Tuesday, May 31, 2011

937 : MATTA Fair 2011 >> 12 - 14 August 2011


Akan datang pada August 2011 ini.Eh! bukan selalunya bulan September ke? Apa pun ianya sekali lagi berlangsung pada bulan puasa.

Apa yang aku cari? Erm... percutian berbulan dan bermadu + kasih sayang pada Januari 2011. Ok tak?
Dalam negeri atau luar negeri... yang jauh tak dekat akan di maklumkan kemudian. Kepada blogger - blogger yang suka cuti - cuti dan mereka yang nak merancang utk bercuti silalah pastikan anda tidak lepaskan peluang keemasan ini.Sila layari laman web rasmi ini Matta Fair

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Antara Sabah, Langkawi & Cameroon Highlands.Yang mana satu idaman kalbu?

Monday, May 30, 2011

936 : Promosi Kerja Kahwin @ Kompleks Kraf

Dari Mines menuju kembali ke Kuala Lumpur.Destinasinya ialah di Kompleks Kraf , Jalan Conlay. Tujuannya ialah jalan - jalan di Pameran Promosi Kerja Kahwin.

Banyak juga butik pengantin, katering dan mereka yang terlibat dalam perancangan perkahwinan terlibat dalam promosi ini.Tapi secara puratanya memang di luar budget aku la.Aduh!!! dalam kata lain 'mahal'.

Selain itu ada juga pameran barang - barang kraf, cenderhati, songket, kain dan lain - lain perkhidmatan melibatkan 'kerja kahwin' termasuk gerai makanan.Salah satu yang menarik hatiku ialah gerai menjual bahulu. Teringat kenangan dulu - dulu. Terutama time raya.

Kini pembuatan bahulu dah moden dan pakai mesin dan mickrowave.Tapi rasa bahulu yang di jual kat sini memang sedap.

Apakah ini? Agak - agak kau orang apa? Warna - warni kan. Isi didalamnya ialah kacang hijau.

Itulah namanya. Kalau ada masa lapang silalah datang ke Kompleks Kraf ye. Terutama pada yang merancang perkahwinan ujung tahun ini atau awal tahun depan. Survey - survey ye kekawan bloggerku sekelian.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Mengimpikan majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah.Tak perlu berlebih - lebih biarlah mengikut kemampuan sendiri.Lagi 20 hari? Aduh....

Kepada yang nak kawin ujung tahun ini selain survey - survey marilah kita membuat list nama jemputan.Takut nanti ada pulak nama yang tercicir.Nak jemput siapa yek?

935 : Read Malaysia '11 @ Mines

Aktiviti pagi ahad 29.5.11 di mulakan dengan jalan - jalan cari makan.Tetapi dek kerana awal sangat keluar rumah maka dengan ini 'Lain yang di rancang lain yang menjadi.'

Pada jam 9.30 pagi sudah berada di Mines Shooping Complex.Lagi setengah jam kompleks membeli belah tu nak di buka maka terpaksa memulakan misi mencari 'makan'.Sarapan pagi bersama roti canai & teh o.

Tepat 10.00 pagi bermulalah jalan - jalan mengukur Mines selama hampir 1 jam.Survey2 beberapa barang seperti jam, beg duit/tali pinggang.Ada juga yang berkenaan tapi....

Jam 11.00 pagi menuju ke ruang pameran Read Malaysia.Pesta buku yang hampir 95% ialah buku - buku berbangsa Cina.Jadi semestinya targetnya ialah masyarakat tersebut.Boleh di kira dengan jari jemari pengunjung melayu & india ke pameran tersebut.Kenapa aku pergi? Sahaja nak hiburkan hati. Hanya membeli sebuah novel (lama) yang belum ada dalam koleksi peribadiku. Diskaun hanya 10% tapi oklah.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak sabar nak tunggu Pameran Buku Selangor 2011 di SACC pada awal June ini (cuti sekolah) Alamak... ada budget ke?

934 : Ekspo Beli Barangan Malaysia @ PWTC

Lokasi kejadian ialah di PWTC.Dari Putrajaya aku terus menuju kembali ke Kuala Lumpur. Memang sunyi dan sepi di perkarangan PWTC.Seperti tidak ada apa - apa yang berlaku di dalamnya.

