Wednesday, August 31, 2011

1029 : Syawal @ Sabah - Episod Awal

Alhamdulillah untuk kali ke dua beraya di Kota Kinabalu, Sabah.Apa yang lebih gembira bila dapat mengembirakan orang lain. Raya Aidil Fitri tahun depan?

Bersama dengan Shazanis Najwa.Anak buah ke 10. Si kecik ini memang 'rapat' dengan aku.Dah berumur 6 tahun pun.

Persalinan Hari Raya tajaan My Tunang (Terima Kasih) Warnanya? seakan - akan 'unggu' kan?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Indahnya sungguh di hari raya. walaupun jauh dari keluarga tercinta dan kampung halaman.

Monday, August 29, 2011

1028 : Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin. Salam dari perantuan untuk semua.

Thursday, August 25, 2011

1027 : Persiapan >> Tempahan @ Butik Umairah

Lokasi Butik Umairah ini adalah di Tingkat 1, Medan Mara, Kuala Lumpur. Butiknya terletak agak 'tersorok' sikit.

Alhamdulillah dah selesai pun sessi ukur mengukur. Pertama kali ke sini pada bulan July lepas (kalau tak silap) kali ke dua ke sini pada 13.08.11 yang lepas dan kali ke 3 pada 24.08.2011.Yang ukurnya ialah suami kepada pemilik butik ini.Harap - harap hasilnya tak besar la seperti baju raya Retna ooops! jangan marah yek!...

Ini warna 4 persalinan untuk 3 majlis. Alhamdulillah + 1 bonus. Warnanya terdiri daripada merah di sebelah kiri, biru turquoise, biru & purple.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Lepas ini mood holiday la ye... hari - hari terakhir seorang perkerja yang berkerja pada ujung - jung ramadhan sebelum menyambut hari raya di perantauan untuk sekian kalinya. Bercuti dari 26.08.2011 - 04.09.2011 (lama kan?)

Tuesday, August 23, 2011

1026 : Persiapan >> HIV Test

Pada minggu lepas shaizhar MC sebab demam. On the way nak balik singgah di tempat kejadian seperti di atas dan sebelum itu sahaja - sahaja singgah kat Pejabat Agama AU 2 Keramat. (entry menyusul kemudian)

Bilik ke? padahal hanyalah 'pengadang'. Kena buat appointment dulu. Hari kejadian adalah pada Isnin ye.Jadinya sebelah petang boleh datang ambik darah. Dalam 1.45pm shaizhar sudah sampai. Tepat 2pm baru pertugas kaunter tue munculkan diri. shaizhar mendapat no giliran ke 3.

Banyak sekali borang yang perlu di isi.Dengan kepantasan menulis shaizhar menjadi yang pertama menghantarnya ke 'Bilik Mengambil Darah' kemudian kena timbang berat & tinggi pulak.

Lepas tue 'nurse' tue membebel dan memberi sedikit ceramah ringkas atau dalam kata lain menyampaikan maklumat sambil bertanya macam - macam perkara itu dan ini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah dah selesai satu perkara. Lepas  ini mau jumpa Ustaz pulak. Al - kisahnya ustaz ini busy mengalah 'PM' he he he. sepatutnya last saturday. Nampak gayanya lepas raya la. Agak2 10.09.10 ustaz tue free tak 'My Tunang' + boleh gi raya umh bakal mertua sekali.Nampak gayanya kena angkut Shafendi sekeluarga la buat peneman.

Next... next alamak... belum gie Butik ukur itu dan itu.13.8.11 yang lalu sudah pergi tapi 'suami' kepada pemilik butik tidak sihat.Kena buat appointment baru ni.

Monday, August 22, 2011

1025 : Mode >> Holiday

Mode skrg ialah.... holiday dan lokasinya ialah seperti di atas. 3 hari sahaja lagi mahu kerja.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Musim cuti 'raya' tapi shaizhar sekali lagi bercuti raya nun jauh di Sabah. Kali terakhir ke sini pada November 2010 & penah menyambut Aidil Fitri di Sabah pada September 2009.

Thursday, August 18, 2011

1024 : Impian >> 'Bulan Madu' 11 Pulau

Setiap orang ada impian.Tidak salah kiranya mengimpikan sesuatu walaupun kadang kala apa yang di impikan tidak mungkin menjadi kenyataan.

