Wednesday, November 30, 2011

1111 : Dan Bila Diriku Berwajah Baru >> 29.11.11

Alhamdulillah... Akhirnya hantaran bertunang yang sudah sekian lama di terima (dibeli oleh My Wife semasa beliau menunaikan umrah bulan 3 yang lalu)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hijrah kepada kehidupan yang lebih baik.Dan nantikan aksi - aksi selanjutnya.. Insya-Allah

Tuesday, November 29, 2011

1110 : Hari Ini di IKEA

Hari kejadian ialah pada 28.11.11 sekitar 12.30 tengahari. Dari Kelana Jaya ke IKEA tak ada lah jauh mana.

Ini buktinya.Kali terakhir di IKEA.. bila yek? Alhamdulillah akhirnya dapat juga kembali ke IKEA

Bersama My Wife. Apa yang di beli? Ada la sikit - sikit.Gambar makan - makan pun lupa nak ambik. Nampaknya kena gie IKEA lagi lepas ini. He he he he ...

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hari ini 29.11.11 mau jalan - jalan KL. Yahooo.. hari ini cuti...

Sunday, November 27, 2011

1109 : Hadiah Untuk Diri Sendiri Daripada Penaja

Yang kiri Mr. Shai Cat...cat... dan Yg kanan pulak Mrs ShaNaz ong ge dek ge dek... ha ha ha. Alhamdulillah dapat 'hadiah kawin' di taja bernilai RM200 voucher Pakson. Akhirnya pada 26.11.11 telah 'menyopingkan diri ber2' di Subang Parade.

Dan hadiah diatas berupa Mug untuk diri kami ber2 saki baki dari lebihan membeli belah walaupun gajiku belum masuk

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima Kasih daun keladi agak - agak majlis 11.12.11 ada sesiapa nak kasi hadiah ke? Tunggu....

Friday, November 25, 2011

1108 : Dan Bila Kebiruan Hari Ini 25.11.11

Alhamdulillah 2 minggu sudah berlkalu. Minggu ini mengenakan persalinan biru. I like. Kalau x suka diam. ha ha ha

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Next week nak 'bergaya' dengan persalinan 'purple' la la la.

1107 : Dan Bila Tutti Frutti Kembali Di Nikmati


Kejadian berlaku pada 23.11.11 sekitar jam 8.45pm berlokasikan kawasan Kelana Jaya. Dari kiri harganya RM 7+ (saya punye) dan yang kanan sekali RM 12++ (My Wife punya) tapi akhirnya kongsi - kongsi juga.Lagi kisah Tutti Frutti kat sini

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Diam tak perlu kata apa - apa.Suka hati la nak 'melantak' Tuttui Frutti tiap - tiap minggu pun.Ada aku kisah? ha ha ha... Terima Kasih kepada 'penaja'

Wednesday, November 23, 2011

1106 : Wakenalagi Beb 'Party 12.00am vs Party Ulaq'

Jeng.. jeng..jeng dah 35 tahun pun. Happy 'belated' birthday buat sis lin. 

Sengaja lambat wish kat blog.Nak tengok tragedi yang sama setahun lalu pada 20.11.2010? Klik sini

Pada 20.11.2011 sekitar 12.00am ++ berlakulah kejutan untuk  sis lin. 
Aksi party ulaq tidak dapat di tayangkan di sini atas - atas sebab menyebab yang terlalu sulit untuk dinyatakan.Hanya Geng K.A.M.I.E dapat menyaksikan bertapa 'hebatnya' aksi dan gelagat  sis lin.  pada party ular itu.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : I'm sorry  sis lin.  jangan black list aku pulak dari check in homestay@ Bukit Indah. Agaknya siapa pulak mangsa seterusnya? Erm... ada atau tidak diriku pada masa tersebut hanya Allah yang tahu.

Tuesday, November 22, 2011

1105 : Majlis Perkahwinan Lyea & Zaidi

Selamat tiba di Johor Bahru sekitar 11.00 am pada 19/11/2011.Birthday siapa ntah?

