Thursday, July 03, 2014

1165 : Jemputan Menjadi Tetamu Allah >> Episod Akhir




Syukur Alhamdulillah... Segala puji kepada Allah.. Tuhan sekelian Alam.

Catatan shaizhar dari Kuala Lumpur ke Madinah dan Makkah

* Mengerjakan tawaf dengan 7 kali mengelilingi Kaabah sebenarnya tak semudah yang di sangka terutama ketika ramai jemaah berkumpulan dan berjalan seiringan dan kadang kala hampir merumpuh diri ini.

* Cabaran melaksanakan Saie adalah sangat menguji kekuatan diri. Jarak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah adalah lebih kurang 420 meter untuk satu hala jadi untuk 7 kali pusingan berulang alikm bersamaan 3KM. Untuk umrah pertama (wajib) memang mengambil masa sedikit kerana bersama - sama isteri dan adik ipar (biras) yang sedang mengandung.

* Kawasan saie berhawa dingin, air zam - zam ada di sepanjang perjalanan (termasuk yang sejuk) dan kita tidak perlu jaga/ada wudhu' dan boleh berehat dan berhenti selama mana yang di kehendaki.

* Boleh juga bersolat di kawasan saie dan berpengalaman solat jemaah ketika saie untuk umrah sunat.

* Dapat menikmati air zam - zam pada bila - bila masa dengan penuh kenikmatan sambil berdoa dan berniat. Dalam hadis dari Ibnu Abbas ada menyebut. "Air zam - zam itu di minum mengikit apa yang dihajati dan  diniatkan'. Ada banyak juga hadis sahih berkenaan dengan air zam - zam ini yang sabit dari Rasulullah S.A.W. Doa dan berniatlah ketika minum air zam - zam ini.

* Burung merpati merupakan burung yang paling banyak berada di Makkah dan Madinah. Mungkin rezeki makluk ini 'murah' kerana ramai manusia yang permurah dan suka bersedekah kepadanya.

* Ini antara catatan entry salah seorang blogger yang mungkin juga boleh menjadi tips kepada semua yang membaca (ada ke?) ha.. ha ha... www.penbiru.com (kredit untuk entry kepada blogger tersebut)

* Kata My Wife : Nasihat saya untuk jemaah umrah terutama yang baru pertama kali nak pergi umrah ini, jangan la main pilih je pakej yang murah,Asal murah je terus booking.Memang tak di nafikan berlambak pakej umrah yang murah - murah lagi tak logik tawaran tue bila harga RM 3999 hotel dekat Zam - Zam Tower. Tolong la jangan mudah terpedaya. Piluihlah yang berdaftar dengan Tabung Haji.Yang boleh saya cadangkan Rayhar Travel, C.S Holiday, Wira Saujana Travel, Zahafiz Travel, Al - Mukminin Travel, Tabung Haji Travel, Gemilang Travel, Utas Travel, Andalusia Travel. Semua ini berdaftar dengan Tabung Haji. Insya - Allah ada rezeki lepas ini saya nak pergi umrah dengan Rayhar Travel. Kebanyakkan kawan2 saya yang pergi dengan Rayhar Travel berpuas hati. Pilihla yang berkualiti.Biar mahal sikit  yang penting servis bagus.Hotel dekat.Pilihan saya memang hotel yang dekat.Paling jauh pun 100 meter.Kebanyakan hotel - hotel murah kat Mekah jauh dari Masjidil Haram. Buatlah pilihan yang terbaik. (Sumber FB , 10 Jun 2014 7.42am)

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015