Monday, October 31, 2011

1085 : Persiapan >> Aksesori Majlis 12.11.11 & 11.12.11


Lokasi kejadian ialah di Semua House.Mencari dan mencari akhirnya di sini memang berbaloi dan dalam budget. RM 100 untuk tanjak + sampin + bengkung. Ok lah kot kan?


Inilah rupa parasnya.Warna piliha ialah black + white. Tak ada pulak yg black + gold. Erm.....


Lokasi seterusnya ialah di Silver Star Wedding Gallery di sebelah Semua House.Kalau tak silap nama bangunannya City One Plaza. Ye la kot!


Dan ini lagi aksesori majlis yang akan di pakai pada majlis 12.11.11 & 11.12.11 kenapa beli?
Rasanya lebih murah dan jimat.Kalau sewa nak kena bayar deposit lagi dan ianya tak akan menjadi 'harta' atau hak milik kekal kita.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kalau ada 'budget' mungkin akan beli aksesori lain untuk majlis 11.12.11. Insya-Allah

1084 : Pameran Pengantin Malaysia 2011

Hari kejadian adalah pada tengahari 30/10/2011 di Shah Alam. On the way balik umh sendiri dari Sijangkang, Teluk Panglima Garang singgah la di sini.Jalan - jalan cuci mata konon....

Inilah lokasi pameran tersebut.Bukan pertama kali ke sini...tapi dah berkali - kali.Alamak... mcm mana leh terjumpa dengan orang yg dikenal? he he he.. sebenarnya Ex CEO office 'lama' kerja sini jadi ramai juga 'orang - orang' dia kerja kat sini pulak. Aku? ha ha ha.. ada juga send resume ..kalau ada rezeki ada lah kot.

Antara salah satu 'pempamer' wah! kelas bahasa... Ok la... tapi ntah.. x de mood nak ambik gambar. Byk juga la yang mengambil bahagian..Rasanya tak sesuai kot utk 'orang' yang mcm diriku yang 2 minggu lagi majlisnya.. melainkan... kalau belum buat apa - apa persiapan. Erm...

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Misi '200' apakah? Tunggu cerita selanjutnya..

Sunday, October 30, 2011

1083 : JJMM >> Tutti Frutti vs Ice Room

Lagi - lagi tutti frutti.... jawapan seperti biasa 'ada aku kesah'. Meraikan hari gaji yg dah masyuk. Jadi bagi ganjaran pada diri sendiri.

Lokasi kejadian di hadapan AEON, Jusco Bukit Tinggi Klang.Baru di buka 'ok!' jadi ada promosi 30% diskaun. I like!!

Ini lah rupa parasnya yang penuh warna warni. Harga asal RM 14++ lepas tolak itu ini bayar RM 10 je. I like.Nak baca cerita terdahulu? Erk... klik sini

Lokasi Jalan - Jalan Makan - Makan seterusnya ialah......


Lokasi kejadian ialah di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur (Pst...pst.. dah tau juga lokasinya di Nilai Square, N9) he he he...


Nyum..nyum... dan menu makan tengahari saya petang tersebut ialah.... apakah? tengok lah kat bawah ni ye...


Masa untuk isi order.Nak makan apa yek? Aduh le.... yang penting tidak mahu makan 'nasi'....


Sebelum tengok apa yang di makan & ice cream yang di pilih.Ini adalah rupa paras lokasi JJMM kali ini.Ya! pertama kali di sini.Terfikir - fikir juga...ada ke peluang kali ke 2?


Ice cream perisa durian.Harganya RM 8.90 (kalau tak silap). Dah lama x makan durian..so pilih durian walaupun.....


