Tuesday, July 30, 2013

1152 : Warna Warni Iftar di Selatan

Alhamdulillah, pada sabtu 27.7.2013 telah selamat tiba di Bukit Indah, JB. Kali ini check in hotel. Tahun lepas tak dapat joint Iftar di Selatan.Untuk kali ini, ada rezeki utk shaizhar dan My Wife.

Ini antara menu dari Puan Umah. Ada Nasi Tomato, Ayam masak merah, Dalca, rendang daging (ye ke?), kuih muih, roti jala, satay ayam dan daging. Air teh o dan air anggur.
Antara wajah - wajah yang hadir. 'Pecah perot' bukan sahaja makan tetapi juga dengan gelak ketawa.

Ini gambar selepas berbuka siap ada 'Air Katira' lagi. Rupanya itu 'pati' kena campur dengan 'air' patutlah manis semacam (ha ha ha ha).


Terima Kasih kepada Puan Umah. dan Encik Sabar atas kesudian menjadi penganjur majlis berbuka puasa kali ini. Happy Birthday utk Encik Sabar pada 28.7.2013 (yang lalu).

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kita jumpa di Msjbox Fast Break 9 di Kelana Jaya 03.08.2013 nanti.

Thursday, July 25, 2013

1151 : Selamat Kembali My WXD 4787

Selepas lebih 3 minggu menanti akhirnya WXD 4787 yang 'sakit' kini telah kembali.

1 minggu nak tunggu insurance approved. Lepas tue dekat 2 minggu masih kat workshop kerana spay part tak ada , lambat sampai dan bla.. bla.. bla..

Lepas sahaja WXD 4787 sampai Kelana Jaya. Misi pertama ialah 'memandikannya'. Kini WXD 4787 lebih segar bugar dan putih melepak dari sebelumnya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kalau jumpa di jalanan 'tegur - tegurlah'

1150 : Pesona WSR kini 111111

Alhamdulillah... Hampir 2 minggu 'meminjam' pesona milik ayahanda. Kebetulan adik ipar memang tak guna kereta tersebut pada masa tersebut.

111111 ... wooow... best kan? shaizhar suka 11 kerana  shaizhar lahir pada 11.11, kawin pada 11.11, tinggal di tingkat 11 dan rumah no 11.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima Kasih 'Pesona' kerana menemani hari - hari ku untuk waktu itu.

Tuesday, July 23, 2013

1149 : Ini Kaler Baju Raya Ini Tahun La.

Tajuk tak boleh blah... yang penting saiz L ok! padahal... lebih kurang macam XL je rupanya.

Ini kaler baju raya ini tahun la. Memang tak penah pakai ini kaler pada hari raya.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Syukur Alhamdulillah. Saya sudah.Anda? Apa pun berbelanja biarlah berpada - pada. Jangan sampai membazir ok!.

Monday, July 22, 2013

1148 : Pakej RM 178 yang 'HAMPEH' !!!

Pada 27.7.2013. Silap tengok tarikh pulak 20.7.2013 (sabtu),Sekitar 3.15pm shaizhar dan My Wife telah check in di sini. Bayarannya adalah RM 178Nett untuk penginapan, berbuka puasa & sahur.

Lepas solat asar, shaizhar dan My Wife jalan - jalan la dekat area sini (chow kit) memang tak sesuai dengan jiwa raga. Tak best pun. Suasananya macam kat 'Indonesia' dan tak semeriah jalan TAR.


Inilah menu yang shaizhar dan My Wife nikmati pada hari kejadian. Ok la. sedap - sedap semuanya. Ada lagi beberapa menu tak terlayan dek tekak. Termasuklah lemang & rendang.Yang goreng mcm koteow dan mee pun tak makan sebab dah kenyang. Air pulak jgn cakapla mcm - mcm jenis dan warna air yang ada.

Hotel yang dimaksudkan ialah Hotel Brisdale. Kemudahannya memang tak up to date. 'uzur' mcm hotel 80-an. TV? erm... tak boleh tengok sebab hanya 1 plug je yg 'bernyawa'.

Lepas berbuka puasa dan solat maghrib shaizhar dan My Wife menuju ke Wisma Yakin, KL menaiki teksi dengan bayaran RM5. Tak berapa ramai orang di area Masjid Jamek. Terus menuju ke lokasi utk shopping baju raya. Alhamdulillah semuanya di permudahkan.

shaizhar dan My Wife bersahur dalam pukul 4pagi. Sedih...memang sedih.. ingatkan adalah nasi goreng ke mee goreng.Sayang seribu sayang, lauk - lauk yang berbuka di jadikan menu untuk bersahur.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Inilah yang terakhir ke sini.