Suasana lenggang tapi masih ada lagi kelibat pengunjung yang hadir ke Expo Beli Barang Buatan Malaysia.Kenapa ini terjadi? Mungkin sebab ramai yang berkeluarga balik Kampung sempena cuti sekolah dan para belia pulak sedang berhimpunan di Putrajaya ketika itu.Mungkin kot!


Apa barangan Malaysia yang ada di sini? Macam biasalah perabot, pakaian, makanan dan lain - lain yang tak seberapa banyak dan meriahnya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kenapa Ekspo ini kurang sambutan? Adakah kurang publisiti atau rakyat Malaysia tak suka membeli barangan buatan negara mereka sendiri? Erm.....

933 : Himpunan Sejuta Belia @ Putrajaya

Cerita dah basi.Himpunan Sejuta Belai di Putrajaya sudah berakhir semalam.Kau orang pergi? Panaskan....awal - awal pagi aku dah ada disana.Hari kejadian aku ke sana ialah 28 Mei 2011 sekitar 10.30 pagi.

Macam - macam aktiviti ada.Bukan sahaja sukan, permotoran tetapi juga berbagai pameran termasuk pamera kenderaan tentera.Ada juga pameran TLDM & Bomba tapi tak pergi pun.Nun jauh disana.

Rasanya aku berjalan hampir 5km pergi dan balik.Memang penat tapi berbaloi la kerana menjadi salah seorang dari lebih 1 juta belia di Putrajaya.

Aktiviti lain? Macam - macam termasuk persembahan kebudayaan, kesenian, pelancongan, pameran pendidikan dan lain - lain (penat kalau nak menaip)


Antara persembahan di Pentas Karnival Kebudayaan.Papa rock... Ramli Sarip. Memang best!! live lagi. Memang banyak pentas la kat sini dan padat dengan macam - macam aktiviti serta melibatkan begitu banyak kementerian dan orang.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Tahniah untuk semua yang terlibat.Usaha & penat lelah mereka memang perlu di hargai.Erm... ada jom heboh juga (edisi khas) tapi.... macam kureng je...

932 : Novel Pilihan >> Kasih Yang Suci @ Nora Elena


Hasil karya novelist Alaf 21 Meen Zulaikha telah di dramakan.Kini sedang beraksi di Slot Akasia setiap Isnin - Jumaat dari jam 7.00 petang - 8.00 Malam semestinya di TV3.

Boleh baca selanjutnya di blog http://meen-zulaikha.blogspot.com/ ini. Memang ada beza antara novel dan drama bersiri.Bila sudah di jadikan drama maka jalan ceritanya telah di tokok tambah untuk menyedapkan cerita dan memberi lebih perisa seterusnya menjadi rasa lebih enak.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sudah membaca lebih dari 2 kali novel ini dan memiliki semua novel karya Meen Zulaikha.Semua novel dan karya tulisannya memang boleh 'masuk' dengan diri saya.

Adakah 'N' itu seperti Nora Elena? Bagi saya 'N' tetap dihati biarpun jujurnya saya sudah terpikat dengan Nora Elena a.k.a Siti Saleha seperti mana saya begitu teruja menyaksikan Nur Amina beraksi dalam Nur Kasih The Movie.

Sunday, May 29, 2011

931 : Kerana RM 500


Kerana RM 500 aku akan sampai ke Kota Bahru, Kelantan pada 12.6.11 Nanti.Insya-Allah. Terima Kasih kepada penyumbang untuk tabung kemelesetan ekonomi ini. Siapakah? Agak2 kau org siapa?
Malu tapi mahu ingin memberi tahu bahawa RM 500 tersebut ialah hasil rompakan. Ha ha ha.

Rompak siapa? Insan mana yang kena 'rompak' dan di 'rompak' biarlah menjadi tanda tanya. Apa - apa pun kerana Insan itu maka dapatlah aku menikmati RM 500 dan meneruskan niat suci dan murni untuk menghadiri hari bahagia seorang rakan blog kemudiaannya aktif menjadi sahabat di FB serta penah sekali berjumpa setahun lalu di alam nyata.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima Kasih untuk segalanya dan untuk RM 500 ini.

930 : Novel Pilihan >> Cinta Yang Kurasa (Anis Ayuni)


SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sebuah novel yang tebal dari Novelis Paling Popular Alaf 21 dan ini merupakan karya ke 10 beliau bersama Alaf 21.

