Monday, September 10, 2012

1128 : E-11-11 Open House 2012

Antara menu open house kali ini. Lokasinya di E-11-11, Kuarters Kastam Kelana Jaya.

Gambar hasil cilok dari FB Asri (sodep)

Antara koleksi balang kuih raya dan 'taman buah - buahan'. Ada berbelas balang tapi hanya 3 balang kuih rayanya di buat sendiri yang lain - lain. Tunjuk shj.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima Kasih pada yang sudi datang. Tahun depan closed atau open x tahu lagi?


Wednesday, September 05, 2012

1127 : Memori Indonesia - Padang, Bukit Tinggi 2012

Memori @ Padang & Bukit Tinggi 28.6.2012 - 2.7.2012 bersama My Wife

Bersanding untuk kali ke berapa ntah.Pelaminan yang penuh warna warni.


 Bersanding sendirian kerana si isteri pergi 'melepaskan hajat'.


Di Istana Pagar Royong.

Menuju ke destinasi yang bersimpang siur. Dimanakah? Tunggu.....
Di sini akhirnya.... Muzium dan Rumah Kelahiran Dr. Hamka
Di Jam Gadang berhampiran Pasar Atas yang sangat popular di bukit tinggi.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima Kasih Allah dan 'penaja' atas peluang dan kesempatan ini. Syukur alhamdulillah.

Tuesday, September 04, 2012

1126 : YB's Family Day 2012

Pada 31.08.2012 telah berlangsungnya YB's Family Day 2012 di PD Sanctuary Resort & Camp di Port Dickson Negeri Sembilan. Ini adalah family day sebelah keluarga ayah mertuaku.

Gambar diriku dan isteriku di lokasi kejadian pada petang hari jumaat yang Merdeka!

Menang hadiah no 3 acara sukaneka kategori generasi ke2.*Tiada gambar untuk aksi tersebut.

Monday, September 03, 2012

1125 : Salam Aidil Fitri 1433 Hijrah ^ 2012 Masihi

Salam Aidil Fitri 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masihi. Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf Zahir & Batin.


*kualiti gambar kurang jelas. (pakai hp 'cap ayam') dan ini lah pertama kali beraya sebagai seorang suami. Lokasi hari raya kali ini ialah di rumah mak mertua.

Tahun depan..Insya - Allah di utara tanah air pulak.

Sunday, June 03, 2012

1124 : Geng Kamie menyerang E-11-11

Pada 27.5.2011 yang lalu....
Geng Kamie telah menyerang E-11-11
(Cerita ini adalah tidak bergambar)

Di dahului dengan kehadiran Pn CT & En Mat sekeluarga kemudiannya di ikuti En Jun & Pn Karni serta si comel Khayla di ikuti dengan kemunculan mengejut Pn Dila a.k.a Bondarock bersama 3 orang anak beranaknya.

Yang di nanti berpusing - pusing. Bak kata perpatah 'sesat barat'. Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya sampai juga rombongan Sis Lin & En Sabar serta 3 anaknya.

Pertama kali mereka menjejakkan kaki ke E-11-11
Teratak ShaiNaz.

Dan penghujungnya En. Azman yakni Kasawari 7 bersama Pn Linda dan 2 orang puteranya telah muncul di tempat kejadian.

Telah lama di rancang namun hanya pada petang ahad tersebut ianya menjadi kenyataan.
Terima Kasih kepada 'My Wife' yang memasak 'Meehoon Singapore' dan Mee Goreng serta hidangan lain.

Kepada ahli 'Geng Kamie' yang tidak dapat hadir.Insya-Allah, kalau ada rezeki Open House Raya nanti akan ada lagi Makan - Makan & Minum - Minum (A-Min)

Kata shaizhar : Rindu kepada teman - teman dan teringatkan saat - saat pahit manis bersama. Dapat sekali sekala berjumpa dan berkumpul pun dah bersyukur.Kini dunia tanpa sempadan.Geng Kamie terus 'bertemu' di Muka Buku (FB)

Saturday, June 02, 2012

1123 : Dunia Biruku

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam.

