Monday, July 22, 2013

1148 : Pakej RM 178 yang 'HAMPEH' !!!

Pada 27.7.2013. Silap tengok tarikh pulak 20.7.2013 (sabtu),Sekitar 3.15pm shaizhar dan My Wife telah check in di sini. Bayarannya adalah RM 178Nett untuk penginapan, berbuka puasa & sahur.

Lepas solat asar, shaizhar dan My Wife jalan - jalan la dekat area sini (chow kit) memang tak sesuai dengan jiwa raga. Tak best pun. Suasananya macam kat 'Indonesia' dan tak semeriah jalan TAR.


Inilah menu yang shaizhar dan My Wife nikmati pada hari kejadian. Ok la. sedap - sedap semuanya. Ada lagi beberapa menu tak terlayan dek tekak. Termasuklah lemang & rendang.Yang goreng mcm koteow dan mee pun tak makan sebab dah kenyang. Air pulak jgn cakapla mcm - mcm jenis dan warna air yang ada.

Hotel yang dimaksudkan ialah Hotel Brisdale. Kemudahannya memang tak up to date. 'uzur' mcm hotel 80-an. TV? erm... tak boleh tengok sebab hanya 1 plug je yg 'bernyawa'.

Lepas berbuka puasa dan solat maghrib shaizhar dan My Wife menuju ke Wisma Yakin, KL menaiki teksi dengan bayaran RM5. Tak berapa ramai orang di area Masjid Jamek. Terus menuju ke lokasi utk shopping baju raya. Alhamdulillah semuanya di permudahkan.

shaizhar dan My Wife bersahur dalam pukul 4pagi. Sedih...memang sedih.. ingatkan adalah nasi goreng ke mee goreng.Sayang seribu sayang, lauk - lauk yang berbuka di jadikan menu untuk bersahur.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Inilah yang terakhir ke sini.

1 comment:

Edat_Uzair said...

27.7.2013???

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015