Apa yang aku suka? Novel ini ada menyelitkan cerita pengalaman bercuti di Turkey dan tempat yang saya nak pergi yang itu Istanbul selain daripada Melbourne & Sydney Australia.

Harga asalnya ialah RM 25 tetapi sewaktu Pesta Buku mendapat diskaun 20% dan rasa sangat berbaloi.Buku ini di beli pada 1.5.11 dan sehingga ke 29.5.11 saya sudah membacanya sebanyak 2 kali.

Saturday, May 28, 2011

929 : Tak Tahu Yang Mana Satu >> Viva vs Inspira or Gen.2 ?

Impian saya supaya dihadiahkan kereta ini pada hari lahir ke 31 pada 11.11.11 boleh tak Cik 'N'

Tapi kalau dapat beli Viva kaler ni pun okie juga kan? Mana satu yek.. biru, hitam atau purple?

Kereta Inspira pun cun kan? Tambah - tambah kaler merah ini. Nampak serasi tak dengan aku?

Tapi kalau Gen.2 merah ni pun serasi gak kot dengan aku? Tak nak la warna biru.. tak tahu apasal. Macam tak masuk je? tapi....

Saya peminat Satria dulu... kini & selamanya. Dulu kala ada Satria Gti kan? Saya minat la tapi.....
dua pintu itu yang menjadi masalahnya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bila dah nak hidup berdua ini, kereta sudah menjadi satu keperluan. Tak tahu nak pilih yang mana satu.Nampak gayanya tunggu dan lihat sahajalah.

Friday, May 27, 2011

928 : Intro >> Restoran Songket




Hasil rompakan gambar dari blog http://blogmaya.com/ 

Silalah baca tajuk entry dengan klik http://blogmaya.com/ anda akan sampailah ke restoran tersebut dengan hanya melihat, membaca dan merasainya melalui mata ye!.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Minggu depan (lepas gaji) baru boleh serang restoran ini dengan officemate. Siapakah yang bakal menjadi mangsanya. Cik 'F' ooo cik F jom pegi sama - sama .

Thursday, May 26, 2011

927 : Filem >> Nur Kasih The Movie






Filem terbaru yang shaizhar tengok di panggung ialah Nur Kasih The Movie.Filem kesinambungan dari cerita rantaian popular di kaca TV kini menganas di panggung wayang pulak.

Boleh membaca juga pandangan blogger Suara Kasih. Setiap orang ada pandangan masing - masing. Ada yang tak tersentuh atau merasa bosan dengan filem Nur Kasih The Movie. Tepuk dada tanya selera. Citarasa manusia berbeza - beza. Ada yang suka dan ada yang sebaliknya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sebuah filem yang penuh dengan emosi.Muzik latar yang bisa menyentuh hingga ke sanubari serta sinotegrafi yang hebat dan lokasi pengambaran di Jordan yang sungguh mengkagumkan.

Kesudahan cerita yang menjadi penamat kepada sebuah kisah antara Nur, Adam & Aidil.

Wednesday, May 25, 2011

926 : Malu Tapi Mahu

Gambar di atas bukanlah gambar saya.Tetapi ianya mewakili diri saya.Biarpun saya sedar yang diri saya bukan seperti insan di atas.

Tajuk di beri untuk entry ini ialah 'Malu tapi Mahu'. Ya, benarlah dan sesungguhnya saya adalah seorang yang pemalu. (Ada aku kisah?) Apa yang saya mahu?

Terlalu banyak yang saya mahu.Bagi saya 'mahu' ialah satu kemahuan.Pada kehidupan hari ini kemahuan sudah menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan.Apa yang saya mahu?

Saya mahukan seorang teman, kawan, sahabat, kekasih dan 'isteri' yang boleh menerima saya seadanya.Memahami saya sebagai seorang insan bernama S.H.A.I.Z.H.A.R

Cik 'N' yang nun di sana. Semoga kehidupan hari - hari kita akan lebih berbunga - bunga bahagia. Insya-Allah.Saya sentiasa menjadi diri saya dan tak mungkin menjadi orang lain namun saya cuba menjadi lebih baik dari semalam untuk membina kehidupan yang lebih baik dari berbagai aspek.