11 pulau menjadi impian dengan harapan semoga dapat di realisasikan dalam masa 11 bulan atau 111 hari (ha ha ha - ini memang lawak, shj je) tak kan 1111 hari lak kan? berapa tahun tue :p

Pulau pertama (1) -) Pulau Langkawi

Kali terakhir ke sini ialah pada Ogos 2009 boleh baca di part 1 , part 2 , part 3, part 4, part 5, part 6 dan part 7

Banyak tempat yang boleh di lawati di Pulau Langkawi antaranya Dataran Lang, Makan Mahsuri, Cable Car, Telaga Tujuh, Pulau Dayang Bunting dan lain - lain.

Khabarnya dah ada penaja untuk percutian 'Bulan Madu' ke sini? Harap - harap ianya menjadi kenyataan ye. (A-Min) Kemungkinan dalam hujung - hujung November nanti.

Pulau kedua (2) -) Pulau Pinang


Antara catatan perjalanan ke sana boleh di lihat di  part 1, part 2, part 3, part 4, part 5,part 6 dan The End

Yang paling best tentang Pulau Pinang mestilah makanannya.Nasi kandar, rojak/pasembur serta cendul memang terbaik la.Banyak juga tempat yang boleh dilawati seperti Bukit Bendera, Batu Feringhi dan lain - lain.

Bila agaknya nak pelan ke sini yek? Mungkin selepas selesainya 'Majlis 11.12.11' Dah dekat kan. Alor Setaq dan Pulau Pinang bukan jauh mana pun.Pie naik feri balik ikut jambatan.Apa susah.He he he.

Ni minta seponser dari Sis Honey boleh tak? he he he.

Pulau ketiga (3) -) Pulau Pangkor

Bila kali terakhir shaizhar ke sini? 23 Oktober 2010 yang lalu.Tak caya? Boleh baca dengan klik di cerita Episod 1, Episod 2, Episod 3, Episod 4, Episod Akhir.

Kalau ke Pulau Pangkor shaizhar lebih suka menginap di Coral Bay Resort Pangkor. 

Memang kecik je Pulau Pangkor ini.Pusing - pusing ke situ juga. Boleh habis pusing dalam masa 1 jam kot! (kalau tak singgah mana - mana). Paling best pantainya serta makanan lautnya. Terbaik...

Plan ke sini? mungkin awal Januari 2012.Sejuk sikit... he he he. Pergi 2 hari 1 malam pun dah cukup.

Rasanya nie mesti My Tunang sudi menjadi penajanya? Tak gitu Cik 'N'

Pulau keempat (4) -) Pulau Tioman


Rindunya pada Pulau Tioman mengingatkan zaman - zaman belasan tahun ketika masih berkerja di Menara KL.Pada tahun 1998 merupakan antara detik terindah buat shaizhar. Time tue lah merasa pegang duit sendiri (Dah kerja katakan) Pergi berjalan sana - sini termasuk pertama kali terbang ke Langkawi dan yang paling best tentunya ke Pulau Tioma.

Sepanjang lebih 13 tahun keluar dari 'kampung' dah 2 kali shaizhar berpeluang ke Pulau Tioman. Walaupun tak pandai berenang tapi best snoorkeling kat sana.Harap - harap ada peluang ke sana lagi selepas ini.

Bila yek? Tak kisah la bila - bila pun.Ada rezeki ada la kan.Ada sesiapa nak seponser?

Ye la .. ye la... saya akan seponser diri sendiri untuk bulan madu ini.He he he. Ada budget kah? Nantilah cari kot2 ada dapat 'durian runtuh'.

Pulau kelima (5) -) Pulau Sibu (Johor)


Ini Pulau Sibu di negeri Johor ye. Bukan Sibu, Sarawak yek!. Kenapa aku suka sini? Dari cerita - cerita dari 'bekas rakan sekerja' kat office lama.Katanya tempat ini best.Maksudku Pulau ini la.

Harap - harap dapat seponser dari Encik Sabar & Puan Marlin la la la la..

Pulau keenam (6) -) Pulau Sipadan


Wooow.. bestkan kalau dapat 'berbulan madu' di Sipandan Island. Sapa tak nak kan? Berada nun jauh dari kesesakan kotaraya metropolitan.Melihat damainya alam dan segarnya udara serta bayu laut yang pastinya memberi lebih ketenangan dan kebahagian kepada pasangan yang baru menjadi 'suami isteri'.

