Tuesday, August 12, 2014

1175 : Dugaan Ramadhan 1435 Hijrah >> Mangsa 'Demam Denggi'

06.07.14, (Ahad) Pada 8 Syawal 1435 Hijrah...

Kami ber2 berbuka puasa di rumah ayah My Wife di Sg Plong. Masa siangnya tue ok lagi. Menjelang petang badan rasa tak 'sedap' ada tanda - tanda demam menyerang. Masa buka puasa memang dah tak ada selera nak makan. Asyik tidur je dari petang sampai ke malam. Badan dah mula lemah - lemah. Sakit sendi yang amat sangat (sampaikan meraung, kesakitan) Malam tue ke Klinik di Sg Buloh.Dapat cuti sakit 1 hari untuk esoknya.

07.07.14, (Isnin) 9 Syawal 1435 Hijrah.

Ayah My Wife bawa kami ber2 ke Hospital Sungai Buloh (bahagian kecemasan). Ambik darah sebab takut kena denggi. Tapi tak dapat nak kesan kerana baru demam. Sekurangnya 4 ke 5 hari (kalau tak silap). Sakit - sakit gagahkan diri juga memandu balik ke rumah sendiri. Sesungguhnya lebih selesa di rumah sendiri.

08.07.14, (Selasa) 10 Syawal 1435 Hijrah.

Hari ke 2 tidak berpuasa. Ke Klinik Kesihataan Kelana Jaya (dekat rumah) jumpa doktor dan ambil darah. Macam semalam juga.Masih belum dapat kesan adakah ianya denggi? Dapat MC sehari.

09.07.14, (Rabu) 11 Syawal 1435 Hijrah.

Rasa demam dah ok sikit.Tapi kena cirit - birit pulak. Di sebabkan My Wife dah start kerja. Gagahkan diri juga memandu beberapa kilometer dari rumah menuju Klinik. Hari ini cuti sakit lagi 1 hari.

10.07.14 (Khamis) 12 Syawal 1435 Hijrah.

Kembali ke Klinik Kesihataan Kelana Jaya.Di sahkan 'demam denggi'. Bermulalah rutin kena minum air kosong banyak - banyak. Cuti sakit lagi untuk 2 hari.

11.07.14 (Jumaat) 13 Syawal 1435 Hijrah.

Menjelang petang, badan rasa sangat - sangat lemah sekali. Muka mula pucat dan sakit sendi masih terasa. Akhirnya bagitahu  My Wife minta tolong adiknya ambik lepas kerja.Hari jumaat jalan memang sesak. Bertolak dalam jam 5.30 petang dekat nak pukul 7.30 mlm baru sampai.Dah daftar kena tunggu sekejap. Maklumlah waktu berbuka puasa.Tunggu punya tunggu dekat nak pukul 8.15 malam baru di panggil. Di beri makan ubat demam. Lepas tue kena tunggu kejap. Kemudian jumpa doktor. Pergi ambil x ray. tunggu lagi. Ambikm darah pulak.Masa ni memang sakit yang teramat. Sampai hentak - hentak kaki.

Akhirnya di masukkan di wad sementara.Kena masuk air. Berehatla sekejap. Wad denggi masih penuh time tue.

12.07.14 (Sabtu) 14 Syawal 1435 Hijrah.

Dalam 3.45 pagi baru lah di masukkan ke dalam Wad.Tapi bukan wad denggi kerana wad tersebut penuh.Di tempatkan di wad 5D. (Wad persakit jantung).Di nasihatkan untuk minum byk air.My Wife pulang ke rumah ayahnya sekitar 3.00 pagi kerana keesokannya akan ke KL untuk x ray gigi.Tidur sendirian di Hospital Selayang. Kena ambil darah 4 kali sehari setiap 6 jam. Pepagi doktor datang tanya itu dan ini.

Dalam tengahari sikit baru My Wife sampai. Bermulalah episod minum air kosong sampai 'kembung'. Minum je nak 'terkencing' Aduh!! seksanya. Dah la dengan wayar di tangan kanan. Sebelum My Wife datang nak 'kencing' kena panggil 'misi' buka wayar. Seksa juga.Last - last 'kencing' dkt katil je & 'kencing' dalam mangkuk tandas khas hospital punya.

Dekat petang baru ayah, umie dan adik bongsu My Wife datang menziarah.Tak duduk lama pun sebab dah dekat waktu nak berbuka puasa.

Mangsa 'demam denggi' yang menahan kesakitan.Demam masih tak baik dan 'hilang selera makan'.
13.07.14 (Ahad) 15 Syawal 1435 Hijrah.
Hari yang paling banyak minum air dan sangat la kerap 'kencing'.Sampai kena paksa - paksa minum air 4 liter.My Wife la yang memantau. Satu yang tak best duduk hospital ialah makanannya. Hanya menu waktu sarapan pagi shj boleh di telan dan sedap sikit. Lauk untuk makan tgh hari dengan malam memang x sentuh sangat.Rasa sikit dah loya. Dah la sup masin. Ikan macam rasa apa ntah.Nasib My Wife turun beli. Dapatlah makan sedap sikit.

Tengah hari ni dapat kunjungan dari rakan sekerja satu jabatan dan Pn. Ida, staff jabatan kewangan.

Alhamdulillah akhirnya dalam petang - petang sikit dapat pengesahan dapat keluar hospital. Sebelum 7.00 malam dah siap - siap turun tunggu adik My Wife ambik.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Pengalaman Ramadhan kali ini menjadi mangsa 'demam denggi' dan 'tahanan' di wad dan pertama kali tidur di Hospital pastinya menjadi satu kenangan yang tak boleh di lupakan. Pastinya ada rahmat di sebalik setiap kejadian.Bersyukur kerana di beri peluang merasai 'kesakitan ini. Terima Kasih Allah kerana mengembalikan kesihataan ini.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015