Sunday, June 03, 2012

1124 : Geng Kamie menyerang E-11-11

Pada 27.5.2011 yang lalu....
Geng Kamie telah menyerang E-11-11
(Cerita ini adalah tidak bergambar)

Di dahului dengan kehadiran Pn CT & En Mat sekeluarga kemudiannya di ikuti En Jun & Pn Karni serta si comel Khayla di ikuti dengan kemunculan mengejut Pn Dila a.k.a Bondarock bersama 3 orang anak beranaknya.

Yang di nanti berpusing - pusing. Bak kata perpatah 'sesat barat'. Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya sampai juga rombongan Sis Lin & En Sabar serta 3 anaknya.

Pertama kali mereka menjejakkan kaki ke E-11-11
Teratak ShaiNaz.

Dan penghujungnya En. Azman yakni Kasawari 7 bersama Pn Linda dan 2 orang puteranya telah muncul di tempat kejadian.

Telah lama di rancang namun hanya pada petang ahad tersebut ianya menjadi kenyataan.
Terima Kasih kepada 'My Wife' yang memasak 'Meehoon Singapore' dan Mee Goreng serta hidangan lain.

Kepada ahli 'Geng Kamie' yang tidak dapat hadir.Insya-Allah, kalau ada rezeki Open House Raya nanti akan ada lagi Makan - Makan & Minum - Minum (A-Min)

Kata shaizhar : Rindu kepada teman - teman dan teringatkan saat - saat pahit manis bersama. Dapat sekali sekala berjumpa dan berkumpul pun dah bersyukur.Kini dunia tanpa sempadan.Geng Kamie terus 'bertemu' di Muka Buku (FB)

Saturday, June 02, 2012

1123 : Dunia Biruku

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam.

04.06.12 akan genaplah 5 bulan saya menjadi ahli keluarga sebuat syarikat penerbitan bernama Telaga Biru Sdn Bhd.

Jujurnya pada tahun 2010, saya sudah memohon jawatan di sini.Namun, tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk saya ketika itu.Saya menjadi pekerja di company 'c' dan kemudiannya hanya mampu bertahan selama 1 tahun 4 bulan berbanding tempat kerja saya yang pertama.12 tahun 6 bulan, itulah jangka masanya sama bersama dengan sebuah tempat pelancongan utama di Kuala Lumpur.

Dunia Biruku....
Ya! saya sukakan warna biru.
04.01.12 saya menjadi warga 'Telaga Biru'
Dulu saya adalah HR Assistant dan kini saya merupakan seorang Sales Executive yang memasarkan produk Telaga Biru.

Dunia Biruku....
Dulu saya minat membaca novel - novel cinta.
Kini...
'Solusi. Al - Ustaz & Gen-Q' serta buku - buku agama dan lain - lain semakin dekat di hati.

Dunia Biruku...
Setiap hari berkerja 'Kami' bermula dengan Solat Dhuha berjemaah dan kemudiannya di ikuti tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz - ustaz yang berbeza dengan berbagai - bagai topik di dalam berbagai sudut.

Dunia Biruku...
'Kami' juga solat berjemaah bersama - sama + makan tengahari juga di sediakan.

Dunia Biruku...
Kepada yang tidak mengenali 'Telaga Biru' sila layari http://telagabiru.net.my

Dunia Biruku...
Jadikanlah hari ini LEBIH BAIK daripada semalam

Kata shaizhar : Semoga Esok dan esok juga hari mendatang akan ada sinar yang bercahaya dalam hidup kita.

Friday, June 01, 2012

1122 : Bila Shaizhar Menulis

Alhamdulillah saya kembali menulis. Bukan sahaja di dalam blog tetapi juga di 'buku cinta'. Inilah dua tempat untuk meluahkan perasaan.Di sini, bicaranya lebih terbuka tetapi tetap beralas berbanding dalam 'buku cinta' yang hanya membicarakan tentang 'S' dan 'N'.

Bicara hanya dengan kata - kata... Adakah penulisan di blog ini di kira menulis? atau mungkin lebih tepat lagi menaip kata - kata yang mengambarkan bermacam 'rasa'. Sama ada gembira, duka dalam berbagai warna.

Bila Shaizhar menulis....
Sekurangnya kita ada hitam putih yang boleh di ulang baca di masa akan datang.
Tak kiralah sama ada dalam kertas, email mahupun di blog.Namun, masa kini sudah berubah.Pantas sungguh ianya berlalu.Kini penulisan juga di 'muka buka' dan apa jua cerita boleh di kemaskini dari masa kesemasa di sana & di twitter.

Bila saya berbicara...
Semestinya ini bukanlah bicara kosong tetapi bicara tentang 'Perjalanan Seorang Insan Bernama Shaizhar'. Dari kerjaya di 'tempat pelancongan' membawa kepada 'cari gas & minyak" sehinggalah kini berada dalam dunia 'penerbitan'.

Saya semakin dekat dengan buku dan bahan bacaan.Banyak belajar sesuatu yang baru setiap hari.Saya gembira dengan pilihan ini. Terima Kasih 'Allah' yang telah mengaturkannya dengan begitu indah sekali. Syukur Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah.. Tuhan sekelian alam.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015