Ada sesiapa suka rela nak menjadi penaja?

Pulau ketujuh (7) -) Pulau Manukan (Sabah)

Dah berberapa kali ke sini.Dan berharap dapat ke sini lagi.Tujuannya adalah untuk merehatkan diri dan minda (ce waaah... poyo je) Harap - harap Abangku Shafirol & Yusnita yakni kakak iparku sudi menaja. la la la.

Pulau ketujuh (8) -) Pulau Singa (Singapura)


Mengimbas kenangan lama di kota singa di sini dan sini juga sini serta sinisini dan kali terakhir pada 16.10.10 dan ceritanya di sini

Agak - agaknya En. Rosli boleh seponser tak percutian 3 hari 2 malam saya di Kota Singa pada awal tahun 2012 nanti?

Pulau ketujuh (9) -) Pulau Indon (Bandung)

Indonesia... walaupun dekat je.tapi aku tak pernah pergi.Kenapa tak percaya. Mei 2010 sepatutnya aku ke sana.tapi.... tetapi... (Ahhhh.. bencilah kenang balik tragedi sedih itu)

Best kan kalau dapat gie Bandung untuk membeli belah.Kenapa tak bali? Erm... x pe la.. gie Bandung dulu. 1st Anniversarry Insya-Allah boleh gie 'Bali' ... (tetap nak berangan tak sudah - sudah).

Cik Retnawati seponser tiket flight saya boleh?

Pulau ketujuh (10) -) Pulau Australia (Canberra/Perth/Sydney)

My Tunang nak gie Canberra katanya.Ok gak tue. Nanti minta seponser ngan 'ayahnya' boleh x macam tue? Kira boleh je la. Hadiah 'perkahwinan'.Insya-Allah.

Besar giler kan Austaralia ni.. rasanya bila lah nak habis pusing 'pulau' nie? Kalau tak dapat ke semua tempat best kat Austaralia dapat naik Sydney Tower pun jadi la.


Pulau ketujuh (11) -) Pulau Japang (Tokyo/Jepun)

Teringat masa umur 12 tahun (belek - belek balik buku catatan ujung tahun) ye la masing - masing tulis contact no.. bla.. bla.. tulis mana tempat yang ingin di lawati kan? Ingat tak? Ye la.. aku tulis nak ke Sarawak (dah sampai pun) , Tokyo dan New York. Tak tahu pasal apa aku tulis macam tue time tue.ha ha ha.

Kenapa jepun? Erm.... ntah la.. sebab suka dengan budayanya kot.Lagi pun ada 4 musim kat sana. Mesti best (tetap nak berangan).

Adakah En. Kasawari sudi menaja 'bulan madu' kami?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Mampukan impian akan menjadi kenyataan? Usaha merealisasikannya melalui satu entry mungkin akan memberi kepuasan kepada diri sendiri biarpun harapan untuk berbulan madu di 11 pulau di atas mungkin sukar. Tapi kalau pulau - pulau kat Malaysia tue Insya-Allah lah kot. Semoga impian akan di permudahkan oleh Illahi. (A-Min)

Wednesday, August 17, 2011

1023 : Selamat Ulangtahun Pertama

17.08.11 genap setahun diriku di company 'C'. Mampukah aku terus setia untuk setahun lagi?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Mood untuk update blog sudah hilang untuk beberapa hari ini.Ntah la... Mungkin akan kembali pulih sedikit masa lagi.

Saturday, August 13, 2011

1022 : Photoshoot >> Ceritera Cerita K.A.M.I.E

Ada berani? shaizhar memang suka membuat aksi lain daripada yang lain.


Senang nak jaga Khayla iaitu anak kepada Junaidi + Karni memang tak banyak kerenah tetapi... susah mau senyumla.. Rasanya kena bagi minum lebih air gula kot!:p

Aksi '3 Dara Pinggitan'.Agak - agak sapa dulu yang naik pelamin? A) Ako/Retna , B) Nurul Nastasea atau C) Nurul Nazryanna ? Jeng..jeng.. jeng..


