Sunday, July 31, 2011

1011 : Persiapan >> Chocalate Hantaran Pilihan

Hasil cilok daripada blog YMY Online Gallery yang bersiaran dari Kelana Jaya.

Bentuk masjid.Ok tak kalau buat hantaran? Warna biru turqouis + pink. Mesti cantikkan. (Perasaan sendiri).Semoga impian akan menjadi kenyatan

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Selain bentuk masjid agak YMY Online Gallery boleh buat bentuk lain tak?
Susahnya menjadi orang bernama shaizhar yang nak macam - mana 'kelainan'  dan berbeza dari orang lain (kononnya) Kadang - kadang apa yang di impikan tak mungkin akan menjadi kenyataan.

Saturday, July 30, 2011

1010 : Persiapan >> Kek Hantaran Pilihan


Wah! tajuk macam kategori anugerah je. Belasah je la. Dalam pembuat persiapan kita perlu membuat perancangan.Alhamdulillah..contoh di atas menjadi pilihan untuk hantaran di hari 'bahagia' saya nanti. Berapa hari lagi yek? 100++ hari agaknya (Malas mau kira) he he he...

Pemilik blog The PINKYBITE Cupcakes adalah orang yang di beri tanggungjawab untuk membuat cupcakes masa majlis pertunangan saya yang lalu. Nak tengok rupa sebenarnya? Jom..jom... layanz..


Sekali pandang menawan dua kali pandang aku rasa 'kecewa' dah la ada tragedi aku & cupcakes ini. Ha... Ha..ha.. Jujurnya cupcakes icing bukanlah pilihanku.Tetapi apakan daya terpaksa 'menurut' sahaja.Apa pun tulis tue bombactic la. I Like! (Belajar dari pengalaman).

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nak order chocolate.. nak order chocolate. Kat mana yek? Bentuk masjid macam dah biasa.Kalau bentuk KLCC atau KL Tower boleh tak? Eh! tak nak la KL Tower 'pandang sebelah mata pun ku tak sudi' Wah! unsur - unsur riak.. tak sedar diri punya orang (mengutuk diri sendiri)

Friday, July 29, 2011

1009 : Persiapan >> Hantaranku Kepada 'My Tunang'

 contoh : hasil google dan di jumpa di blog ini

My hantaranku Kepada 'My Tunang'
1. CINCIN NIKAH & MAS KAWIN
2. KASUT  & BEG TANGAN
3. TELEKUNG
4. SET MINYAK WANGI
5. KEK
6. BUAH – BUAHAN
7. CHOCOLATE
8. JUBAH
9. SET LOREAL

Alhamdulillah dah membeli hampir separuh daripada senarai barang - barang di atas. Tak salah membuat persiapan awal.

Yang jenis 'makanan' tue bolehlah survey2 tengok mana yang terbaik dan berpatutan serta mudah di ambil pada hari - hari sebelum berlangsungnya 'majlis' tersebut.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga semuanya di permudahkan.Dan apa yang dirancangkan menjadi kenyataan.Insya-Allah

Thursday, July 28, 2011

1008 : Hadiah >> Dari 'My Tunang'



3 buku di atas ialah keluaran Telaga Biru dan merupakan hadiah daripada  My Tunang

Buku pertama ialah Soal Jawab tentang Solat. Banyak sekali ilmu yang boleh didapati daripada buku tersebut.

Buku kedua pulak ialah berkaitan tentang Nikah Kahwin.Sesuai untuk orang yang pertama kali bernikah macam diriku.

Yang terakhir ialah buku yang menjadi kegemaranku (he he he)Nak kena terangkan kat sini ke? Apa lagi di tunggu kalau berminat sila layari laman web Telaga Biru.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sebenarnya ilmu - ilmu tue memang 'kita' dah belajar masa sekolah juga kan. Antara ingat & lupa sahaja.Apa pun terima kasih di ucapkan kepada My Tunang 

(Dah beberapa hari yang lalu dapat 2 daripada 3 hadiah di atas.Bukan dapat hari ini atau semalam ye.)

