Friday, September 30, 2011

1053 : Syawal @ JB >> Serang 'Sedenak' Lagi....


Pagi 25.9.2011 sekitar 9.15am telah pergi meninggalkan 'My Homestay' menuju pulang ke Kuala Lumpur.Tetapi... ada beberapa destinasi perhentian dalam perjalanan ini.

Lokasi pertama perbehentian ialah....(ish.. ish..rosak bahasa).... Maksud saya tempat persinggahan pertama ialah Sedenak.

Alhamdulillah... Akhirnya setelah sekian lama dapat kembali untuk menyerang 'sedenak'.

Menu sarapan @ beraya di hujung - hujung syawal hasil daripada blogger Dapur Tanpa Sempadan (Mat Gebu)

Sedap dan sangat sedap... Terima Kasih Che Mat Gebu (CMG)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terubat kerinduaan dapat jumpa 'Mak Yah'. Harap - harap lepas ini dapatlah membawa My Tunang ke sana. Insya-Allah.

Thursday, September 29, 2011

1052 : Syawal @ JB >> My Homestay 'Bukit Indah'

No. 2 ye. bukan 19 atau pun 11. Lokasinya di Bukit Indah, Johor Bahru. Eh! rumah ini bukan ada homestay untuk pelancong ye.Cuma untuk saya atau 'K.A.M.I.E' dan mereka - mereka yang dikenali tuan/puan umah sahaja ye. My homestay sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lepas ini? Kena tidur hotel yek? he he he...

Woow!!! My Homestay dah berwajah baru dan setanding hotel. Rasanya lepas ini tukar sofa baru yek! he he he...

Ada beberapa keping gambar 'aksi' saya berangan.Tetapi rasanya ini yang terbaik antara yang terburuk.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Biarpun sekejap tapi 'puas' meluahkan apa yang terbuku di hati biarpun tidak sepenuhnya.

1051 : Syawal @ JB >> Filem : Bini - Biniku Gangster

Tajuk Filem:
Bini-Biniku Gangster

Pengarah:
Ismail bob Hashim

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam:
22 September 2011

Pelakon Bini-Biniku Gangster:
Shaheizy Sam
Yana Samsudin
Intan Ladyana
Zul Handyblack

Sinopsis 
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ok lah filem ini.Lain daripada filem gangster yang lain kan. Khabarnya cilok filem thailand. betul ke? 
Lokasi menonton di Perling Mall (pertama kali menonton di sini).

Wednesday, September 28, 2011

1050 : Syawal @ JB >> Menuju ke sana

Dari tepi pantai. sekarang menuju ke bandaraya JB.ye ye.. Johor Bahru le.. tak kan Kota Bahru pulak.

Macam Paris Tower kan? Ala - ala macam nak menuju ke France la pulak... he he he . Di manakah?

Kali ke 2 menaiki jambatan ini. Sekali pandang seperti berada di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Selamat tinggal Desaru... Insya-Allah ada kesempatan akan kembali ke sana lagi.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tidak kesampaian mahu ke 'Batu Layar' mungkin di kesempatan yang lain.

1049 : Syawal >> Membawa Diri Jauh - Jauh

Perjalanan pada 23.9.11 yang tidak dirancang semuanya terjadi secara semula jadi dan tanpa paksaan.

status FB 23.9.11 (7.03pm) Rasa mcm nak bawa diri jauh2.Nak tengok laut dan pantai.. Erm.. Ke mana kah?

status FB 23.9.11 (8.11pm) Keputusan muktamad 'bawa diri jauh2' bila nak gerak ye!

status FB 23.9.11 (10.05pm) I'm sorry... Good Bye.. 'pergi menjauh mencari ketenangan'.. berada di luar 'wilayah & selangor'... (gambar tiada kaitan dengan cerita)....


