Thursday, June 30, 2011

994 : Aku 'Berhenti Berharap'

Gambar di atas adalah hasil google dan dijumpai di blog ini.Blogger ini punya ceritanya yang tersendiri.

Bagi shaizhar mulai hari ini Aku 'Berhenti Berharap'.Apa yang 'di harapkan' biarlah menjadi rahsia dan tanda tanya.Mungkin episod 'pengharapan' itu sudah sampai ke penghujungnya.Redha dengan ketentuan Illahi.'Kalau ada rezeki tak kan kemana'.

shaizhar sentiasa cuba untuk berfikiran positif dan menerima Qada & Qadar ini dengan hati terbuka. Tipulah kiranya tak ada perasaan 'kecewa'.Walauapapun... mungkin inilah noktah terakhir untuk 'pengharapan' yang sudah berada di hujung garisan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ingin 'sedikit ruang' untuk merehatkan diri dan terus 'berhenti berharap' dengan meninggalkan catatan ini sebagai satu kenangan buat seketika waktu.Tidak pasti bila akan kembali mencoretkan sesuatu di sini.Semoga 'semangat yang hilang' akan kembali pulih dalam masa terdekat.

Biarlah bicara ini menjadi luahan perasaan yang mengambarkan bertapa shaizhar memerlukan masa untuk kembali 'pulih' dan 'bangkit' dari 'kelukaan' yang terlalu 'dalam'.Akhirnya aku 'pasrah' dan terima segalanya dengan redha.

Wednesday, June 29, 2011

993 : Preview >> Dewan 'Majlis'

Ini adalah dewan lokasi yang dipilih oleh pihak My Tunang (Insya-Allah). Dewannya sangat luas dan konsep warna utama ialah Kuning & Biru.Kalau masuk warna merah & putih rasanya menyerlah tak?

Di sebabkan tiada persandingan.Maka meja makan untuk pengantin di rombangan pihak lagi satu di letakkan di atas pentas utama.Ok apa? Simple but nice. Tak gitu...

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kalau kenduri kawin mesti nasi minyak kan? Kalau nasi beriyani macam tak sesuai je.Itu pandangan peribadi saya.Apa - apa pun majlis kenduri kawin di sebelah utara selalunya 'nasi ayaq' he he he... betul kan? (Al - maklumlah dah lebih 13tahun duduk KL) Dah lama x gie kenduri di belah - belah utara.Tak ada sesiapa nak jemput cheq ka?

Tuesday, June 28, 2011

992 : Dari Kelana Jaya ke Kuala Lumpur

Aktiviti hari ahad 26.6.11 bermula dari Ukay Perdana dalam 11pagi terus menuju ke Kelana Jaya.Dalam 12.00tghari shaizhar dan My Tunang menghadiri majlis perkahwinan salah seorang 'saudara angkat' berhampiran kawasan kuaters tempat tinggalnya dan merupakan lokasi 'majlis' pada November 2011 nanti (Insya-Allah)

Komen ikhlas mengenai lauk kenduri dari Eiman Caterings hari ini ialah : Ayam masak merah 'sejuk' dan 'keras' serta tak cukup rasa.Pajeri nenas agak 'masam' tapi papadomnya sangat sedap. Dagingnya pulak seperti 'hangit' Ish... banyak komen kan shaizhar ini. he he he. Apa pun rasanya lauk di pameran pengantin Medan Mara dari Eiman Caterings lebih sedap dan masuk dek tekak.Apa pun shaizhar dan My Tunang dah komen terus kepada pemilik Eiman Caterings

Dari Kelana Jaya kami menuju ke Kuala Lumpur dan destinasinya ialah Jakel.Kali ke 2 ke Jakel pada hari ke 2 aktiviti ukur jalan KL. Alhamdulillah selepas dan berpuas hati memilih itu dan ini kami kemudiannya menuju pulak ke Medan Mara iaitu ke butik pengantin 'Umairah'. Bincang itu dan ini serta bagi harganya.Alhamdulillah semuanya memuaskan hati.Semoga apa yang dirancang akan berjalan lancar.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hujung minggu ini ada aktiviti lagi. Semoga apa yang di rancang akan berjalan lancar A-Min. Apakah? Tunggu je entry - entry mendatang 'Insy-Allah'

Monday, June 27, 2011

991 : Jalan - Jalan KL >> Sana Sini

Allhamdulillah sabtu lepas 25.6.2011 shaizhar dan My Tunang telah berjalan - jalan di KL. Kawasan yang di ukur ialah dari Masjid Jamek, Masjid India, Jalan TAR, Semua House, City One Plaza,Sogo, Pertama & Medan Mara.

