday, August 14, 2014

1177 : Suasana Hari Raya - 1435 Hijrah >> Beraya di 'Desa' Batu Pahat, Johor

 Hari raya ke 2, beraya di 2 rumah. Rumah Pertama makan nasi tomato. Rumah mak saudara My Wife
Hari raya makan rambutan.Best juga. Menu yang lain dari yang lain. Rumah Mak Su My Wife menghidangkan KFC.Menu yang lain daripada biasa.
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hari raya ke 3 beraya di satu rumah sahaja. Tapi ..... kesian tuan/puan umah (Ada kejadian/cerita) di sebaliknya. Memang penuh 'sesak' sampai terpaksa makan dalam bilik dan tiada ruang kosong untuk duduk. Apa pun bersyukur sebab dapat jumpa anak - anak buah kesayangan  Eizzah & Anas.
Bertolak balik Kedah dari Batu Pahat jam 10.30 malam di hari raya ke 3.

Wednesday, August 13, 2014

1176 : Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435 Hijrah

Menunaikan Solat sunat Aidil Fitri di sini. Masjid di Batu Pahat, Johor (Beraya rumah mertua)
Beraksi sesuka hati sambil menanti kunjungan tetamu untuk datang beraya. So... marilah kita 'bergaya di hari  raya'.
Aksi sopan santun di atas kerusi milik mak su My Wife yang masih cantik dan menarik ( di rumah mak mertua). Yg penting biru. I Like!
Gambar bersama dengan My Wife di pagi hari raya aidil fitri 1435 Hijrah di Batu Pahat, Johor.
Dengan mak My Wife (Mak mertua) dan adik bongsu kami. Al - Baraq yang menghitung hari untuk menjadi suami orang.

Kami ber3. My Self, Mak & My Wife. Yahooooo!!! Tahun depan Aloq Setaq, Kedah pulak (Insya-Allah)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kurang meriah beraya di Batu Pahat sebab adik beradik serta anak buah yang lain beraya di rumah mertua/nenek/atuk mereka. Menanti saudara - mara terdekat/jauh sikit datang beraya.Tu pun x ramai sangat. Apa pun bersyukur kerana di beri peluang untuk merasai suasana hari raya kali ini.

Tuesday, August 12, 2014

1175 : Dugaan Ramadhan 1435 Hijrah >> Mangsa 'Demam Denggi'

06.07.14, (Ahad) Pada 8 Syawal 1435 Hijrah...

Kami ber2 berbuka puasa di rumah ayah My Wife di Sg Plong. Masa siangnya tue ok lagi. Menjelang petang badan rasa tak 'sedap' ada tanda - tanda demam menyerang. Masa buka puasa memang dah tak ada selera nak makan. Asyik tidur je dari petang sampai ke malam. Badan dah mula lemah - lemah. Sakit sendi yang amat sangat (sampaikan meraung, kesakitan) Malam tue ke Klinik di Sg Buloh.Dapat cuti sakit 1 hari untuk esoknya.

07.07.14, (Isnin) 9 Syawal 1435 Hijrah.

Ayah My Wife bawa kami ber2 ke Hospital Sungai Buloh (bahagian kecemasan). Ambik darah sebab takut kena denggi. Tapi tak dapat nak kesan kerana baru demam. Sekurangnya 4 ke 5 hari (kalau tak silap). Sakit - sakit gagahkan diri juga memandu balik ke rumah sendiri. Sesungguhnya lebih selesa di rumah sendiri.

08.07.14, (Selasa) 10 Syawal 1435 Hijrah.

Hari ke 2 tidak berpuasa. Ke Klinik Kesihataan Kelana Jaya (dekat rumah) jumpa doktor dan ambil darah. Macam semalam juga.Masih belum dapat kesan adakah ianya denggi? Dapat MC sehari.

09.07.14, (Rabu) 11 Syawal 1435 Hijrah.

Rasa demam dah ok sikit.Tapi kena cirit - birit pulak. Di sebabkan My Wife dah start kerja. Gagahkan diri juga memandu beberapa kilometer dari rumah menuju Klinik. Hari ini cuti sakit lagi 1 hari.

10.07.14 (Khamis) 12 Syawal 1435 Hijrah.

Kembali ke Klinik Kesihataan Kelana Jaya.Di sahkan 'demam denggi'. Bermulalah rutin kena minum air kosong banyak - banyak. Cuti sakit lagi untuk 2 hari.

11.07.14 (Jumaat) 13 Syawal 1435 Hijrah.

Menjelang petang, badan rasa sangat - sangat lemah sekali. Muka mula pucat dan sakit sendi masih terasa. Akhirnya bagitahu  My Wife minta tolong adiknya ambik lepas kerja.Hari jumaat jalan memang sesak. Bertolak dalam jam 5.30 petang dekat nak pukul 7.30 mlm baru sampai.Dah daftar kena tunggu sekejap. Maklumlah waktu berbuka puasa.Tunggu punya tunggu dekat nak pukul 8.15 malam baru di panggil. Di beri makan ubat demam. Lepas tue kena tunggu kejap. Kemudian jumpa doktor. Pergi ambil x ray. tunggu lagi. Ambikm darah pulak.Masa ni memang sakit yang teramat. Sampai hentak - hentak kaki.

Akhirnya di masukkan di wad sementara.Kena masuk air. Berehatla sekejap. Wad denggi masih penuh time tue.

12.07.14 (Sabtu) 14 Syawal 1435 Hijrah.