Saturday, July 20, 2013

1147 : Menu Sahur 11 Ramadhan 1434 Hijrah >> Nasi Goreng "Warna Warni"

Syukur alhamdulillah dah 11 Ramadhan 1434 Hijrah. Bersahur apa hari ini? Menu di beri nama
Nasi Goreng "Warna Warni". Kelaaaaas tak nama dia?

Minta maaf lah kerana update gambar makanan di siang hari. He he he he. shaizhar. Nak resepi? Tak yah la.. shaizhar bukannya pakar & pandai masak pun. Nie pun resepi 'campak - campak' nak tahu sedap ke tak sedap kenalah tanya My Wife.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak sabar nak berikan Suprise!!! kepada My Wife.

Friday, July 19, 2013

1146 : JJCM >> Buka Puasa 10 Ramadhan 1434 Hijrah di Adam Lai, Seksyen 15 Shah Alam

Pada 19.7.2013, dengan tidak dirancang shaizhar dan My Wife telah kembali ke sini untuk tujuan berbuka puasa.


Inilah ikan kerapu masak 3 rasa. Harganya boleh tahan la dalam RM38.00 Mahal ke? tak pe janji sedap.

Ada ikan, ayam (masak apa ntah..tapi sedap) serta sayur yang juga sedap dan sedikit mahal tapi berbaloi.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Cuba teka berapa harga menu itu semua termasuk 2 gelas teh o?

Thursday, July 18, 2013

1145 : Bersamamu Geng K.A.M.I.E

Bila lagi kita kan bertemu? Tak sabarnya nak tunggu 27.7.2013. Nanti boleh buka puasa & bersahur sesama. Walaupun tak semua yang dapat turut serta tapi harap apa yang di rancang menjadi kenyataan. Terima Kasih kepada tuan & puan umah penganjur majlis tersebut.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hujung tahun 2013 Geng K.A.M.I.E akan kembali berCAMPING. yAHooo!

Wednesday, July 17, 2013

1144 : Novel >> Lenakan Tidurnya

Fuh!!! akhirnya habis juga membaca novel yang tebal ini. Rasanya hampir/lebih 900muka surat.

Kau orang suka membaca novel? Kalau tak suka sila abaikan entry ini. Kisahnya panjang berjela dengan macam - macam watak dan nama (Berpusing - pusing) juga nak memikir siapa dia ni? Apa akan terjadi dan segala macam.Akhirnya.... 'happy ending' mcm biasa la. Dah nama pun novel melayu.

Ini novel bukan saya punya. Pinjam My Wife yang merupakan peminat novelis Norhayati Berahim.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada lagi stok novel belum baca ni. Kena cari mood... kena cari mood

Tuesday, July 16, 2013

1143 : Ole - Ole Dari K.K


Penah makan kuih cincin? Tak penah? kesian.... ha ha ha. sedap kan? sekali makan pasti nak lagi.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ole - ole dari kawan ofis yang terbang jauh bercuti di K.K

Saturday, July 13, 2013

1142 : Dugaan Awal Ramadhan

Petang khamis yakni 2 Ramadhan, temankan My Wife untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran kediaman kami.

Badan memang rasa tak sedap sejak beberapa hari yang lalu.Diri ini memang 'alah' pada hujan. Bukan nak menolak rahmat tuhan.Tapi itulah hakikatnya.

Dengan itu, diriku MC pada esoknya 12/7/2013 (Jumaat) bersamaan 3 Ramadhan 1434 Hijrah.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Inilah dugaan yang ku terima. (Puasa ok! walaupun tak sihat)

Friday, July 12, 2013

1141 : Saguhati Ramadhan 1434 Hijrah

Duit?? Alhamdulillah. Ini yang di namakan rezeki ramadhan. Terima Kasih untuk pengurusana Telaga Biru yang sedikit sebanyak meringgankan beban pekerjanya dalam menyambut kedatangan ramadhan kali ini.

Ini cerita 1 ramadhan.Bagaimana duit ini di belanjakan? Sekali pergi membeli barang - barang dapat di Giant dah melayang hampir RM100. Yang selebihnya untuk diri sendiri serta di kongsi sikit saguhati ini kepada My Wife.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bukan menunjuk tapi... 'Hanya Tuhan Yang Tahu'.

Thursday, July 11, 2013

1140 : Kurma Ramadhan 1434 Hijrah

Syukur alhamdulillah... Ramadhan datang lagi. Ini ialah kurma pemberian Telaga Biru kepada kakitangannya. Kau orang ada?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Rezeki jangan di tolak....