Di Medan Mara ketika itu sedang berlangsung Festival Pengantin.Antara salah satu catering yang kita orang test foodnya ialah Eiman Catering serta terjebak rasa 'masakan' dari D' Mawar Catering oklah juga masakan & harga pakej yang di tawarkan.Lepas ini ada pameran pengantin di Wangsa Walk & perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam.

Kemudian jalan - jalan di situ sebelum teruskan aktiviti mengukur kawasan 'Sogo'. Kita orang shopping tak hengat dunia. he he he. Terima Kasih My Tunang.Belilah apa yang patut mengikut kemampuan.
Mega Sales sehingga hujung Ogos 2011.

Kemudiannya kita orang terjebak di 'Jakel'. Rambang bijik mata dan time tue mataku sudah layu dan menjadi kuyu.Penat membeli + berjalan dan juga 'mengantuk'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Mendahulukan apa yang patut.Apa yang seterusnya nak di lakukan?
Nampaknya pakaian untuk 3 'majlis' di tempah sepenuhnya.Tak perlu sewa - sewa.

Sunday, June 26, 2011

990 : Dan Sebenarnya >> Beli Tiket Air Asia

Kesinambungan daripada entry 1005.Akhirnya sebahagian wang tersebut digunakan untuk membeli Tiket Air Asia.(Tak mampu nak beli tiket MAS) nak beli tiket bas Kapal Laut kang tak tahu bila tahun nak sampai.

Alhamdulillah.. mungkin ini telah di takdirkan oleh Illahi.Insya-Allah... Aidil Fitri tahun ini sekali lagi di Kota Kinabalu,Sabah selepas kali terakhir beraya puasa di sana pada tahun 2009.

Kali terakhir ke Sabah ialah pada Hari Raya Haji 2010.Rindu lah dengan 'di orang' kat sana. Tak lama cutinya hanya seminggu.Ok lah tue kan daripada tak ada langsung.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada yang tak faham dengan entry 1005? Tak faham sudah. Ada aku kisah. Ha ...ha...

Dan sebenarnya... tiap - tiap tahun memang adik beradik kita orang dapat 'Bonus' selalunya time rayala. Duit apa? Jangan lah di tanya.Urusan hal ehwal keluarga.Agak - agak raya ini dapat 'bonus' lagi tak? Kalau dapat best juga.Leh buat belanja berlibur di Sabah. he he he .... (A-Min)

Saturday, June 25, 2011

989 : Pesta Buku Selangor 2011

Pesta Buku datang lagi.... tapi kali ini di SACC Convention Centre, Shah Alam, Selangor. Macam biasalah Kumpulan Krangkraf menjadi pilihanku terutama Alaf 21 Sdn Bhd

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nak cari buku agama juga.Ada sesiapa nak sponser ke?

Friday, June 24, 2011

988 : BONUS >> Dari 'Family kepada Ahlinya'

Kau orang ingat syarikat tempat kerja sahaja bagi bonus?? Dalam family pun ada bonus tau.Walaupun bukan beribu ringgit tapi ok la daripada tak ada. Berapa jumlah RM tue? Kiralah sendiri.Tiap - tiap tahun 'dapat'.Alhamdulillah rezeki.Biar sikit daripada langsung tak ada.Syukur sangat - sangat.

Agak - agak apa aku nak buat dengan RM tersebut? Tunggu lah entry mendatang.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tahun ini tak dapat 'bonus' sebab dah kerja kat tempat lain dan x cukup syarat yang melayakkan untuk mendapat 'bonus'.Harap - harap tahun depan adalah bonus dari family di sebelah 'sana' pulak. A-Min. (Tahun depan Bonus dari Family nak buat apa yek?)