Rasa mcm tak masuk je makan dengan 'spagetti'.Aduh!!!... boleh la daripada tak ada harga keseluruhan dalam RM 18.00++ (Melayang - layang.....)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Pandang- pandang.... jeling - jeling... tak perlu kata apa - apa. Rimas bila ada org komen. Makan tu? Makan ini? Eh...eh.. ada aku kisah?? Sebab tue malas nak update kat FB kalau gie makan kat mana - mana pun. Ha ha ha ha

Friday, October 28, 2011

1082 : Persiapan >> Dan Jalan Menuju ke Lokasi Pernikahanku 11.11.11

Dari MRR2.. Batu Caves/Gombak/Kepong menuju jalan lama ke Sungai Buloh. Selepas Sri Damansara & Prima Damansara.

Sila ambik kiri bila nampak perkataan 'Damansara Damai'. Jangan terus ye.

Depan lagi ye ambik kiri.Jangan terus mahupun ke kanan pulak. Kang salah ke jalan lain.he he he..

Inilah rupa paras keadaan jalanan yang harus di lalui selepas belok ke kiri dan........

Masa untuk mendaki bukit pun bermula.Di sebelah kanan adalah deretan kedai - kedai/klinik dll macam perniagaan.

Terus mendaki dan tak usah belok - belok.Di sebelah kanan akan kelihatan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1.

Sila pastikan tidak 'terlajak' daripada Stesen Minyak Petronas dan Park Avenue yek! kalau tak....

Ini destinasi yang di tuju.. Masa untuk terus mendaki bukit. Ya. masjidnya terletak di atas bukit.

Lokasi pernikahanku.. Masjid Al - Muhtadin, Damansara Damai, Jalan PJU 10/1D, 47830, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Monday, October 24, 2011

1081 : Persiapan >> Preview - Lokasi Nikahku 11.11.11





Marilah kita buat review sikit ala - ala 'preview' yakni sebelum berlaku sesuatu kena 'study' juga. He he he...

Lokasi kejadian seperti di atas akan menjadi lokasi nikahku pada 11.11.11 (Jumaat). Buat masa ini majlis di jangka akan berlangsung selepas solat jumaat dalam jam 3.00 petang (anggaran) tapi.. saya nak 11.11am boleh? he he he

Ini lah rupa paras lokasi pernikahanku (Insya-Allah). Berdebar - debarkah? Erm... 'Hanya Tuhan Yang Tahu'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nantikan cerita lanjut tentang lokasi di cerita cerita mendatang (Insya-Allah). Kata putus juga mungkin akan di khabarkan takkala 11 hari sebelum menjelangnya detik 11.11.11 tersebut.Erm... ramai mau nikah 11.11.11 tapi apakah alasan mereka? kerana nombor yang cantikkah?

Aku? Erm.... 11.11.11 ialah......... (sila sambung) he he he.. eh! silap ..bersambung

1080 : Persiapaan >> Preview - Kad Kawin 11.12.11

Jeng,,jeng..jeng 'Tiada lagi rahsia' Cantik tak? Berseni tak? Ini adalah sessi preview 'black & white' rupa paras kad kawin budget berharga  0.08 sen untuk majlis 11.12.11 di Alor Setar, Kedah.

Untuk cerita sebelumnya yang berkaitan sila klik di sini. Insya-Allah, kad akan siap dalam 27.10.11 ini nampak gayanya perlukan bantuan kakakku di kampung untuk menguruskan.

Sebenarnya ada lagi 2 jenis kad 'mewah' sikit untuk majlis 11.12.11.Nak tengok? Erm... tunggu je la. Yang penting ianya 'unggu'. he he he.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lepas ini preview pasal apakah? Tunggu....

Sunday, October 23, 2011

1079 : JJMM >> Lagi - Lagi Tutti Frutti


Lokasi kejadian seperti di atas.Nyum - nyum... selepas 5 hari 'tak makan di siang hari' maka petang tersebut sessi serang Tutti Frutti kembali lagi.Klik sini untuk cerita serang 'tutti frutti' di masa yang lalu.

Seperti biasa jangan letak yang 'berat - berat' Tips untuk mereka yang belum penah menjejakkan kaki ke Tutti Frutti.Kali ini sekali belas 5 perisa. Mua ha ha ha ha..... (Dan malas nak update di FB kang kena 'tet') Hilangkan stress dan 'kesakitan' so.. layankan je la.

