Sunday, June 29, 2014

1161 : Jemputan Menjadi Tetamu Allah >> Part 5

Selamat tinggal kota suci Madinah Al - Munawwarah.Bersiap sedia dengan Ihram untuk menuju Mekah



 Catatan sepanjang di Madinah ...

1) Hotel 5 bintang iaitu Mooven Pick. Bilik tidur sangat selesa tetapi makanan kurang kena bagi tekakku (bukan nak memilih sangat tapi kekadang rasa pelik dalam nasi goreng pun ada timun ???)

2) Hotel ini jauh dari Raudah. Kena pusing jauh. Tapi tak pe.. jauh berjalan lagi banyak pahala. (Insya-Allah)

3) Terkilan dgn travel agent ini sebab tak bawa ke Pasar Kurma (tak ada dalam aturcara).

4) Alhamdulillah dapat 2 kali bersolat di dalam Raudah.

5) Dapat sekali bersolat jumaat di sini.


Alhamdulillah...Akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke bumi suci, Makkah Al - Mukarramah. Pertama sekali sampai masuk, mestilah terfikir... Nampak tak Kaabah? Ya la.. sebagai insan yang dah lebih 33 tahun 2 bulan (ketika itu) risau juga kalau tak nampak Kaabah. Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat melihat Kaabah di depan mata.

 Menara Jam.Tersergam di depan mata.






Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tiada bahasa secantik kata yang mampu di ungkapkan selain perkataan Syukur dan berterima kasih kepada Allah dan mereka - mereka yang telah membantu, memudahkan serta membolehkan impian ini menjadi kenyataan. Bersambung dengan cerita mengerjakan Umrah wajib dan Sai'e.





No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015