Thursday, June 23, 2011

987 : Kad Ucapan Pertunangan >> Dari Geng K.A.M.I.E

Masih lagi episod pertunangan dan mungkin ini cerita yang terakhir (ye ke?) Apa pun di atas itu ialah kad ucapan pertunangan kepada Shaizhar dan Nazuha daripada Geng K.A.M.I.E

Thanks semua. Sangat terharu dan berterima kasih atas kad ini.Lagi happy bila dia org datang jauh2 dari Singapore (Bro Ross) dan 4 orang dari JB (Sis Lin & Amat serta Azman Ahmad juga Cikgu Linda) dan lain - lainnya dari KL.(I Like!!)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Episod seterusnya tentulah cerita tentang persiapan itu dan ini.Fuuuuh.... semoga semuanya di permudahan dan berjalan lancar mengikut jadual.Kalau ada pertukaran sana sini itu perkara biasalah.Yang penting dah plan apa yang nak di buat.Apa pun ... shaizhar tak suka 'kalut - kalut' ini.Dahulukan mana yang utama di samping melaksanakan apa yang sepatutnya.

Wednesday, June 22, 2011

986 : Hadiah Pertunangan >> Shaizhar & Nazuha


Terima Kasih kepada My Tunang atas hadiah yang di tempah dari Ryani Sweet Chocolate. Jujurnya memang terharu tertapi hasilnya 'kureng memuaskan hatiku'. Pertama coklat yg berbentuk love biru dan pink tue sepatutnya bertutup - maksudnya yg luar tue memang dah bertutup tapi yg coklat di dalam tue patutnya bertutup juga (ni habis berterabur) dan rasanya 'kureng' juga ke 2 tulisan 'Selamat Bertunang' tue 'kureng' menarik hatiku.Paling tak boleh di terima namaku kehilangan huruf  'R' kerana tak cukup ruang. Akhir sekali tulisan juga kejap kecik kejap besar.[Sekian pandangan ikhlas daripada saya.Boleh di perbaiki untuk meningkatkan lagi mutu pembuatan & hasil kerja] Komen kepada pemilik blog Ryani Sweet Chocolate. Ke shaizhar ini cerewet sangat?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : 'Tanggan yg memberi lebih baik daripada yang menerima' Terima Kasih  My Tunang untuk hadiah ini.

Tuesday, June 21, 2011

985 : Majlis Pertunangan Shaizhar & Nazuha

Gambar pada hari pertunangan shaizhar dan nazuha pada 19.06.11

Hantaran dari pihak nazuha berjumlah 9 (Buah,kek,cokelat,buahulu,bunga rampai, sirih junjung, jubah, apam & pulut kuning) Sangat puas hati dan menerima dengan hati terbuka.Alhamdulillah dapat juga merasa walaupun bukan semuanya.

Balasan hantaran dari pihak lelaki sebanyak 7.Seperti di entry 1001

Yang kiri kakaku Shahida bersama bakal adik iparnya.

Kini shaizhar dan nazuha telah selamat bertunang.Tahniah untuk shaizhar dan nazuha 
(boleh mcm tue?)

Bersama dengan wanita - wanita manis lagi berseri - seri dengan 'unggunye' iaitu Geng K.A.M.I.E 
Terima kasih ye semua.I like!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima Kasih kepada gambar iaitu Sis Lin dan My Tunang
Minta maaf sekali lagi kepada 'Blogger' dan kawan FB serta sesiapa sahaja yang membaca blog ini kerana tidak dapat menjemput semuanya untuk hadir ke majlis ini.(Bukan kat rumah shaizhar kan! lagi pun rombongan lelaki pun ini - ini je) Alhamdulillah semuanya selamat.Doa - doakan semoga apa yang KAMI rancang akan di permudahkan oleh - NYA (A- Min)

Terima Kasih juga atas ucapan semua di blog ini mahupun di Facebook termasuk di YM.