Lokasi pernikahan pada 20.11.2011 ialah di sini.Menghadiri majlis adik sis lin

Bergambar sebelum menghadiri majlis pernikahan lokasi di homestay sis lin.

Pertama kali 'pengantin baru' keluar teratak kita orang dan berada nun jauh di selatan.My Wife menjalani orientasi bersama dengan Geng K.A.M.I.E

5 lelaki menyerang majlis kuning + hitam + putih. Fuh! banyaknya kaler. Dari kiri bro ross, Izzu, asri (sodep), wafi dan diriku.

Aksi 'teropong' ahli - ahli Geng K.A.M.I.E Walaupun tak semua datang/berkumpul tapi yg penting 'enjoy'.

4 Geng K.A.M.I.E paling lama kenal tentulah asri/sodep kemudiannya lama sikit dengan sis retna dan kemudiannya sis lin. Alhamdulillah perhubungan di alam maya kini masih teguh di alam nyata. Geng K.A.M.I.E bagaikan 'bersaudara'.

Aksi Geng K.A.M.I.E yang gembira di hari bahagia Lyea & Zaidi. Welcome to our club.

Pada jam 11.48am, 210.11.2011 alyea yelah sah menjadi isteri kepada zaidi.

Kombinasi warna yang menarik.Semoga perkahwinan lya dan zaidi berkekalan A-Min.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bulan madu di mana? Jawapanku.. JB je. ha ha ha...

Monday, November 21, 2011

1104 : Dari Dapur E-11-11

Rabu.. mee goreng cinta 16/11/2011.Sekali pandang macam? Janji sedap.

Khamis. koteow udang kasih sayang pada tarikh 17/11/11. Udangnya besar - besar.

Jumaat.Menunya 'Bihun Goreng Jumaat'. Alhamdulillah berakhirnya seminggu 'orientasi'

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bermulanya episod masa nasi + lauk pauk. Good Lucky My Wife. Yelah dulu duduk sorg. Sekarang dah berdua.Insya-Allah lepas ini ber3.A-Min.

Friday, November 18, 2011

1103 : Hari Ini Dalam Sejarah >> Citra Cinta E-11-11

Dan kisah yang tidak anda tahu pun bermula.Inilah kisah di 'Teratak Kita orang ber2'

Merenung masa depan semoga ianya adalah yang baik - baik sahaja.A-Min

Di pelaminan khas yang hanya di hadiri oleh beberapa orang sahaja termasuk beberapa orang anak buah ku (Paksa dia orang sekali berada di tempat kejadian).

Raja shaizhar pada hari ini dalam sejarah 12.11.11 bersamaan hari sabtu nun di tingkat 11.

Dakapan kasih sayang khas untuk kau orang di bilik 'pengantin' yang akan terus menjadi 'rahsia' bagaimana rupa paras katil 'barunya'. Thanks My Wife

Ala .. ala manja. Aksi di dalam bilik.Harap maaf tiada aksi di atas katil.sekian. (Aksi bergambar manja - manja atas katil maksud saya..bukan aksi terlampau yek)

Citra Cinta kami dari puncak E-11-11 untuk tatapan mereka yang belum menjejakkan kaki ke teratak kami.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hari ini dalam sejarah.Next week 'puasa' nanti tak muat pulak baju 'purple warna cinta'.

Thursday, November 17, 2011

1102 : Hari Ini Dalam Sejarah >> Aksi Wajah - Wajah My 'Wedding' Day 12.11.11

Inilah Geng K.A.M.I.E walaupun ada geng 'singapore' tak datang tapi x pe. Terima dengan redha.

Kata 'dia org" bagus...bagus... dah kawin pun.. lepas ini siapa pulak?

Inilah keluargaku. Tak cukup sorang je.Kakak iparku Yusnita yang kini nun jauh di Kota Kinabalu.

Bergambar kenangan dengan kenalan My Wife.Terima Kasih sebab sudi datang yek!


Lagi gambar wajah - wajah yang hadir pada My ' Wedding' Day 12.11.11 di Kelana Jaya

Bersama geng X - HR KL Tower kecuali yang kiri tue (inter prame) he he he....