Wednesday, July 27, 2011

1007 : Hadiah >> Kezutan dari 'My Tunang' Aku & Hadiahnya


Hasil kiriman MMS dari My Tunang dan kemudiannya di email pulak sebab My HP kan tak canggih manggih. Boleh upload ke FB pun dah cukup rahmat kan.

Cupcakes tue rasanya 'manis' sikit la bagi tekak aku.Bunga rose 'pink' sapa nak kasi kan. Lupa pulak nak kira berapa.11 kuntum kot! ha ha ha.Cupcakes pulak berbelas - belas (lupa juga nak kira)

Aku suka bunga rose ke? Erm.... x kot! ha ha ha. Tapi kalau dapat rose 'merah' lagi best! Oooops!..
Ada x rose purple atau biru? Nak la.... (biru..biru..biru.. I Like!)

Hari ini hari rabu... so bergaya dengan 'Uniform' kerja.Tapi hairan masih ramai yang tak nak pakai baju hari 'rabu' apasal yek!.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 'Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima' Menanti Perodua Viva sebagai hadiah hari lahirku nanti. 107 hari yang nanti (Tengah berangan jap!) Ada aku kesah...

1006 : Hadiah >> Kezutan dari 'My Tunang'

Tergezut... sangat tergezut + tergejut (konon - kononnya) padahal dah agak. (Di beritahu) cuba tak tahu atau tertanya - tanya.apakah? Yang tahu yang cupcakes.

Inilah rupanya kezutan tersebut. Cupcakes pemilik blog ini yang menghantarnya sendiri ke pejabat saya sekitar 10.30pagi tadi.

Cupcakes tersebut di kongsikan dengan rakan - rakan satu jabatan.Terima Kasih sekali lagi untuk 'hadiah' ini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nak gambar penuh? Aduh!!! tunggu Owner Cupcakes ini update di blognya atau FB la kot! Perasaaan skrg : Sangat 'terharu'

1005 : Jualan Gudang Telaga Biru & Program Istimewa

 
JUALAN GUDANG TELAGA BIRU
&
PROGRAM ISTIMEWA BERSAMA DR. HJ ZAHAZAN MOHAMED

Anda dijemput ke Jualan Gudang Telaga Biru yang JULUNG kalinya diadakan pada:

TARIKH      :       29 Julai 2011 (9am-8pm) & 30 Julai 2011 (8am-8pm)
TEMPAT     :       TELAGA BIRU SDN BHD
                            28, Jalan Tembaga SD 5/2A
                            Sri Damansara Industrial Park
                            52200 Kuala Lumpur

Kadar DISKAUN yang ditawarkan sehingga 75% termasuk produk terbaru dan terlaris di pasaran.


Anda juga turut dijemput menghadiri PROGRAM ISTIMEWA BERSAMA DR. HJ. ZAHAZAN MOHAMED bertajuk ‘SEANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIR’ pada:

TARIKH    :    30 Julai 2011 (11am)
TEMPAT   :    DEWAN UMAR AL-KHATTAB
                   Telaga Biru Sdn Bhd

Program ini diadakan KHAS sebagai tanda penghargaan kami untuk anda yang menyokong produk kami sehingga kini. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kehadiran anda amat kami hargai. Sebarang keterangan lanjut sila hubungi : 03-62754070 / 03-62768057

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya-Allah ada rezeki akan sampai la.Tapi 30 Julai tue memang tak boleh la. erm... rugi - rugi...

Tuesday, July 26, 2011

1004 : Persiapan >> Hantaran Pernikahan

Insya-Allah.Akan mendapatkan khidmat dan sentuhan daripada Kak Nin's yang telah melaksanakan tugas mengubahan hantaran pertunangan saya pada 19.6.11 yang lalu (klik sini).

Warna tema pilihan saya ialah biru turquoise dan masih terfikir nak kombinasikannya dengan warna apa.Adakah hitam, silver atau putih?