Terima Kasih kepada juru gambar shaizhar iaitu Amat yang sangat suka mengambil gambar. Apa lgi

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Entry ini sepatutnya di siarkan pada 12.8.11 tapi telah berlaku gangguan siaran (konon!) Harap - harap dapatlah autopublish pada 13.8.11.

Berkongsi cerita ceriti dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca, melihat dan 'merasa' keseronokan photoshoot K.AM.I.E di bawah 'gerimis'.

Friday, August 12, 2011

1021 : MATTA FAIR


Ye ye ye.. Matta Fair ...Datang lagi... dari 12/8, 13/8 & 14/8 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.Sila klik sini juga di sini untuk maklumat lebih lanjut

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah...Akan berada di sana pada 13.8.11 nanti. Nak cari pakej apa? ke mana? jawapannya... ntah la... ada rezeki ada la. Ada sesiapa nak seponser? Biarlah takdir menentukan segalanya.

Thursday, August 11, 2011

1020 : Inilah S.H.A.I.Z.H.AR >> 3 Bulan lagi

Sukarnya menjadi seorang yang bernama shaizhar terlalu sensitif dan cuba untuk 'memahami' tetapi....
shaizhar tak suka itu. shaizhar tak suka.Kekadang shaizhar suka diam sebab tak nak 'burukkan' keadaan.

shaizhar tak suka dengar orang ketawa kuat - kuat. Rimas...rimas.. terutama kalau ianya adalah seorang wanita.Tak sopan ok!. Kemudian.. kalau dah 'menutup aurat' janganlah sampai nampak rambut dan telinga. Dalam hati : baik tak payah pakai tudung (ok ke sikap shaizhar macam itu?)

shaizhar juga tak suka orang yang suka cakap banyak terutama yang 'bukan - bukan'.Lagi satu  shaizhar jenis yang tak suka memaksa dan tak suka di paksa (pepaham sendiri la yek!) Lepas tue kan shaizhar lebih suka orang berfikir out of the box. Maksudnya berfikir jauh serta memikirkan baik buruk atas sesuatu tindakan yang di ambik.Jujurnya shaizhar tak suka layan feeling - feeling ni (jiwang2 la)

shaizhar juga lebih suka merancang perjalanan apa yang hendak dilakukan, nak ke mana dan buat apa setiap hari atau beberapa hari mendatang dan kadang kala beberapa bulan yang akan datang untuk tujuan kebaikan diri sendiri.

'Cinta tak semestinya di lafazkan... sayang tak semestinya di ungkapkan' kadang kala tingkah laku serta perbuatan dan juga tindakan yang  shaizhar ambik sudah cukup untuk menjelaskan makna dua perkataan keramat itu.

Rindu? Mana ada manusia yang tak ada perasaan rindu.Jujurnya.. shaizhar rindu dengan kenangan pahit manis di KL Tower (Berbelas tahun la katakan)... rindu pada 'arwah mak' mengatasi segalanya. Lagi... rindu pada My Tunang sebab kita orang jenis perhubungan jarak jauh (jauh la sangat padahal dalam lingkungan 35 KM je)

shaizhar rasakan 3 bulan yang akan datang pasti akan lebih menguji kesabaran dan menduga diri dengan berbagai dugaan.Kekadang terfikir juga bagaimana orang 'sakit' boleh singgah kedai gunting rambut.Terdetik dalam hati.benarkah 'dia' sakit atau? (tak baik berperasangka buruk)

susahkan jadi seorang yang bernama shaizhar begitu juga dengan orang lain.Marilah menjadi diri sendiri.Sentiasalah berfikiran positif serta tidak mudah mengaku kalah dalam apa jua tindakan yang di ambil.

bersabar? kekadang shaizhar terfikir sampai bila tahap kesabaran aku ini? Kekadang kesabaran menguji diri shaizhar untuk jadi lebih 'kuat' tapi ternyata kesabaranku ada batasannya. Jadi marilah kita menjadi insan yang lebih sabar.Dengan kerja sekarang memang kena 'kuat' dan banyak bersabar 'melayan' kerenah pengurus - pengurus yang 'lemb**' untuk masuk menjadi panel interview. Kalau time nak suruh arrange interview bukan main cepat arahannya tapi

shaizhar rasa status FB sesetengah 'orang' membuatkan shaizhar banyak berfikir. Kata shaizhar dalam hati : Dia nie tak fikir dulu ke sebelum taip status FB (peringatan untuk diri sendiri juga) kekadang status FB yang 'berbau' marah/geram/lepaskan perasaan mungkin membuatkan shaizhar sering tertanya - tanya.Kenapa? Mengapa? Apa? Sebab apa? (banyak kan tanda soal?) he3
kekadang shaizhar pun tak suka orang soal banyak soalan dalam satu masa. (Ingat ini soal siasat balai polis) ha ha ha ha. sangat teruk ke shaizhar ini.