Apa yang saya mahu & saya malu untuk katakan tapi semesti 'N' tahu.Kekurangan yang ada akan saya perbaiki kerana saya adalah insan 'yang tak sempurna'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Cintai insan yang mencintai kita dan terimalah orang yang menyanyangi kita. Saya sayang kamu 'N' .Bila kita sudah di 'ikat' itu memang bermakna saya begitu serius dan teramat menyayangi diri awak seadanya.Saya terima 'awak' seperti mana awak terima saya. Cinta? Ya. ada perasaan itu dalam diri saya.Namun saya tak suka ungkapkan dengan kata - kata sebelum sampai waktunya.Bila? Biarlah ianya lahir secara semula jadi.Apa sahaja yang saya lakukan itu menunjukkan perasaan saya.Keiklhasan dan kejujuran saya untuk menjadikan 'N' permaisuri hidupku. Ce waaah.

925 : Hutang Sana Sini


Ini bukan promosi blog ye.Tapi terpanggil untuk buat tajuk yang sama seperti rakan blogger saya ini.
http://hijaucantik.blogspot.com/2011/05/hutang.html sila klik dan baca.Setiap orang ada pendapat masing - masing.Dan setiap orang ada juga cerita mereka yang tersendiri berkenaan hutang piutang ini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kalau dah berhutang mesti lah kena bayar.Kalau tak berbayar mesti ada sebabnya kan?

Kepada insan berkenaan yang aku hutang duitnya akan cuba aku bayar biarpun sedikit demi sedikit.Tapi nasib baiklah orang yang aku berhutang tue sangat memahami.Terharu sangat.

Tapi, bila ada orang berhutang dengan kita dan tak tahu bila nak membayarnya perasaan sedih menyelebungi diri.Tapi akhirnya redha je la sebab yang berhutang itu adalah *tet (biarlah rahsia). Ish... mana leh cerita nama pun rahsia.Tak pelah kalau ada rezeki aku adalah kan.Kalau tak de nak buat macam mana.

Kesimpulannya mesti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.Mana ada manusia yang nak berhutang di sana sini. Kalau tak sebab menyebab aku pun tak nak berhutang ni.Hutang budi di bawa mati, hutang duit ringgit di bawa ke mana yek?

Tuesday, May 24, 2011

924 : Tiada Lagi 'Mood'


Entry terakhir di blog Contest Sana Sini ialah pada 5.5.11 Adalah diumumkan bahawa saya sudah hilang 'mood' mahu joint Contest Sana Sini.Ingatkan mood update blog personal je sudah hilang tapi blog Contest Sana Sini   pun turut terjebak sama.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak tahu bila akan kembali joint Contest Sana Sini  Hanya takdir penentu segalanya. Terima Kasih pada yang sudi singgah ke blog Contest Sana Sini  walaupun tak ada update contest terbaru di mana - mana.

Monday, May 23, 2011

923 : Something BIG is Back? Tapi.....


Apa kejadahhnya.....teeeet....  Bengong kan? Nak buka tengok harga pun berejam tak lepas2  juga Ini kan pulak kepada mereka yang nak membayar.Kau orang senasib dengan aku ke?

Ini semua gara - gara terpengaruh dengan rakan blogger iaitu
http://anakomak6.blogspot.com/2011/05/something-big-is-come.html  
siap bagi tahu lagi kat FB (countdown) kau hegat tahun baru dan merdeka ke nak coundown. ha ha ha.

Klik je la baca kat situ.Kau orang akau tahu ceritanya. Ada aku kisah? kan.....


Agaknya kau orang kaki jalan & terbang sana sini tue selamat pergi dan kembali semula la ke tanah air tercinta yek!. Manalah tahu pergi tak mau balik kan.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Aku nak gie honeymoon kat *tet* tapi tunggu cik 'N' seponser atau Dapatkan seponser + hadiah kawin kita orang (ha ha ha ha) sapa sanggup? Tak pe Matta Fair Sept'11 ni mau tengok destinasi hanimunan paling best. Kau orang nak ikut?

922 : Plan A, B , C & D


Plan A  telah gagal dan perasaan bersyukur sangat sebab plan tersebut berjaya pembayarannya adalah hampir 2 kali ganda.

