Friday, June 01, 2012

1122 : Bila Shaizhar Menulis

Alhamdulillah saya kembali menulis. Bukan sahaja di dalam blog tetapi juga di 'buku cinta'. Inilah dua tempat untuk meluahkan perasaan.Di sini, bicaranya lebih terbuka tetapi tetap beralas berbanding dalam 'buku cinta' yang hanya membicarakan tentang 'S' dan 'N'.

Bicara hanya dengan kata - kata... Adakah penulisan di blog ini di kira menulis? atau mungkin lebih tepat lagi menaip kata - kata yang mengambarkan bermacam 'rasa'. Sama ada gembira, duka dalam berbagai warna.

Bila Shaizhar menulis....
Sekurangnya kita ada hitam putih yang boleh di ulang baca di masa akan datang.
Tak kiralah sama ada dalam kertas, email mahupun di blog.Namun, masa kini sudah berubah.Pantas sungguh ianya berlalu.Kini penulisan juga di 'muka buka' dan apa jua cerita boleh di kemaskini dari masa kesemasa di sana & di twitter.

Bila saya berbicara...
Semestinya ini bukanlah bicara kosong tetapi bicara tentang 'Perjalanan Seorang Insan Bernama Shaizhar'. Dari kerjaya di 'tempat pelancongan' membawa kepada 'cari gas & minyak" sehinggalah kini berada dalam dunia 'penerbitan'.

Saya semakin dekat dengan buku dan bahan bacaan.Banyak belajar sesuatu yang baru setiap hari.Saya gembira dengan pilihan ini. Terima Kasih 'Allah' yang telah mengaturkannya dengan begitu indah sekali. Syukur Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah.. Tuhan sekelian alam.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015