Dalam 3.45 pagi baru lah di masukkan ke dalam Wad.Tapi bukan wad denggi kerana wad tersebut penuh.Di tempatkan di wad 5D. (Wad persakit jantung).Di nasihatkan untuk minum byk air.My Wife pulang ke rumah ayahnya sekitar 3.00 pagi kerana keesokannya akan ke KL untuk x ray gigi.Tidur sendirian di Hospital Selayang. Kena ambil darah 4 kali sehari setiap 6 jam. Pepagi doktor datang tanya itu dan ini.

Dalam tengahari sikit baru My Wife sampai. Bermulalah episod minum air kosong sampai 'kembung'. Minum je nak 'terkencing' Aduh!! seksanya. Dah la dengan wayar di tangan kanan. Sebelum My Wife datang nak 'kencing' kena panggil 'misi' buka wayar. Seksa juga.Last - last 'kencing' dkt katil je & 'kencing' dalam mangkuk tandas khas hospital punya.

Dekat petang baru ayah, umie dan adik bongsu My Wife datang menziarah.Tak duduk lama pun sebab dah dekat waktu nak berbuka puasa.

Mangsa 'demam denggi' yang menahan kesakitan.Demam masih tak baik dan 'hilang selera makan'.
13.07.14 (Ahad) 15 Syawal 1435 Hijrah.
Hari yang paling banyak minum air dan sangat la kerap 'kencing'.Sampai kena paksa - paksa minum air 4 liter.My Wife la yang memantau. Satu yang tak best duduk hospital ialah makanannya. Hanya menu waktu sarapan pagi shj boleh di telan dan sedap sikit. Lauk untuk makan tgh hari dengan malam memang x sentuh sangat.Rasa sikit dah loya. Dah la sup masin. Ikan macam rasa apa ntah.Nasib My Wife turun beli. Dapatlah makan sedap sikit.

Tengah hari ni dapat kunjungan dari rakan sekerja satu jabatan dan Pn. Ida, staff jabatan kewangan.

Alhamdulillah akhirnya dalam petang - petang sikit dapat pengesahan dapat keluar hospital. Sebelum 7.00 malam dah siap - siap turun tunggu adik My Wife ambik.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Pengalaman Ramadhan kali ini menjadi mangsa 'demam denggi' dan 'tahanan' di wad dan pertama kali tidur di Hospital pastinya menjadi satu kenangan yang tak boleh di lupakan. Pastinya ada rahmat di sebalik setiap kejadian.Bersyukur kerana di beri peluang merasai 'kesakitan ini. Terima Kasih Allah kerana mengembalikan kesihataan ini.

Monday, August 11, 2014

1174 : Msjbox Fast Break 10 >> Restoran Sinar Mesra Pandan Indah

 Alhamdulillah pada 5.7.2014 telah berlangsungnya perjumpaan geng Msjbox.com.
Inilah lokasinya. Restoran Ana Sinar Mesra di Pandan Indah, Kuala Lumpur

Antara wajah - wajah yang hadir (Anda tahu siapa anda) Gambar hasil cilok dari Retnawati.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima Kasih semua. Insya -Allah panjang umur berjumpa di Msjbox Fast Break 11 di tahun 2015. (A-min)

Sunday, August 10, 2014

1173 : Majlis Tilawah Al - Quran Kali Ke 56 -1435 Hijrah/ 2014 Masihi

Alhamdulillah pada 19.6.2014 telah menghadirkan diri ke Majlis Tilawah Al - Quran di PWTC
Pertama kali, sebelumnya hanya lihat di TV shj. Syukur kepada Illahi kerana di beri kesempatan ini.
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah tahun depan ada rezeki, wajib pergi lagi. Rasa tenang dan damai sahaja mendengar ayat - ayat suci Al - Quran.

Saturday, August 09, 2014

1172 : SkyPark @ One City Subang


 Pertama kali ke sini.Lokasi di SkyPark @ One City Subang. Shopping Mall baru.
 Peace!! tinggilah juga. Permandangan pun cantik. Ramai juga orang. Tempat baru lah katakan.
Selfie jgn tak selfie.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Best gak kat sini.Ada cinema yang 'mengkagumkan' Lain dari yang lain.

Friday, August 08, 2014

1171 : Kisah 19.5.2014 - Pergi Tak Kembali

Kisah 19.5.2014 di hari isnin.

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya...
Mungkin inilah kesudahan...
'Hadiah yang terindah'...
Menjadi Kisah Sedih.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kini 'kau' pergi & tak akan kembali.Semoga akan hadir penganti sedikit masa nanti. Terima ketentuan dengan redha.

Thursday, August 07, 2014

1170 : Kisah Sedih 16.5.2014 (Kau Pergi Jua)

 Di sebalik senyuman.. tersimpan satu cerita duka.
 Mungkin itulah yang terbaik. Terima segalanya dengan Redha.
Menerima berita 'kehilangan' dengan tangisan air mata.Namun, pasti ada hikmah di sebalik semua ini.
'Hadiah yang terindah' .. hadir hanya seketika.Kami terima ketentuan dari Illahi dengan penuh kesayuan yang bercampur kesedihan kerana kami berdua sudah lama menantikan kehadirannya. Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui segalanya.

Selepas di sahkan bayi dalam kandungan sudah 'tiada'. Kami membawa diri jauh dari kesesakan kotaraya menuju ke Kuala Selangor.

Gambar tiada kaitan dengan cerita. Namun inilah Kisah sedih kami berdua suami isteri pada 16.5.2014. (Kau Pergi Jua)
Aku tidak menangis di depannya. Namun di belakangnya.. Tangisanku lebih dari dia.








Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bersyukur kerana melalui pengalaman ini. Terima Kasih Allah.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015