Wednesday, July 10, 2013

1139 : Setiaku Bersamamu Msjbox.com


12.07.2005 dan hari ini 10.07.2013 bersamaan hampir 8 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Begitulah kesetian diriku padamu. Wahai msjbox.com

Banyak sekali xtvt tahun - tahun terawal.Antara yang tersimpan jadi kenangan boleh tengok di sini

Paling best mungkin antaranya adalah yang ini.30 : Cerita Msjbox Family Day 2008 Episod Terakhir - Part 1 serta 31 : Cerita Msjbox Family Day 2008 Episod Akhir - Part 2 dan 32 : Msjbox Family Day 2008 Episod Akhir - Part 3 (The End)

Ini juga antara kenangan 56 : Laporan Msjbox 3rd Anniversary - Bahagian 1 serta 57 : Laporan Msjbox 3rd Anniversary - Bahagian 2 dan 58 : Laporan Msjbox 3rd Anniversary - Bahagian 3 (End)

Kalau nak baca dan lihat gambar tak seberapa sila klik shj ye.

RAPAT060708 adalah antara projek msjbox.com yang paling berjaya. Boleh layan juga banyak gambar - gambar event msjbox.com terdahulu di situ.Atau juga di sini Msjbox Event

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Mengimbau kenangan lama. Masihkah ada yang ingat? Terima Kasih untuk semua yang bersama - sama untuk 8 tahun ini.



Tuesday, July 09, 2013

1138 : Jom Buka Puasa @ Hotel Brisdale

Belum puasa lagi dah sibuk cari tempat berbuka puasa. Salah satunya yang menjadi pilihanku ialah di sini.

Penah berbuka puasa dengan geng ofis (KL Tower) beberapa tahun dulu (ada kot lebih 8 tahun) ha ha ha. Dan berbuka sorang diri 4 tahun lalu (Sewa bilik + buka puasa + sahur percuma) memang pakej yang best.

Tahun ini nak bawa My Wife dapat la shopping raya di KL sekali di siang/malam harinya. Mesti best.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : RM 178 nett utk dua orang + berbuka puasa dan sahur. Menarik kan? Jom booking. Jap nak tengok date. Kalau 3.8 ok tak?

Monday, July 08, 2013

1137 : Warna Warni Aidil Fitri

Tajuk tak boleh belah. Gambar di atas adalah dari carian google.

Motifnya ialah... esok dah 1 Ramadhan, tapi diri ini masih tercari - cari tema baju raya tahun ini.
Semangat tue.... Ntah la. tak tahu nak pilih warna apa. Tahun lepas dah pakai warna hijau. Tahun - tahun sebelumnya pun dah penah pilih warna unggu & biru.

Tahun ni ?



 Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Apa kata oren?

Saturday, July 06, 2013

1136 : Akan Datang... Msjbox Fast Break 9 - 2013 vs Geng K.A.M.I.E Gathering

Berminat nak berbuka puasa sama - sama ? Ini kali ke 9 la. Napa tak percaya? Kepada geng - geng blogger/FB/Twitter dll + whatsApp + WeChat+ dll. Boleh la datang (Tempat pun tak tahu dekat mana lagi la.)

Terbuka kepada semua yang ingin menyertai aktiviti ini. Matlamat aktiviti ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Ini merupakan tahun ke - 9 aktiviti berbuka puasa bersama-sama diadakan.

FastBreak 1 - 2005: Maju Junction, Kuala Lumpur
FastBreak 2 - 2006: Food Court, Sogo, Kuala Lumpur
FastBreak 3 - 2007: Restoran Kunang-kunang,
FastBreak 4 - 2008: Nailis, Sentul
FastBreak 5 - 2009: Bora Ombak, Ampang
FastBreak 6 - 2010: Food Court, Sogo, Kuala Lumpur
FastBreak 7 - 2011: (*tak ingat)
FastBreak 8 - 2012: Jom Bali, Carrefour Wangsa Maju
FastBreak 9 - 2013: (????????)

Tarikh di cadangkan : 3.8.2013 (Sabtu)
Lokasi di cadangkan : tak tahu.. tak tahu lagi.Sesiapa ada cadangan?
Masa : 6.30pm waktu malaysia

 Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Di manakah?? Jom kasi idea.

Friday, July 05, 2013

1135 : Yang ke T.I.G.A

Yang ke T.I.G.A ini lebih santai dan penuh dengan konsep menulis sambil membaca. Blog ke T.I.G.A ini ialah blog tanpa gambar. Ye ke? Ada la gambar... propa! sangat...

Yang ke  T.I.G.A ini mempunyai 80 entry sahaja dan hanya mampu bertahan selama 7 bulan.

Jika anda ingin mengenali S.H.A.I.Z.H.A.R perlulah membaca 75 : Keluarga Sha yang di coretkan pada May 21, 2008 1:50 pm

Dan ini ialah entry pertama di blog T.I.G.A


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Di entry yang ke 1152, blog ini adalah blog yang ke 4.

