Friday, September 05, 2014

1188 : Resepi >> Lepat Liat 'Mengeliat'

Menu mengidam - gidam 'padi huma' bernama Lepat Liat 'Mengeliat". Dan bahan - bahannya ialah :

Yang wajib ialah Tepung Pulut guna 3 cawan. Gula putih setengah cawan. Gula Merah 1 cawan.Santan pekat 1 setengah cawan dan garam secukup rasa.Yang mesti ada juga ialah daun pisang + minyak masak.

Cara memasaknya ialah. Gula (merah dan putih) di satukan di dalam satu majlis persandingan bersama si lemak berkrim di sukai ramai iaitu cik santan pekat memekat.Gaulkan mereka sehingga sehati sejiwa sehingga gula gemula (rosak bahasa) larut.Ketepikan mereka dan biarkan sehingga sejuk.

Langkah seterusnya menyatukan 2 hati tadi bersama si tepung pulut dan pastikan ianya tidak keras. Biarlah sedang - sedang elok sahaja. Kemudian pakaikan ianya dengan daun pisang yang di letakkan sedikit minyak masak dan bukannya minyak rambut.Akhir sekali kukus sehingga masak dan jadi lah macam di bawah ini.

Status FB : Dan bila.. Inilah 'Lepat Liat' boleh la.Percubaan pertama.Tapi masih 'mengidam gidam' versi original buatan mak saudara kesayanganku. Oooo EdatUzair Hashim and Hastini Hashim Tini. ok x rupa parasnya? Date : 3/9/2014 , Time : 20.15

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Percubaan pertama yang tidak mengecewakan.Sebab... rasa lepat liat ini mcm dodol. Ha ha ha ha....


1 comment:

shay said...

assalamualaikum...
lamanya tak singgah sini...
sedap nampak lepat liat tu... lama jugak la tak makan lepat ni... tak de orang nak buatkan, nak beli tak berjual pulak...

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015