status FB 23.9.11 (11.28pm) Separuh jiwaku pergi... seudah separuh perjalanan... (gambar sekadar hiasan sahaja). [at tangkak ketika & masa ini]


status FB 24.9.11 (1.18am) Masa untuk tidur 'mengimbas kenangan lalu'.. Boleh tidur ke x ni? Di mana? Di mana? (Biar jadi tanda tanya). [at r&r Yong Peng.. Teringat kenangan tidur di wakaf ketika perjalanan menuju ke utara tahun 2010].

 status FB 24.9.11 (5.29am) Sejam yang lalu.. sudah sampai 'ke negeri ini'.. menuju ke 'pantai' moga dapat bertemu dengan matahari 'terbit'. [Jam 4.30am sudah sampai di JB dan sejam selepas itu berada di R &R - Layang menuju ke....?) jeng..jeng..jeng


status FB 24.9.11 (6.49am) Alhamdulillah... Impian tercapai...' di tepi pantai yang idndah ku duduk seorang diri'jam yang lalu.. sudah sampai 'ke negeri ini'.. menuju ke 'pantai' .....

Moral of the story : Usaha tangga kejayaan, Apa yang di impikan boleh menjadi kenyataan sekiranya kita berusaha dengan penuh keyakinan.


status FB 24.9.11 (7.06am) matahari terbit pagi ini 24.9.11 (berserta gambar di status FB) di sukai 6 org.

status FB 24.9.11 (7.06am) matahari terbit pagi ini 24.9.11 (berserta gambar di status FB) di sukai 6 org.
status FB 24.9.11 (7.06am) matahari terbit pagi ini 24.9.11 (berserta gambar di status FB) di sukai 6 org.
status FB 24.9.11 (7.06am) matahari terbit pagi ini 24.9.11 (berserta gambar di status FB) di sukai 6 org.
status FB 24.9.11 (8.40am) Saya di luar KL dfan selangor.Bukan di n9, jauh sekali perak. Di manakah saya? Yg pasti saya 'selamat' syukur alhamdulillah...

Perasaan bila melihat 'matahari' membuatkan jiwa saya yang separuh pergi telah kembali pulih... tetapi tiba - tiba ianya menjadi 'kusut'. Kenapakah ianya harus terjadi???

Status FB 24.9.11 (8.50am) Jiwa yg baru hendak 'tenang' kembali 'malap' ibarat suasana berjerebu dan berkabus + mendung 'di sini'. Izinkan diriku 'offline + off hp.. erm...


Di pantai manakah aku berada pada pagi itu terus menjadi tanda tanya... kerana sampai ke sudah tiada siapa yang tahu....

Matahari mula meninggi... aku sudah bersedia untuk pergi... Ketenangan yang di cari cuma hadir seketika saja.Why? why?...  Aku bukan jenis yang suka 'merajuk'  apa lagi mencari 'pasal' bukan tak nak 'mengalah' tapi memerlukan sedikit ruang untuk mencari 'kedamaian'.

Ya. saya di sini. Pada pagi 24.9.11. Di manakah Tanjung Balau? Silalah search google maps. (sekian)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Pemergian lebih 600++ Kilometer (pergi balik) yang tidak sia - sia.

Saturday, September 24, 2011

1048 : Syawal >> Beraya di Sana.....

Gambar hasil cilok dari 'Muka Buku' waktunya kurang lebih 7 pagi 24.9.11 di kala mentari sedang memunculkan diri dari timur. Jadi semestinya saya berada bukan di barat tetapi di selatan tanah air yang bersaksikan Laut China Selatan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Di manakah lokasi kejadian ini? Apa pun saya bersyukur.. impian saya untuk melihat terbitnya mentari pagi telah di makbulkan biarpun terpaksa 'merempit' beratus kilometer dan meredah kedingingan pagi.Nak tahu cerita? Insya - Allah kisah dan gambar - gambar akan menyusul kemudian.