Monday, June 20, 2011

984 : My 'Hantaran' >> Kepada Nazuha Waharp

Alhamdulillah majlis yang dirancang pada 19.6.11 telah selamat berlangsung dengan kehadiran ayah dan 'mak', adik beradik (kecuali yg nun jauh disabah), saudara mara terdekat (mak saudara, sepupu) serta Geng K.A.M.I.E di KL, JB & Singapore (Gereeeek seh!!)

Ini hantaran 1 iaitu tempat bekas cincin.Sangat simple dan boleh di kitar 'semula' ha ha ha ha...

Ini adalah hantaran ke 2 iaitu sirih junjung.Simple tapi bagiku menarik.Siap ada bunga - bunga lagi. I like!.

Hantaran ke 3 ialah kain sepersalinan.Wooow!! ini hasil gubahannya.Thanks Kak Nin. I like!

Hantaran ke 4 ialah buah.(Sejenis buah je) Ini idea shaizhar. Buah mangga sahaja di balut dlm plastik warna warni.

Yang ke 5 ini ialah coklat.Cantik tak? Tak sangka pulak Kak Nin nak gubah menjadi sebegini rupa. Memang cabaranlah nak membawa gubahan hantaran ini.Dari masa ambik sampailah ke rumah perempuan.Nasib baik tak patah.

Lagi 2 hantaran ialah apam & cupcakes (tiada dlm gambar)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah dah selesai satu bab.Akan menyusul apa pulak langkah demi langkah yang seterusnya.

Di kesempatan ini nak ucapankan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam meraikan detik bersejarah ini.Terutam pada keluarga dan saudara mara (wah! macam menang lah pulak)

Terima Kasih untuk Geng K.A.M.I.E yang datang tak kira samaada jauh atau dekat.Sangat - sangat terharu dan rasa happy bila dia orang dapat hadir ke majlis tersebut.

Kepada yang tak di jemput minta maaf lah ye.Insya-Allah.. jemputan yang 'lebih besar' akan menyusul kemudian.(Targetnya hujung tahun ini) ooops!!!

Sunday, June 19, 2011

983 : Selamat Bertunang >> Encik 'S' dan Cik 'N'

Insya-Allah hari ini 19.6.11 akan bersatulah ikatan 'Janji Bersamamu' Antara Encik 'S' dan Cik 'N' siapakah mereka?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah.. entry ke 1000 di blog shaizhar ini lebih bermakna pada detik dan saat yang cukup membahagiakan.Hari ini satu lagi hari bersejarah dalam hidupku.Nak tahu cerita selanjutnya? Setialah menanti entry mendatang.

lagi 111 entry untuk di capai.Mampukah ianya terlaksana pada 11.11.11?

Inilah entry auto update

Saturday, June 18, 2011

982 : Selamat Hari Lahir >> Retnawati

Blog pilihan kali ini ialah http://anakomak6.blogspot.com/ . Katanya ..................

AKO is stand for AKU. But you still can called me RETNA. I am 33 on 19th June 2011. Waiting for signbod written "Will You Marry Me?!" *sengih*

 
Happy Birthday to Retnawati yang ke 33 pada 19.6.11 dengan soalan lazer bila nak berdua? Tengok - tengok lebih awal dariku.Percayalah 'ber2 lebih baik'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak sabar nak menunggu tarikh 'keramat' 11.11.11

981 : Preview >> Blog Cupcakes

Blog pilihan kali ini ialah The PINKYBITE Cupcakes . Kepada mereka yang berada di kawasan Kapar,Meru dan Klang serta kawasan sekitarnya bolehlah menempah di http://pinkybite.blogspot.com/

Cantik tak? shaizhar order bukan macam ini tapi iras - iras macam ini lah juga. he he he. Tunggu le la nanti.Yang penting harga di The PINKYBITE Cupcakes memang berpatutan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak sabar nak tunggu hasil cupcakes dari Kak Elis ini.Harap - harap memenuhi citarasaku.

Friday, June 17, 2011

980 : Impianku >> Blackberry Bold






Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bilakah agaknya impian akan menjadi kenyataan?