Inilah lupa paras 'lunch' saya yang terjadi sekitar jam 2.00pm lebih.Penuh warna - warni kan.Dan macam biasa harganya bawah RM 14 ok!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tunggu gaji pulak la baru leh makan lagi. I Like!

Saturday, October 22, 2011

1078 : Persiapan >> Dari Butik ke Butik - Part 1

Dari butik ke butik pun bermula. Lokasi kejadian di Jalan Daud, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Di perkenalkan oleh Khairiah (yg baru berkahwin awal September lepas).Dia merupakan kenalan di FB dan merupakan kawan kepada My Cousin.

Ok la.Banyak sekali baju - baju berasaskan songket.Tapi sewa aksesori (tanjak, keris & rantai) agak mahal juga. Kemudian ... tak banyak pilihan (Next....)

Butik Alinas yang terletak di depan SOGO....

Ini rupa paras websitenya.Sila klik sini. Memang agak mahal. Jaket luar shj RM 250 sewa + deposit RM 250 juga. Aduh... parah... parah...

Lokasi seterusnya berhampiran Kamdar (kalau tak silap) Di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ok. Menarik.Harga pun Ok.Tapi tak ada pulak jaket luar warna merah yang siap sedia.Aduuuuuh...... (next)....
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tujuannya nak cari akesesori dan tambah baik mana yg patut la di hari bahagia.Tak kan nak pakai baju melayu semata - mata? Tak pe... Insya-Allah akan datang la tu 'pertunjuk' daripada Allah. Kalau tak dapat yang KL boleh sambung cari di Shah Alam, Klang, Meru, Kapar & Teluk Panglima Garang.Rasanya kawasan - kawasan sana lagi murah kot.Semoga semuanya di permudahkan. A-Min

Friday, October 21, 2011

1077 : Persiapan >> Dan Bila 'Baju Hari Bahagia' Pun Siap


Inilah lokasi butik tempat membuat tempahan pakaian hari bahagia 'kami'.Tetapi agak kecewa kerana baju/seluar melayu lelaki di buat oleh kedai lain.Erm... 'Terima Segalanya dengan redha'. Boleh klik sini.

 Lokasinya sekali lagi di Tingkat 1, Medan Mara Kuala Lumpur. Kalau berminat boleh 'menuju' ke sana atau call no seperti di atas nun di sana.

Apakah warna ini? Ye ye.. sebenarnya biru muda. Ye ye. warna kegemaranku. (Harap maaf kamera 'cap ayam' jadi warnanya 'semacam' sikit. ha ha ha.

Yg ni kalau tak nampak memang 'buta' la.. Maksud saya 'Buta warna' ha ha ha. Warna merah...untuk majlis 12.11.11


Yang ini pulak, warna tema untuk majlis pada 11.12.11 di Alor Setar, Kedah. Ye ye... warna purple yek. 'Unggunye cinte'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Episod dari butik ke butik pun bermula.Untuk apa? Erm... tunggu je la cerita selanjutnya.

Thursday, October 20, 2011

1076 : Persiapan >> Geng K.A.M.I.E di Utamakan... Siapakah?

18.10.11 saya sudah membuat temujanji dengan seseorang, tetapi sekitar 6.00pm beliau masih belum sampai di rumahnya.Jadi...... (tukar rancangan)

Lokasi 'terjah' pertama yang tak di rancang ini ialah Di Taman Kristal Heights 2. Pernah 2 kali ke sini. Rumah pun memang di tingkat 2 dan berno.2 . Woww.. banyaknya 2.