1047 : Syawal >> Open House 16.9.11

Bersama dengan Puan umah (Lily) dan rakan - rakan sekerja yang lama + anak2 dia orang.Masa kejadian dah lama berlalu (basi dah kot!) iaitu 16.9.11

Yang kiri tu Pn. Salina isteri pertama kepada suaminya dan yang kanan tue my x bos Pn. Wani. Mereka ialah isteri - isteri my x bos juga iaitu Encik Hasnan.Alhamdulillah... gembira dia orang hidup aman damai di bawah satu 'bumbung'.

 Gambar candid.... aksi memandang kat kamera yang lain. Apa pun happy dapat jumpa kekawan 'lama'

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Cerita dah lama baru sempat masukkan gambar. Janji ada 'cerita' di selitkan di entry blog ini.Ok la daripada x berupdate kan?

Friday, September 23, 2011

1046 : Status 'Muka Buku' Lagi ......


Tak habis - habis pasal Facebook... skrg dah berwajah baru katanya? Ada yang suka dan ramai yang sebaliknya. Aku? Erm.... buka kat hp je. x kisah sangat pun.

Pagi hari ini (jumaat) aku 'kecewa' lagi bila membaca status 'dia' di muka buku... dan biarlah ini menjadi yang terakhir aku meluahkan perasaan itu setelah sekian lama memendamkan rasa.

Beberapa hari lepas 1061-status-muka-buku-yang... hari ini pun cerita status 'muka buku' lagi......

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Inilah shaizhar tak perlu menjadi orang lain. Jadi diri sendiri lebih baik.

Thursday, September 22, 2011

1045 : Open House >> Bukan Umah 'Ako'


Pada 17 September yang lalu yakni hari sabtu telah membawa diri ke Taman Rowther iaitu Bukan rumah 'Ako'. Gambar hasil cilok dari entry Raya Ako & Mereka Part 3

Menu makanan sangat sedap (terbaik la) Ada laksa johor. Nasi lemak + ayam goreng. Lemang yang di bakar oleh 'Ako' pun sedap di tambah dengan keenakan rendang hasil karya kakak kepada 'Ako'

Terima Kasih tuan & puan rumah serta 'Ako' walaupun open house itu bukan di rumahnya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 'Closed' house lagi tahun ini. Tiada makan - makan ye! Harap maklum.

Tuesday, September 20, 2011

1044 : Status 'Muka Buku' Yang .....


Status 'Muka Buku' Kadang kala bisa membuatkan kita rasa 'kecewa' (status negatif).kadangkala status yang positif bisa juga memberi kesedaran dan sedikit peringatan kepada diri yang tak 'sempurna' ini. Tetapi......

Berperasangka baik sahajalah walaupun...... Apa pun terfikir juga diri ini untuk berhenti dari 'memasuki' laman 'muka buku' tetapi...... 'takdir penentu segalanya'.

Pesanan untuk diriku sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi membaca luahan perasaan ini : Fikirkanlah dulu baik buruk sesuatu sebelum mencatatkannya di status 'muka buku' mungkin status anda bisa menyakitkan hati orang lain.Mungkin juga status itu boleh membuatkan seseorang rasa hati dan kecewa dengan tindakan yang di ambil.

Lagu yang hangat di 'udara' ketika ini...

Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga cinta 'blogger' membawa ke jinjang pelamin. A- Min.. siapakah?

Saturday, September 17, 2011

1043 : Syawal >> Selamat Tinggal Alor Setar

Destinasi terakhir pada kepulangan kali ini ialah Stesen Keretapi Alor Setar , Kedah Darul Aman.

Ini adalah bangunan Keretapi, Alor Setar.Harap - harap selepas ini kemudahan serta wajah Stesen ini akan berubah selaras dengan peredaran zaman dan pembangunan setempat.