979 : Panggilan 'Maghrib' >> Kisah Hangin Satu Badan

Maghrib.... takkala matahari terbenam maka akan berkumandangnya azan.Apa yang buat shaizhar hangin?

Dulu..... time maghrib ini la suka - suka hati X Bos nak call (tak ada masa lain ke nak call?) sorry kalau call shaizhar time ni memang tak akan di layan.Tak reti nak hormat ke? Kalau 'kau' (x bos dulu) tak sembahyang pun... jangan lah ganggu hidup orang lain time maghrib.

shaizhar bertambah hangin bila time azan berkumandang time tu telefon berbunyi.Sesiapa pun kamu tak akan di layan. Di ulang... tidak akan di layan.. Dulu.... kini dan hari mendatang.. keputusan muktamad.(Itu sikap shaizhar) Banyak lagi time apasal time maghrib juga kau nak 'ganggu' hidup orang lain.

saya tahu awak tak tahu... jadi saya nak bagi tahu 'Janggan call shaizhar waktu maghrib' memang pantang shaizhar la.Kalau sekali x pe.Ni kalau dah berkali - kali memang hangin satu badan la seorang lelaki bernama shaizhar itu.

Lagi satu sikap orang yang shaizhar tak suka ialah SMS/Call time tengah malam (12.00pm) x pun 1pagi, 2 pagi (Selalu buat maca ini x bos dulu la)... Apa kejadahnya?? kalau 'kau' tak tidur pun jangan lah ganggu tidur orang lain.

Kesimpulannya : shaizhar buat pilihan yang tepat dengan berhenti kerja di 'tempat lama' Dulu selalu hangin satu badan dan semalam ianya muncul kembali.Cara menyelesaikan masalah tersebut ialah dengan 'berdiam'.Kalau shaizhar membalas kang ada pulak yang menangis.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Inilah diri shaizhar dan sentiasa menjadi diri sendiri. Hangin satu badan ini sekejap je.Beberapa jam selepas tue mulalah 'sejuk'.

978 : Selamat Ulangtahun >> Marlin & Sabar

Selamat Ulangtahun perkahwinan di ucapkan kepada Marlin dan Encik Sabar.Yang ke lapan belas kan? Tak pe lagi 2 tahun jadi lah 20 tahun kan. (Dah tua pun kau Puan Marlin) Ha ha ha...oops!!

Hasil cilok dari koleksi gambar di blog Marlin tak kira entry hari ini nak taruk nama Marlin je. tak nak taruk nama sis lin. x suka? suka hati aku la... blog aku. Ada aku kesah?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak sabarnya nak tunggu Geng K.A.M.I.E kembali berkumpul? Minta maaf la ye.Tak dapat kot! gie umah Mr. Junaidi untuk melihat dak Khayla.Sedih...sedih... enjoy la kau orang yek.

977 : JJMM >> Mambo New Village Restaurant

Lokasi JJMM hari ini ialah di Kampung Baru, Kuala Lumpur berhampiran Stesen Minyak Petronas dan berdekatan Celcom, Jalan Semarak.Dari office shaizhar tak sampai 5 minit.

Ini harga pakej promosi.Sebabkan bos yang nak belanja.. jadinya di ambil pakej RM 35 seorang.Apakah menunya? Tengok kat bawah ye.

Kerabu mangga & kailan ikan masin sebagai sayurnya (cukup rasa), telur bistik, tomyam campur, sotong goreng tepung, ulam2, ikan kerapu kot! (x tahu nama ikan.tahu makan je) masak sos (kurang sedap sebab masam) bukannya resepi 3 rasa dan paling utama yang tenggah - tengah tue kari kepala ikan (memang sedap dan kuahnya pekat) tapi shaizhar ini kurang sikit minat makan kari.Tapi bolehla.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kata bos ini adalah sempena meraikan staff yang tak dapat bonus seperti shaizhar dan juga memberi motivasi kebelakangan ini banyak projek baru jadinya masing - masing semuanya stress termasuk shaizhar. Mana tak stress.. hari - hari ada interview.