menjawab - jawab dalam status FB pun kekadang membuatkan shaizhar terfikir 'dia' nie nak bagi tahu 'satu dunia' ke? Ye la.. kekadang panjang berjela dan cerita perkara - perkara yg tak sepatutnya (pada pandangan peribadi shaizhar) Kalau cerita cerita pasal 'family' lebih baik call atau sms je. Tak yah nak story morry di FB macam 'tak sesuai je'

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Inilah shaizhar sentiasa menjadi dirinya sendiri.Kepada yang membaca dan 'terasa' I'm sorry ok.Ini adalah segmen luahan perasaan. (kekadang tak elok di pendam lama - lama baik di luahkan biarpun hanya dengan kata - kata) Tapi apa yang penting terima apa sahaja yang di coretkan disini dengan hati terbuka serta sentiasa berfikiran positif dan berperasangka baik. 'Manusia tak sempurna' melainkan mereka - mereka yang mendapat 'keistimewaan' daripada Allah S.W.T

Tuesday, August 09, 2011

1019 : Photo Shoot @ Kota Iskandar J.B

Terbang lebih tinggi dan lokasi kejadian ialah di Kota Iskandar di Johor Bahru. Jom imbas kembali kenangan lalu di Al Kisah @ JB part 3

Photo Shoot versi 'gedik' kata Sis Lin di Facebooknya.Ini antara salah satu daripada berpuluh - puluh gambar yang di ambik dan kebanyakannya boleh di lihat di FB 'Geng K.A.M.I.E' yang hadir ke majlis di selatan beberapa hari yang lalu.

4 couple. Aku dengan 'adik' yana. Sesuai tak? ha ha ha.. Alah budak baru 15tahun dah macam 'anak buah' aku sendiri pun.Kalau ramai yang joint mesti happening.Sian Cikgu 'Linda' dan Encik Azman Ahmad tak dapat turut serta kerana ada 'masalah - masalah' yang tidak dapat di elakkan.

Suka ngan aksi 'menembak' ini. He3. Masing - masing dengan gaya tersendiri. I like!.Ada yang 'cemburu' ke? (Senyum... tak perlu kata apa - apa).

Memang tak sia - sia ambik khidmat juru gambar berusia 11 tahun dengan bayaran yang sangat murah. (Berapakah.. biarlah rahsia. ingat kan 'amat' tue lupa.. alamak! nasib ada duit kecik) he he he.
Terima Kasih ye Amat. I like!

Kembali lagi ke bangunan ini dan jom kita teruskan Photo Shoot K.A.M.I.E di lokasi ini.

Cari..cari di mana diriku. Nun jauh diatas sana. Hanya diriku sorang yang memanjat anak - anak tangga itu.Yang lain? Erm... duduk kat tangga je. Al - maklumlah puasa.

Suka dengan aksi bersahaja ini. Cun melecun kan gambar ini.Aduh... 'muntah darah' nak memilih gambar walaupun cameraku hanyalah camera biasa 'cap ayam'.

Aksi Ako/Retna dan  'adik' Yana berlatar belakangkan aku dan sis lin .Menarik tak?


Aku serta Ako/Retna serta aksi pejam mata Kakak 'Naz' Alamak tertiba nampak pun warna - warni kan bersama bunga - bungaan berbagai warna.

Photo Shoot di teruskan di lokasi ini. Jom la layan gambar berbagai aksi daripada K.A.M.I.E

Kat blog sini dah siap update siap part part 1  dan part 2  lagi. Kelas kau Marlin.Jom layan aksi 'gaya bebas' pulak.

Suka.. suka.. memasing dengan gaya tersendiri. I like! Kalau kau orang 'tak suka' ada aku kisah? Dah gie main jauh - jauh.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada beberapa keping lagi gambar nak di masukkan tetapi.... PC kat office ini asyik automatik shut down. Aduh.. tensionnye.. layan je gambar - gambar yang ada.