Ini adalah jenis dulang hantaran yang menjadi pilihan saya.Dulu - dulu memang berangan nak pakai konsep sangkar burung la kononnya kan.Tapi?

Ini pulak alas dulangan hantarannya.Ok tak? Komen..komen jangan tak komen. he he he...

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dah bagi tahu Kak Nin's pasal tempahan ini.Harap - harap semuanya berjalan lancar la.Lepas raya nanti (bulan 9) bolehla serang rumah Kak Nin's biar siap awal - awal2 lepas ini tak payah nak fikir itu dan ini lagi.

Monday, July 25, 2011

1003 : Makan Sana Sini

 *Gambar hasil cilok di Google.

Pertama kali merasai Tutti Frutti di Kelana Jaya (jakun kah?) Tak nak mencuba sendiri melakukannya minta My Tunang melaksanakannya.Kang 'terbyk lak'. he he he.

Rasanya? Ok la.. tak ada lah teruk sangat.Sesuai untuk diriku yang sedang sakit tekak ketika itu. (tiap - tapi pagi mesti sakit tekak.Gatal - gatal rasanya.Kenapakah?)

Hasil cilok dari blog ini

Mee rebus hak milik JM Bariani House memang tak memenuhi citasara.Bukan sebab memilih tetapi kuahnya terlebih banyak udang dan meenya terlebih celur dan menyebabkan ianya 'double' lembut dan nasib baik x menjadi 'lembik'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ke mana lokasi Jalan - Jalan Makan - Makan yang seterusnya tunggu je la.
Sejak kebelakangan ini malas sungguh nak bawa kamera sendiri. Kenapakah?

Saturday, July 23, 2011

1002 : Menjelang >> Seratus Sebelas Hari : 111

Ada apa dengan nombor? Sejak dua menjak ini memang suka 'menghitung detik demi detik' x pe lepas ini dah di bawah 'seratus' hari akan kurangkan diri sikit dari mengingat 'berapa' harikah lagi yang perlu di lalui.

Persiapan? Kalau ada yang membaca cerita - cerita sebelum ini mesti dah tahu kan... apa? tak tahu juga.. erm... memang blog ini x de 'pengunjung' he he he. ada aku kesah?

111 hari menjelang 'detik itu'. Apa yang telah, sedang & akan di laksanakan. Jom kita tengok.

Bulan June & July 2011 (hari - hari yang dah berlalu)
* Beli hantaran kawin part 1
* Beli kain untuk tempah baju '3 majlis' + 1 extra (utk diriku)
* Pergi Kursus Kawin
* Beli hantaran kawin part 2
* Survey cincin kawin di sana , sini dan akan datang ke sinun (ha ha ha)
* Tema warna dah di tetapkan + lokasi serta yang penting sekali ialah tarikhnya
11.11.11, 12.11.11 & 11.12.11 (Alhamdulillah.... nice number. i like!)

Akan datang...
* Survey cincin dan cincin sampai jumpa yang berkenaan & berkemampuan
* Beli hantaran part 3 (fuh! banyak sungguh sessi membeli nie kan)
* Design kad kawin (dlm proses) lay out dan lakaran dah di berikan
* Isi borang nikah (selepas 11.8.11) + ujian HIV
* lain - lain persiapan yang sewajarnya + mau pergi cari pakej honeymoon or survey tempat 'berbulan madu' ... la la la... dan 13.8.11 adalah detiknya nak serang MATTA Fair @ PWTC kali ke 2 tahun 2011.
* Ada lagi ke yang tertinggal? nanti - nanti boleh update

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Agaknya apa kan terjadi 'selepas' 111 hari.Doa & harapan semoga akan ada ShaNaz..... (Boleh tak dari sekarang duduk pilih 'nama' yg sesuai' tetiba tukar pulak 'nama' impianku itu) Tak faham? erm... kalau tak faham sudah..

Friday, July 22, 2011

1001 : Persiapan >> Tema : Warna 'Pilihan'


Menjelang hari 'bahagia' warna menjadi antara aspek penting dalam pemilihan 'tema'.