976 : Cinta Blogger >> Antara Encik 'S' & Cik 'N'

Hasil cariaan di goggle bertemu dengan cerciter-sahara.blogspot.com harus follow dan baca sini.

Antara Encik 'S' dan Cik 'N' sudah menjadi sahabat di alam maya lebih 4 tahun lalu.Beliau adalah pembaca setia blog shaizhar ketika itu (bukan blog sekarang) tetapi shaizhar di bawah jenama blogsome

Pertama kali kita orang berjumpa lebih setahun yang lalu.Kenapa tak percaya ke? Tak nak percaya sudah.Mungkin itu sudah ditakdirkan oleh illahi.Akhirnya 3.3.11 kami 'in relationship'

Cabaran? Jujurnya pada awal  perhubungan memang ada pasang dan surut sehingga ke satu tahap
shaizhar berhenti berharap dan berputus asa sehingga tidak mahu lagi terus 'mendaki tangga'.

Harapan? Akhirnya tuhan telah 'mentakdirkan' (rosaknya bahasa) Atau dalam kata lain.Telah tersurat bahawa Encik S dan Cik N telah di takdirkan bersama.Kini harapan menjadi kenyataan.

Kesungguhan? Ya... kesungguhan shaizharterbukti bila bersungguh - sungguh 'merempit' dari KL ke Batu Pahat untuk bertemu bakal mak mertua.(Mesti terharu Cik 'N' di buatnya) X terharu ke? Jangan tergaru sudah.

Kemudiaannya shaizhar menyampaikan hasrat suci lagi murni kepada Abangnya.Dari hanya cadangan kunjungan biasa akhirnya menjadi 'Majlis Merisik' shaizhar sangat terharu dengan kesungguhan shafendi kerana memudahkan segala urusana.

Akhirnya berita gembira ini di sampaikan kepada adik beradik serta kaum keluarga yang lain. Alhamdulillah mereka merestuai dan menerima perkhabaran ini dengan penuh kezutan tetapi jelas kegembiraan mereka akan memberi kebahagian kepada shaizhar (A-Min)

Geng K.A.M.I.E? Biasalah geng ini...kecoh sekampung.Tak sabarnya nak berkumpul kembali. Bilakah? jom lah pakai menghitung hari yek! Ada reunion tak?

Cinta Blogger? Mesti ada yang bercinta sesama blogger kan? Kau orang penah tahu dan ambik tahu? Kalau jodoh tak kemana kan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Cinta Blogger antara Encik 'S' dan Cik 'N' akan berakhir hingga ke jinjang pelamin.Kemudiannya kekal bahagia selamanya hingga ke akhir hayat (A-Min)

Thursday, June 16, 2011

975 : Tempahan @ Ida Bakery >> Preview

Hari ini lepas kerja ada jamuan makan - makan.Insya-Allah nak pergi ambik tempahan dengan Ida Bakery

Kalau berminat sila layari laman blog beliau di Ida Bakery. Kalau nak belajar baking pun ada kelas di sediakan.Luar KL pun boleh siap ada homestay lagi.Kelas kau Ida Bakery. Wah! padahal rakan maya je.Nie baru nak jumpa dan bertentang mata.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dari alam maya kita boleh kenal macam - macam orang dan kalau betul - betul serius boleh jadi kawan & teman bahkan seperti keluarga di alam nyata.Nantikan episod cinta blogger? Jeng..jeng..jeng

974 : Panggile Kelate >> Episod Akhir

Akhirnya sampai juga ke episod terakhirnya.Petang lepas majlis kenduri kesyukuran Nik Nurehan dan Mohd Khairi. Siap - siapalah nak check out.Dalam 3.30 petang dan bergerak menuju ke Pasar Siti Khadijah membeli apa yang patut dengan budget hanya RM 50. (Tak percaya? tak percaya sudah....)

Dalam 5.30pm dah ada dalam bas dah menuju ke KB Airport dengan harga hanya RM 1.80 (murah kan) ye lah..bas kecik yang sempit tue... (City Liner)

Flight delay dalam 15 minit.Dalam 7.45pm baru bergerak masuk ke dalam Kapal Terbang. Sekali lagi mendapat Hot Seat bernombor 14E.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak tahu lagi bila nak ke Kota Bharu, Kelantan.Insya-Allah, harap - harap tahun depan dapatlah ke sana lagi. A-Min.