Monday, August 08, 2011

1018 : Suprise Party Ammar

Hari lahir ke 8 anak Encik Azman Ahmad ialah pada 12.8.11 tetapi di raikan awal dengan penuh kejutan di teratak Sis Moralle yang baru berpindah dari Kota Singa ke Danga Bay View Apartment (main hentam je ni.Agak2 betul kot!) yang terletak berdekatan dengan Tune Hotel, Danga Bay, J.B

Inilah keluarga bahagia Azman Ahmad .Wah! banyak ye Ammar dapat hadiah. Nanti 11.11.11 nak buat birthday party juga le.Mesti dapat banyak hadiah (ha ha ha)


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :  Happy Birthday Ammar 'in advanced'. Nasib baik tak semput. he3. Nak tengok lebih banyak gambar sila lah ke FB saya atau pun di blog Ako/Retna atau Sis Lin. Tak pun kepada Geng K.A.M.I.E. layanlah gambar kita orang sampai 'muntah berdarah' di 'Muka Buku
yakni FB.

1017 : Majlis Berbuka Puasa @ JB

Untuk kali ke tiga berturut.Aku dapat menghadiri majlis blogger + Geng K.A.M.I.E di selatan tanah air. Lokasinya di Restoran Malay Village, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Buffet berharga RM 29.90 kira murah dan berbaloi serta tak mahal sangat serta dalam kategori berkemampuan la.
Ini hidangan berbuka puasa aku untuk hari 6 di bulan Ramadhan kali ini.Berbaloikah dengan bayarannya? Bicara tentang rasanya pulak Lauk pauknya tidak banyak pilihan.Airnya hanya ada 4 jenis sahaja termasuk air teh tarik (aku tak minum pun) Kuih pun tak banyak pilihan.Kebanyakaan rasa lauknya macam 'tak cukup rasa' ada juga yang 'terlebih rasa' Apa -apa pun bersyukur dengan apa yang ada.

Adakah rezekiku untuk berbuka puasa di Ramadhan tahun mendatang? Harap - harap ada la. Mungkin bukan kat JB tapi BP. (Bukan stesen minyak daaaah)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 3 hari 2 malam yang cukup best.Dan berkumpul bersama - sama selepas sekian lama.Kali terakhir berjumpa ialah pada 19.6.11 yang lalu.Tue pun ada juga 'Geng' yang tak dapat.Agaknya bila semua dapat berkumpul bersama - sama?

Friday, August 05, 2011

1016 : Selamat Tinggal Seketika

Ini merupakan entry terakhir untuk masa ini.Terpaksa meninggalkan blog ini untuk seketika waktu kerana ingin pergi jauh dari 'dunia maya' bertemu dengan rakan - rakan di selatan negara.

Blog disana dah update jadi di sini pun kena update juga la. Biarpun ringkas tapi ok la daripada tak update langsung kan?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Cuti daripada berblog untuk beberapa hari.Tak tahu bila mau update lagi sini. Next week la kot!.

Thursday, August 04, 2011

1015 : Cinta Tak Semestinya Di Lafazkan

Terima Kasih diucapkan kepada YMY Online Gallery kerana sudi menerima tempahan di saat akhir. Plannya 2 hari sebelum nak ambik.Temanya ialah 'pink'.Alhamdulillah sangat 'cantik'.

Kejutan ini di berikan kepada My Tunang. Walaupun pagi sabtu tersebut 'hujan' membasahi bumi tapi ianya bukan halangan untuk merealisasikan Kejutan Balas Incik Tunang.

Diri sendiri pun lupa nak ambik gambar 'hadiah' yang diberikan kepada My Tunang. Semoga My Tunang 'berpuas hati' dengan hadiah & chocolate yang tak seberapa 'nilainya' itu.

Hasil cilok dari entry ini

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 'Cinta tak semestinya di lafazkan'. Wah! kelas kalau buat tajuk novel atau lagu kan?

Cinta antara kau & aku
Bukan hanyalah cinta palsu
Cinta setelus hati
Cinta tak semestinya di lafazkan.

(nak lagi???) cukup - cukuplah.. Diriku 'romatik' kah? Jeng..jeng.. jeng...
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015