04.06.12 akan genaplah 5 bulan saya menjadi ahli keluarga sebuat syarikat penerbitan bernama Telaga Biru Sdn Bhd.

Jujurnya pada tahun 2010, saya sudah memohon jawatan di sini.Namun, tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk saya ketika itu.Saya menjadi pekerja di company 'c' dan kemudiannya hanya mampu bertahan selama 1 tahun 4 bulan berbanding tempat kerja saya yang pertama.12 tahun 6 bulan, itulah jangka masanya sama bersama dengan sebuah tempat pelancongan utama di Kuala Lumpur.

Dunia Biruku....
Ya! saya sukakan warna biru.
04.01.12 saya menjadi warga 'Telaga Biru'
Dulu saya adalah HR Assistant dan kini saya merupakan seorang Sales Executive yang memasarkan produk Telaga Biru.

Dunia Biruku....
Dulu saya minat membaca novel - novel cinta.
Kini...
'Solusi. Al - Ustaz & Gen-Q' serta buku - buku agama dan lain - lain semakin dekat di hati.

Dunia Biruku...
Setiap hari berkerja 'Kami' bermula dengan Solat Dhuha berjemaah dan kemudiannya di ikuti tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz - ustaz yang berbeza dengan berbagai - bagai topik di dalam berbagai sudut.

Dunia Biruku...
'Kami' juga solat berjemaah bersama - sama + makan tengahari juga di sediakan.

Dunia Biruku...
Kepada yang tidak mengenali 'Telaga Biru' sila layari http://telagabiru.net.my

Dunia Biruku...
Jadikanlah hari ini LEBIH BAIK daripada semalam

Kata shaizhar : Semoga Esok dan esok juga hari mendatang akan ada sinar yang bercahaya dalam hidup kita.

Friday, June 01, 2012

1122 : Bila Shaizhar Menulis

Alhamdulillah saya kembali menulis. Bukan sahaja di dalam blog tetapi juga di 'buku cinta'. Inilah dua tempat untuk meluahkan perasaan.Di sini, bicaranya lebih terbuka tetapi tetap beralas berbanding dalam 'buku cinta' yang hanya membicarakan tentang 'S' dan 'N'.

Bicara hanya dengan kata - kata... Adakah penulisan di blog ini di kira menulis? atau mungkin lebih tepat lagi menaip kata - kata yang mengambarkan bermacam 'rasa'. Sama ada gembira, duka dalam berbagai warna.

Bila Shaizhar menulis....
Sekurangnya kita ada hitam putih yang boleh di ulang baca di masa akan datang.
Tak kiralah sama ada dalam kertas, email mahupun di blog.Namun, masa kini sudah berubah.Pantas sungguh ianya berlalu.Kini penulisan juga di 'muka buka' dan apa jua cerita boleh di kemaskini dari masa kesemasa di sana & di twitter.

Bila saya berbicara...
Semestinya ini bukanlah bicara kosong tetapi bicara tentang 'Perjalanan Seorang Insan Bernama Shaizhar'. Dari kerjaya di 'tempat pelancongan' membawa kepada 'cari gas & minyak" sehinggalah kini berada dalam dunia 'penerbitan'.

Saya semakin dekat dengan buku dan bahan bacaan.Banyak belajar sesuatu yang baru setiap hari.Saya gembira dengan pilihan ini. Terima Kasih 'Allah' yang telah mengaturkannya dengan begitu indah sekali. Syukur Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah.. Tuhan sekelian alam.

Thursday, May 31, 2012

1121 : Dan Bila...

Dan bila...
Kembali mencoretkan sesuatu di sini.

Dan bila...
Inilah harinya.

Dan bila..
Setelah sekian lama 'menyepi'.

Dan kini kembali...
Menjadi diri sendiri
Berbicara hanya dengan kata - kata


Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015