Inilah lokasi kejadian.. Ya.. ya ya.. saya tahu Tuan dan Puan rumah serta anak tuan/puan memang tak ada punyer. Jadinya ...saya naik ke rumah mereka (Risau gak kalau salah umah). Kemudian memasukkan tangan ke dalam 'pintu pagar' dan dengan sepenuh tenaga 'meluncurkan' kad untuk mereka melalui ruang - ruang terhad di bawah pintu (Jangan cuba aksi ini.. ha ha ha)

Alhamdulillah 'mereka' dah selamat menerima kiriman saya.Jom baca di sini


Lokasi ke dua berhampiran sebuah sekolah. Eh! eh... + lokasi popular di waktu malam orang membeli - belah. Kawasan tumpuan ramai ni. (Promosi jap) Di manakah?

Jom kita tengok mangsa terjahan seterusnya. Tergejut ke? Ha ha ha ha.. I Like!!!

Sian..sian... apa perasaan menjadi mangsa 'terjahan' ? Kak CT itulah dia.Tak menyempat2 i sampai umah dah post kat FB yek. Makan hati lah orang 'Bukit Indah'. Kak Lin sekeluarga. Kad u allz lambat sikit sampai ye. I gunakan perkhidmatan 'pos perlahan' he he he. Tapi dah dapat kan .. kad u allz di FB? Aci lah tue kan... Pssst... Pst... Budak2 di luar pagar sebut 'tengok atas - tengok atas' Aduh!!! dah la telinga bersumbat earphone.. he he.. Ooooo rupanya ada 'ratu' dok melambai kat balkoni.. Kelas kau anak Kak CT siapalah kalau bukan 'anak daranya - Lily' yang sekarang dalam proses pembesaran badan. Oooops!!!.. Happy Birthday Che Mat .19.10.11

Dan seterusnya menuju ke Taman Pelangi dan 'mangsanya' yang dah tahu kehadiranku...

Dlm hati Retna : Oooooh!!! Tidak.. si shai 'melangkah bendul....Eh! silap.. silap.. I dah dapat kad shai u allz ada?

Dlm hati Retna : Erm.... 19.12.12 i nak kawen juga la.Ada sesiapa nak seponser kad kawen mcm ni ke????
Oooops!! jangan marah ye Retna. Insya - Allah... ada jodoh kamu x ke mana. Semoga 'orang itu' cepat - cepatlah kan... la la la.. (Erk! siapakah?)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Siapakah Geng K.A.M.I.E atau kekawan blogger/FB yang akan menjadi mangsa terjahan seterusnya? Nantikan cerita seterusnya.

Gembira rasa hati dapat memberi sendiri.Tapi.... apa kan daya ada juga yang perlu di kirimkan melalui 'orang lain' siapakah? Cerita ini juga akan menyusul...

Wednesday, October 19, 2011

1075 : Persiapan >> Dan Bila Kad Itu Tiba Akhirnya....

Tiada lagi rahsia... Insya-Allah.. Majlis angkat nikah pada 11.11.11 dan Majlis di sebelah pihak perempuan pada 12.11.11 di Kelana Jaya. Minta maaf lagi sekali jemputan pada tarikh tersebut adalah terhad dan hanya yang di jemput sahaja.

Lokasi majlis 12.11.11 ialah di Dewan Serbaguna, Kastam di Kelana Jaya. Harap apa yang di rancang akan di permudahkan.

Hari Isnin tghari dapat 'Kad Kawin diri sendiri'. Sessi taip menaip nama pun bermula. Di sebabkan tak 'sibuk' dapatlah gunting - gunting dan letak - letak masa kat office dan bersambung di rumah. Siap untuk letak nama kat dalam.

Hari Selasa pulak, sessi letak alamat dan letak setem dan sedia untuk di pos kepada mereka yang jauh dan tak berapa nak jauh yang dah awal - awal bagi alamat di FB.

Pepagi Rabu dah poskan Kad - kad untuk sessi pertama. Bahagian pertama ini adalah untuk jemputan majlis 12.11.11 shj. Lepas ini, kena siap sedia jemputan majlis 11.12.11 di Alor Setar pulak.Aduh!!!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Siapakah mangsa 'terjah' yang menjadi yang terawal menerima 'Kad jemputanku'. Jeng.. jeng... jeng (bersambung.....)
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015