Saturday, June 02, 2012

1123 : Dunia Biruku

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam.

04.06.12 akan genaplah 5 bulan saya menjadi ahli keluarga sebuat syarikat penerbitan bernama Telaga Biru Sdn Bhd.

Jujurnya pada tahun 2010, saya sudah memohon jawatan di sini.Namun, tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk saya ketika itu.Saya menjadi pekerja di company 'c' dan kemudiannya hanya mampu bertahan selama 1 tahun 4 bulan berbanding tempat kerja saya yang pertama.12 tahun 6 bulan, itulah jangka masanya sama bersama dengan sebuah tempat pelancongan utama di Kuala Lumpur.

Dunia Biruku....
Ya! saya sukakan warna biru.
04.01.12 saya menjadi warga 'Telaga Biru'
Dulu saya adalah HR Assistant dan kini saya merupakan seorang Sales Executive yang memasarkan produk Telaga Biru.

Dunia Biruku....
Dulu saya minat membaca novel - novel cinta.
Kini...
'Solusi. Al - Ustaz & Gen-Q' serta buku - buku agama dan lain - lain semakin dekat di hati.

Dunia Biruku...
Setiap hari berkerja 'Kami' bermula dengan Solat Dhuha berjemaah dan kemudiannya di ikuti tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz - ustaz yang berbeza dengan berbagai - bagai topik di dalam berbagai sudut.

Dunia Biruku...
'Kami' juga solat berjemaah bersama - sama + makan tengahari juga di sediakan.

Dunia Biruku...
Kepada yang tidak mengenali 'Telaga Biru' sila layari http://telagabiru.net.my

Dunia Biruku...
Jadikanlah hari ini LEBIH BAIK daripada semalam

Kata shaizhar : Semoga Esok dan esok juga hari mendatang akan ada sinar yang bercahaya dalam hidup kita.

1 comment:

hasrul hassan said...

Owhh kerja dengan Telaga Biru la yer... Telaga Biru banyak buku hebat2 la ...

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015