Majlis 'Nikah' : Tema warna 'pengantin' ialah Biru Turquoise + Pink 
-->
Rombongan Lelaki : Belum bincang lagi dengan ahli keluarga tapi rasanya nak pilih warna 'Biru'.

Majlis 'Pihak Perempuan' : Tema 'Merah'.
-->

Rombongan Lelaki : Belum bincang lagi tapi nak cadangkan Hijau + Kuning (Semangat kenegerian)

Majlis 'Pihak Lelaki' : Unggu.... + seluruh keluarga di Kg Halaman akan di paksa pakai warna yg sama.

Rombongan perempuan ke majlis lelaki : Belum di putuskan.Agak - agak warna apa lah ya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada tak orang 'kawin' pilih tema warna warni? atau pun warna 'pelangi' ingat nak cuba bikin 'kelainan' tapi.... sanggupkah? Lepas ini cerita tentang perkara lain pulak la. Apakah? Rasanya nak kembali menjadi shaizhar yang biasa blog jalan2 dan makan2. he he he. Alamak... puasa dah dekat, kena kurangkan cerita bab makan2 ini.

Thursday, July 21, 2011

1000 : Persiapan >> List Nama Jemputan


Woow... Kad perkahwinan tema Kipas & ada gambar 'pokok'. Hasil cilok dari blog ini

Episod persiapan diteruskan dengan cerita 'List Nama Jemputan'.Terdetik di fikiran ini.Siapa nak jemput? Berapa ramai nak jemput? Boleh ke dia orang ini datang 'majlisku' nun jauh di Alor Setar Kedah?


Langkah yang diambil ialah menyenaraikan nama - nama jemputan berdasarkan beberapa perkara iaitu. Rakan office lama dulu (yg dah kenal lebih 12tahun atau yang paling rapat), rakan office sekarang yang paling dikenali dan baik serta rakan FB/Blogger + rakan zaman persekolahan. Tak di lupakan bekas - bekas rakan sekerja dan lain - lain kenalan yang tidak termasuk dalam kategori di atas.


Tapi... dah nama pun manusia. Ya. 'manusia mudah lupa' Ada juga nama yang tercicir.Nasib ada FB yang memudahkan lagi kerja menyemak.Status di FB juga membantu.Alhamdulillah lepas dan ada list nama.Proses seterusnya ialah kena kategorikannya lagi.Nak bagi kad, jemput di blog atau FB sahaja.


Alamat.Ya! bagi yang jauh mungkin akan dihantarkan melalui kiriman pos dengan kerjasama Pos Malaysia.Lepas ini proses nak dapatkan alamat.Biar cepat jangan lambat.


Untuk kekawan office lama.Nak pilih 'wakil' je la.Dah ada orang yang nak jadi 'wakil' Bukan tak nak jemput sendiri tapi...... (berat nak menaip kat sini) Tengoklah macam mana.Kalau ada rezeki menjemput sendiri adalah kan.'Takdir penentu segalanya'.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Apa persiapan seterusnya? Oooo design kad kawin kan.. Ok! nanti lah diriku storykannya.Memang dah ada konsep dan design tapi belum di perkembangkan lagi.Konsep 2 in 1 dengan 2 tema warna dah 'sah'. Lagi tema untuk kad kawin untuk majlis di Kedah 'shj' akan menyusul kemudian.


Tema warna hari nikah, majlis perempuan & lelaki? Insya-Allah akan di ceritakan Ogos 2011 nanti.


Wednesday, July 20, 2011

999 : Persiapan >> Kursus Kawin Di Mana?


Selepas bertunang.. apa yang perlu di lakukan? Dan salah satunya ialah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan terutama yang nak kawin dalam masa terdekat atau yang belum menghadirinya.

shaizhar dan My Tunang telah sepakat untuk mengikuti Kursus tersebut di Zura Akademik.Dimanakah lokasinya?