973 : Panggile Kelate >> Majlis Kenduri Kesyukuran Nik Nurehan & Mohd Khairi

Menghadiri majlis ke 3 Nik Nurehan dan Mohd Khairi.Hari ini datang lewat sikit dalam 2.00 petang (lebih kurang) baru munculkan diri.

Lauk pauk kenduri majlis Nik Nurehan memang terbaik la.Semuanya sedap - sedap dan enak - enak belaka. Majlis sebelumnya ada akok.Sangat sedap.Hari ini pulak ada buahulu (betul ke ejaannya?) pun sangat sedap.Siap ada rambutan & buah salak lagi (gambar seperti dibawah)

Memang terbaik lah 3 majlis Nik Nurehan ini.Hari ini 16.6.11 majlis kenduri di sebelah pihak lelaki pulak. Sedih tak dapat joint.Nak buat macam mana kan.Tak ada rezeki.

Antara hadiah yang diterima oleh oleh Nik Nurehan Tapi sebenarnya ini baru sikit.Yang lain - lain tue dah bawa masuk dalam rumah.Majlis ini berlangsung dari 1pm - 6pm.Orang datang tak putus - putus.

Buat Nik Nurehan & Mohd Khairi semoga majlis hari ini di sebelah lelaki akan berjalan lancar. Sedih tak dapat joint.Dah namanya tak ada rezeki.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bila nak habis dah?? Ye ye ye.. lepas ini episod akhir

972 : Panggile Kelate >> Sana Sini - Episod 4 & JJMM >> Pasar Siti Khadijah

Apa yang di buka? Lokasi seterusnya ialah Pasar Siti Khadijah.Masih banyak kedai belum buka waktu tersebut.Anggaran menghampiri detik 10.00 pagi waktu Kelantan.

Memilih gerai 852 bernama Haji Nab Nasi.Nak makan apa ye untuk sarapan pagi ini? Jom tengok lauk pauk yang terhidang.

Banyak juga gerai di sini.Tapi kebanyakkan jual Nasi berlauk dan Laksam.Jadi pilihanku pepagi hari ini ialah... apa kah?

Nasi dage dengan ike tonggol + teh 0 (tiada dalam gambar) = RM4 (kalau tak silap) tetiba lupa la pulak.(byk makan semut kot!... ha ha ha ha)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Episod terakhir jalan - jalan sana sini di kelate akan menyusul selepas menghadiri majlis kesyukuran perkahwinan Nik Nurehan dan Mohd Khairi.

971 : Panggile Kelate >> Sana Sini - Episod 3

Lawatan sambil belajar yang seterusnya ialah ke Muzium Di Raja , Istana Batu.Fuh! nasib bukan zaman batu punya Muzium.

Pertama kali ke sini dan orangnya adalah tidak ramai kerana cuti sekolah sudah berakhir.

 Bayaran masuk RM 1 sahaja. Murahkan.Oklah bayaran masuk yang tak begitu mahal ke Muzium.

Antara ruang pameran yang terdapat di dalam Muzium Di Raja ini.Banyak lagi gambar - gambar, cerita dan salasilah Raja - raja di Kelantan ini ada disini.Marilah kita ambik tahu serba sikit pasal sejarah ye..walaupun....

Antara salah satu ruang beradu di dalam Istana ini.Ada beberapa bilik - bilik lain.Tapi ini antara satu yang menarik minat aku.Design katilnya.Cantik kan?

Ini pulak suasana ruang makan di Muzium Di Raja ini.Banyakkan kerusinya.Berbelas - belas tue..

Peta lokasi Muzium - muzium dan Istana - istana yang boleh di lawati.Memang dekat - dekat kecuali Muzium Negeri Kelantan jauh sikit.Penah pergi ke sana beberapa tahun lalu.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bila agaknya nak wujud Muzium 'Blogger' Malaysia?
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015