Wajah kesayangan siapa? Cuba teka...cuba teka... Ada ke?? He he he.. Cantik kan gambar ini? (berangan jap..al maklumlah ambik sendiri)

Senja di Alor Setar. Tepat 7.50 malam. Aku pergi meninggalkan Alor Setar kembali ke Kuala Lumpur

S.H.A.I.Z.H.A.R : Akan kembali pulang ke Selarong Lalang Kiri dalam masa terdekat semoga semuanya di permudahkan. A-Min.

1042 : JJMM >> Restoran Dhalang, Simpang Empat, Alor Setar

Alhamdulillah dari Bandar Alor Setar menuju ke Simpang Empat perlu melalui Kampungku.Sahaja membawa diri untuk menikmati hidangan tengahari yang bukannya nasi.

Lunch pada 11.9.11 sekitar jam 1.00 petang ialah Bihun Sup 'Utara' yang semestinya berwarna kuning.Tapi rasanya sekarang macam lain sikit tapi tetap memikat kalbu untuk terus melantaknya di lain kali.

ABC (Ais Kacang) di beri nama di letakkan di dalam piring dan seakan Gunung Jerai yang terkenal di negeri Kedah.Best ok! lain dari tempat lain dan mengunakan jagung dari cap 'Adabi'.

Kedai ini juga telah melalui transformasinya.Lebih bersih dari dulu serta selesa dan berwajah baru (tak ambik gambar)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kalau hari 'khamis' memang best makan kat sini sebab bersebelahannya ada 'Pekan Khamis' iaitu pasar tani/berniaga yang hanya ada pada hari Khamis dari pagi hingga awal petang.Tetiba teringin mau makan 'Laksa Teluk Kechai'. Tak pe.. harap - harap dalam masa terdekat ini akan menjadi kenyataan.

Friday, September 16, 2011

1041 : Persiapan >> Preview - Kad Kawen 11.12.11

Lokasi kejadian ialah di Kompleks Peruda berhampiran Star City Mall (betul kan.. Ingat - ingat lupa pulak).

'Misi' survey mana satu pilihan kalbu untuk Kad Kawen 11.12.11 nanti (Insy-Allah) Banyak juga kedai atau syarikat yang buat printing Kad Kawen ini. Ini antara salah satu yang memikat kalbuku.Harga bermula serendah RM 0.08 sen sekeping.

Best.. best.. harga boleh bincang.. boleh la minta kurang kan? Agak2 1000keping kad ok tak?


Ini antara sample - sample kat dalam kategori 'Budget' Harap - harap apa yang di rancang di permudahkan dan dapat dilaksanakan pada tarikh yang telah di tetapkan iaitu sebelum 21.10.11 (Insya-Allah)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lepas ini akan kembali lagi untuk beberapa persiapan yang perlu di survey sebelum di beri kata putusnya. Semestinya untuk majlis 11.12.11 di Kg Selarong Lalang Kiri.

1040 : Syawal >> 'Serang' Menara Alor Setar

Lebih 1tahun yang lalu shaizhar bekerja di Menara KL yang merupakan syarikat yang menguruskan Menara Alor Setar.

Misi hari ini ialah untuk 'menyerang' Menara Alor Setar.Alhamdulillah... Misi suprisekan kawan 'lama' iaitu HR Assistant Menara Alor Setar telah berjaya. Bila jumpa biasalah.. sembang2, gosip2, kutuk2, gelak2... ha ha ha

Lepas tue jumpa 'kakak' yang dah kenal lebih 13 tahun. Dah 'tua' pun kakakku sorang ini. Akhirnya dapat juga tau nick namenya di FB. he he he.. (patutlah tak pakai nama sebenar)

Tak naik Menara Alor Setar sebab kesuntukan masa.Ada juga lah perubahan di kaki Menara tersebut. Best bila dapat jumpa 'kawan - kawan lama' dan khabarkan 'berita gembira itu'.

Untuk renungan bersama.. 'renung - renungkan'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 'Misi' seterusnya ialah menyerang Kompleks Peruda.Daha lama tak ke sana.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015