1134 : Untuk Ke2 Kalinya


Ini yang kedua.Untuk ke2 kalinya inilah blog seterusnya selepas lebih 2 tahun di blog yang pertama.

Inilah s.h.a.i blog yang selalu bertukar design, rupa dan bentuk. Terima kasih untuk 'guru - guru' yang mengajar diriku berblog dan men'design' blog walaupun tak berapa bagus mana pun.

Inilah s.h.a.i hanya bertahan hampir 7 bulan. Pada 11.11.2007 blog tersebut telah menamatkan riwayatnya dan berpindah ke blog lagi satu. Blog ke 3.Apa URLnya.. tunggu.


Antara karya hasil nukilan diriku. Al maklumlah budak kelas sastera memang 'jiwang' karat sikit.

Inilah s.h.a.i juga merupakan blog kenangan terindah dan mempunyai coretan kesedihan yang akan di baca bila 'kerinduan'.

Inilah s.h.a.i adalah blog yang kurang gambar dan banyak dengan kata - kata. Adakah yang masih mengenali Inilah s.h.a.i. Kenapa urlnya ada shaizharkltower.blogspot ?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Cerita blog ke 3 akan menyusul....

Thursday, July 04, 2013

1133 : Inilah Yang Pertama


16.12.2004 itulah tarikh permulaan diriku berblog. Inilah Yang Pertama Skrg macam dah tak boleh buka je. Bermulanya Inilah Yang Pertama di blogdrive. Siapa guruku? Tak lain tak bukan Sodep


Bermula Inilah Yang Pertama diriku mengenali ramai sekali kawan - kawan baru.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada pahit ada manis itulah kehidupan berblog. Menjadi 'blogger' bukanlah untuk popular tapi untuk kepuasan diri dan mengisi kekosong waktu & masa yang terluang.

Wednesday, July 03, 2013

1132 : K.A.M.I.E bertemu Kembali.

Pada 29.06.2013 bersamaan hari Sabtu telah berlangsung 'reunion' Geng K.A.M.I.E + Msjbox.com
Lokasinya di rumah bos Msjbox.com. (Dalam gambar My Wife dan Chef CT Delima errrk! kenapa url blognya ni?????)


Dlm bekas purple adalah menu yang di masak oleh My Wife. Terima Kasih sayang :D


Best.. best!!! bertambah - tambah kalau ada meehoon goreng. Terima Kasih Kak CT


Ini pun hasil, air tanggan Kak Ct juga. Purple?? Terima Kasih juga untuk Puan Umah yang menjemput. (Maaf tak ada gambar Laksa Sarawak dan lain - lain menu).

Gambar ehsan dari blog AKO tetap AKO. Ramai juga yang datang. Tak tersebut satu persatu. Namun saat paling best ialah menonton video dan melihat gambar - gambar kenangan lama. Mengambit memori sangat.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Banyak 'mendiamkan' diri dan kurang bergambar kerana 'mood yang hilang' sejak kes 'WXD melanggar' byk urusan yg perlu di lakukan.Mungkin itu salah satu faktor menyebabkan hari tersebut tak terlalu happy buat diri. I'm sorry ye kekawan.

1131 : Bila WXD 'melanggar'


Aku akui diriku bukanlah pemandu yang 'hebat'.Walaupun sering di ingatkan oleh my wife namun diriku tetap 'cuai'.

Akhirnya, telah tersurat pada 28.06.2013 WXD yang ku naiki telah melanggar 'bontot' kereta orang lain. Alhamdulillah pemilik kereta yang di langgar itu ok. Ini memberi pengajaran kepada diriku agar lebih berhati - hati.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kembali 'merempit'.

Tuesday, July 02, 2013

1130 : Kembali Menyerang 'Sedenak'





Pada 9.6.2013 bersamaan hari ahad. Diriku bersama isteriku telah menyerang Sedenak. Teratak siapa lagi kalau bukan di miliki oleh pemilik Che Mat Gebu yang sangat popular di 'alam maya' ini. 


Inilah hidangan Che Mat Gebu untuk kami suami isteri. Mana gambar Che Mat Gebu ? Tengoklah kat bawah ni.

Kenapa tak percaya? Terima Kasih untuk Che Mat Gebu yang sudi menerima kunjungan kami.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kembali menyerang sedenak selepas sekian lama tidak ke sana.


1129 : Merahnya Hidup Ini

Assalamualaikum & Salam pertemuan kembali selepas sekian lama menyepi dari mencoretkan sesuatu di blog ini. Catatan terakhir ialah pada
10.09.2012

Merahnya hidup ini. Gambar terbaru pemilik blog ini. Semakin hari semakin membulat. Membesar bagaikan juara. Ha ha ha ha.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Menyepi bukan bererti sepi.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015