Pejabat dan Tempat Kursus
     Zura’s Akademik,
     Lot 2-1-1, Tingkat 1,
     Kompleks Niaga Utama,
     Jalan Bangsar Utama 3,
     59100 Bangsar Utama,
     Kuala Lumpur.
 
ARAHAN:
Anda diminta mengisi borang ini dengan maklumat Benar dan Jelas. Sila gunakan Huruf Besar. Sila datang ke Zura's Akademik untuk berkursus dengan membawa 1 salinan Kad Pengenalan. Bayaran yuran kursus adalah: RM80.

Pilihan/Opsyen: 1 kaset Panduan Sembahyang dengan buku, 1 kaset 29 Surah Lazim dengan buku = RM20.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia Kursus di nombor telefon: 03-22831511 dan 03-22843811.

E-mail: kursusperkahwinan@yahoo.com / info@zurasakademik.com
* Sila MUAT TURUN dan CETAK borang berikut dan bawanya bersama pada hari kursus.
 
Kata  S.H.A.I.Z.H.A.R : Nak kawin kena lah gie Kursus.Lepas ini nak cerita pasal apa pulak ye. Tentang persiapan itu ini? Nak tahu juga ke? Tunggu je la.Akan di khabarkan dari masa ke semasa.

Kesimpulan tentang kursus kawin di Zura Akademik ini macam - macam 'rasa'.Ada yang komen kata tak ok la.. bla.. bla.. bla. Bagi aku, ini yang telah di takdirkan oleh Illahi kepada 'kami ber2'.Tapi penceramah pada pagi hari ke 2 (ahad) memang memberi ceramah ala - ala versi Kuliah Subuh dan membuatkan diriku mengantuk.

Tuesday, July 19, 2011

998 : Selepas Sepurnama >> 19.7.11

Selepas sepurnama... yakni sebulan.Berlalu sudah kisah 19.6.11.Namun apakah impian '19.11.11' mampu menjadi kenyataan.Sukarnya menjadi manusia yang begitu banyak 'impian' ingin memahatkan satu catatan sejarah diri pada hari 'bahagia' insan yang lain.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 115 hari lagi. Apakah? Semoga yang dirancang berjalan lancar dan di permudahkan-NYA. A-Min

Friday, July 15, 2011

997 : J.A.U.H

J.A.U.H. Apakah maksudnya? Ya.. jawapannya ialah Jauh.Kejauhan yang memisahkan tidak kiralah dua orang tiga, empat. lima...

Bila berjauhan apakah perasaan yang di rasai? Kekadang 'rindu' ada masanya 'ternanti - nanti' Tetapi tuhan juga telah mentakdirkan yang aku memiliki perasaan bercampur - campur.Kadang kala aku terfikir.Ikhlaskah 'dia'.Benarkah apa yang 'dia' kata? Adakah perasaan 'dia' pada aku itu jujur atau palsu.

Kadangkala isu 'perkataan' pun menjadikan aku 'hangin/panas/tak boleh terima'. Kata 'dia', nak aku terus 'tulis' di blog.Bagi aku perkataan tulis itu bermaksud menulis di atas kertas mengunakan dakwat pen atau pensil.Betul kan? Ke... aku terlalu emosi dalam pemilihan perkataan dalam setiap kata - kata?

'Saja nak bagi tahu?' bila aku terima sms macam ini.Aku jadi 'panas' aku tak nak jadi hipokrit.Kerana bagi aku.Kalau nak bagi tahu biarlah ikhlas.Kalau tidak tak payah nak 'sampaikannya' buat sakit hati je.

Namun akhirnya aku cuba lawan emosi aku yang tadinya bercampur - campur.Macam - macam perasaan dalam diri ini.Suka, rindu, sayang (biarpun tak diungkapkan) rasa nak marah, cepat nak hangin biarpun hanya perkara remeh - temeh.

Jadinya keputusan yang dibuat ialah dengan pergi men J.A.U.H. Mungkin itu lebih baik untuk mencari ketenangan untuk diri sendiri agar segala macam emosi dan 'perasaan' yang ada kembali seperti sedia kala.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Selepas episod 'berhenti berharap' aku diuji dengan kisah semangat yang hilang dan baru berlalu cerita tentang patah hati vs kecik hati.Ya! hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran.Mungkin men J.A.U.H akan membuatkan aku lebih yakin untuk terus mengharungi hari - hari mendatang.