Antara wajah - wajah kaum keluarga belah mak nun jauh di selatan yakni Batu Pahat, Johor.

2 Gadis itu ialah wanita 'Finance' di tempat kerja sekarang. Di kenali sebagai company 'C'.

Lagi wajah - wajah tetamu yang hadir bersama dengan ayahanda ku Hj Waharp.


Bersama dengan 2 orang anak buah 'baruku' Muhammad Umar & Noorul Izzah. Sangat suka aksi & gambar ini. I Like!

Saya dengan ini mengumumkan yang saya ialah Daddy kepada anak - anak buah ku 2 orang itu.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Pengalaman bersama 12 anak buah akan menjadi bekalan dalam mengambil hati 2 orang lagi anak buah terbaru + anak sendiri kelak.Insya-Allah.Doakan kita orang yek!

Wednesday, November 16, 2011

1101 : Dan Sebelumnya >> 'Aksi' & Wajah2 Ceria My 'Nikah' Day 11.11.11

Just Married. Inilah antara buktinya.Cincin sudah di jari.Inai juga telah membuat ianya berseri - seri.

Bersama dengan Umie, Ayah dan My Wife.Alhamdulillah restu dari keluarga amat di perlukan.

Bergambar bersama keluarga My Wife. Alhamdulillah semua ada dalam gambar ini kecuali... oooooh adik bongsu ku? Di mana Aqila menghilang? Eh.. silap 'menyorok'/sembunyi'

Aksi anak dara & mak dara.Eh! 'kakak' tak ada? Tak pe..tak pe. study for SPM. Thanks sis lin datang nun jauh dari Selatan.

Dan ini keluarga mertua saya.Alhamdulillah akhirnya termakbul juga doa dan impian untuk memeliki adik - adik.Bukan sorang tapi 6 orang.. 4 lelaki & 2 perempuan + lagi 2 ipar dan juga 2 anak buah.

Aksi bersama kenalan si isteri.Bertambah kawan - kawan baru. Thanks datang our Nikah Day (11.11.11)

Lagi aksi bergambar dengan kawan My Wife. Dah menjadi kenalan baruku di Muka Buku.

Aksi bergambar bersama anak buah sulung My Wife iaitu Muhammad Umar.Cute kan? Nak panggil apa yek! Adakah papa? Daddy? Ooooo x nak..x nak 'Pak Long' tak main yek.. he he he

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Jom lepas ini tengok lagi aksi gambar - gambar buat tatapan di hari mendatang. Terima Kasih Allah.Syukur dengan kurniannya.Cuba menjadi lebih baik dari hari ke hari.

1100 : Dan Sebelumnya >> Hantaran from 'My Wife' with Love

(1) Cincin berbatu hitam menjadi pilihan.Tanda sah kisah cinta 2 orang blogger dari alam maya ke alam nyata.


(2) Cupcakes kombinasi biru muda + pink. Tanda 'kemanisan' kasih sayang dari seorang isteri kepada suaminya.

(3) Buku Ilmiah buat panduan hidup agar lebih di rahmati.Semoga hidup lebih di berkati (A-Min)

(4) Beg duit membawa harapan semoga kehidupan akan di limpahkan dengan kebahagian + tali pinggang.

(5) Bonia ooooh Bonia.. Itulah persalinan ke pejabat pilihanku. Beli dimana? Semestinya from Sogo.

(6) Kasut jenama BONIA menjadi pilihan.

(7) Wangian Dashing + Bedak + pencuci juga deadorant agar lebih harum diriku setiap hari.

(8) Kain pelikat la la la..+ sejadah & Al - Quran 'Sembahyanglah kamu sebelum kamu di Sembahyangkan'.

(9) Wangian Dunhill berwarna merah.Agar kehidupan lebih mewangi dengan haruman ini.

(10) Gula - gula cinta.Semoga kemanisan kehidupan suami isteri berpanjangan selamanya.

(11) Sebakul buah apple (tiada koleksi gambar)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Inilah ku terima 11 hantaran from 'My Wife' with love.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015