Thursday, July 14, 2011

996 : Patah vs Kecik H.A.T.I

Patah Hati....
Hancurnya memikirkannya lagi...
Bukan kerana diri disakiti...
Tetapi...
Mungkin inilah hakikat & realiti

Kecik Hati...
Bila diri ini tanpa sedari
Telah 'menyakiti'
Menguris satu hati
Lukanya aku yang rasai.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Episod luahan perasaan berterusan di blog ini.Sekadar menluahkan sedikit perasaan yang masih belum 'padam' dalam diri ini.Sampai bila? Aku sendiri pun tak tahu. Mungkin aku masih gagal untuk berlawan dengan emosi itu.Akan ku campakkan 'perasaan' itu jauh - jauh.


Monday, July 11, 2011

995 : Kembali Di Sini

Kembali Di Sini menulis sesuatu.. menceritakan apa yang dirasa dan meluahan sedikit kesakitan yang di lalui beberapa hari ini.

11.7.11.Syukur alhamdulillah masih dapat bernafas dan menikmati kehidupan biarpun keadaan diri tidak sekuat mana.'Sakit' masih dirasai biarpun penawarnya masih di miliki.Namun akhirnya.. redha dengan ketentuan Illahi.Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Sukarnya untuk memuaskan hati semua orang dan begitu juga 'sulit' untuk orang memahami apa yang cuba disampaikan.Kadang kala apa yang cuba di sampaikan di salah tafsirkan.Hakikatnya itu adalah diriku.Sentiasa menjadi diriku.Meluahkan apa yang dirasai dan 'memendamkan' apa yang sewajarnya harus menjadi 'rahsia'.

Kemaafan di pohon andai kata berdiamnya diriku selepas ini akan lebih 'menyakitkan'.Tiada niat untuk terus menyakiti hati sesiapa.Berikanlah ruang untuk diriku merawat kesakitan ini dan apa jua 'keterlanjuran' yang terjadi.Memerlukan sedikit lagi masa untuk terus merawat 'kesakitan' ini.

Semangat yang hilang? Baru ingin kembali pulang namun terhenti di tengah jalan.Tak pasti adakah semangat itu akan terus kembali menjadi milikku atau diriku memang sudah hilang semangat itu.

Berhenti berharap? Kadang kala apa yang diharapkan tak akan mampu menjadi milik kita.Jadi oleh itu redha dengan Qada & Qadar.Mungkin ini yang terbaik untuk diriku.

Kembali di sini dalam ruang yang terhad dan tidak pasti adakah diriku akan kembali menulis di sini atau sebaliknya.Hidup harus diteruskan dan kadang kala 'berdiam lebih baik'.Semoga diri ini tidak lagi terus 'menyakiti' hati sesiapa pun.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Harungi hidup dengan penuh ketabahan.Jangan biarkan emosi menguasai diri.Berfikiran terbuka dan menerima segalanya dengan tenang.Harus berpandangan jauh serta memikirkan sesuatu lebih dalam dari sepatutnya.Apa juga keputusan yang di lakukan adalah untuk kebaikan.Biarpun 'harta' itu hanya 'sedikit' namun nilainya mampu membahagiakan orang lain dan diri sendiri.

Kadang kala kita harus korbankan apa yang kita 'sayang' biarpun ianya merupakan sesuatu yang 'berharga' dalam hidup kita.Percayalah hidup ini memerlukan pengorbanan.Pasti ada hikmah di sebalik semua ini untuk kebaikan di kemudian hari.

Apa yang diharapkan? Semoga apa yang dirancang akan di permudahkan dan memberi sinar yang di cari selama ini dan jawapan yang pasti........... (akan muncul jika ada sambungan cerita ini di entry mendatang... Insya-Allah)
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015