Plan B juga baru di maklumkan gagal.Puncanya tidak dapat di kenal pasti.Mungkin kerana kad besi yang tidak konsistent pembayarannya.Aduh... good bye Al-Rajhi.Mungkin bukan rezekiku.

Plan C kembali ke cik CIMB iaitu tempat saya membuat pinjaman perumahan.Insya-Allah peluang lebih cerah kerana saya akan buat re finance pinjaman tersebut.Tetapi akhirnya plan ini juga gagal.

Plan D iaitu plan terakhir yang saya ada.Dengan tak malunya saya akan bertentang mata dengan ayah 'N' sekiranya plan C ini gagal.Tapi saya berdoa semoga plan C akan terlaksana dengan jayanya.

Nampaknya ada Plan tambahan.Hanya mampu berdoa dan berharap agar ianya di permudahankan (A-Min)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada hikmah di sebalik semua ini.Apa pun akan aku harunginya dengan penuh ketabahan dan kecekalan.

Sunday, May 22, 2011

921 : Novel Pilihan >> Nyanyian Syahdu

Kenal siapa? Wah! tentu ayah dan juga ibunya berbangga kerana anak sulungnya telah berjaya menjadi seorang penulis novel dan mewarisi bakat serta meneruskan kesinambungan karya ibunya.Siapa ibunya? Lain dan tak bukan tentunya Puan Chef Selebiriti kita dan juga novelis terkenal Puan Norzailina Nordin.

Karya pertamanya dengan Alaf 21 bertajuk Nyanyian Syahdu.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sebuah karya yang ringgan dan percubaan yang baik. Cerita tentang dunia hiburan dan Fan Club (FC) di olah secara baik berdasarkan kepada pengalaman beliau. Fantik Adam AF2 ni.

Entry ini sudah lama terperam dan nyaris2 menjadi perkasam.Akhirnya semua entry di sini sudah di auto update setiap hari.

Saturday, May 21, 2011

920 : Siapa 'N'?


Siapa 'N'? Beliau ialah seorang wanita yang telah berjaya mencuri hati Shaizhar . Beliau menerima diri Shaizhar dengan seadanya. Bagi Shaizhar dia adalah seorang wanita yang telah di takdirkan menjadi permaisuri hidupku untuk mengharungi susah senang dan meniti perjalanan hari - hari mendatang.

Siapa 'N' ? Dulu 'N' seorang blogger dan kini 'N' kembali menjadi blogger.Beliau juga 'wujud' di FB dan kebelakangan ini kerap berkomunikasi di YM juga ber SMS. Jujurnya sehari tak ber SMS rasanya hidup tak lengkap. Miss Call maksudnya I Miss 'N'.

'N'? Ya... sudah hampir 4 tahun kami kenal mengenal.Dari alam maya kini di alam nyata. Februari 2010 merupakan pertemuan pertama kami dan 3.3.11 merupakan satu detik di mana saya begitu serius dalam perhubungan ini.

'N' yang saya kenali cuba untuk mengenali siapa Shaizhar yang sebenar. Ikhlasnya bila saya nekad melakukan sesuatu akan saya pastikan ianya menjadi kenyataan.

'N' percayalah saya terima awak bukan kerana harta benda mahupun rupa paras. Tapi saya terima awak kerana awak adalah yang terbaik untuk saya.Paling serasi dan sesuai dengan jiwa Shaizhar.

'N' adalah anak sulung kepada 7 beradik sedangkan Shaizhar anak bongsu yang ke 4 dalam keluarga. Saya pasti ini keputusan yang saya sudah buah.Menjadi 'bakal' menantu dalam keluarga adalah satu cabaran yang akan saya harungi.Menjadi 'abang' kepada adik - adik yang lain termasuk adik2 ipar adalah satu yang tidak penah saya rasai & lalui sebelum ini.Ternyata Tuhan begitu adil dan memberi peluang terindah ini untuk saya memilik adik - beradik yang ramai.

Siapa 'N'? Wahai Geng K.A.M.I.E... Nak tahu siapa 'N' nak kenal siapa 'N' anda dijemput ke majlis penuh bersejarah 'S' & 'N' pada 19.6.11

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Selain ahli keluarga  Geng K.A.M.I.E. merupakan saudara paling rapat dan terbaik telah diciptakan Illahi kepada saya.Wahai Geng K.A.M.I.E.. Anda tahu siapa anda? Sila lah bagi tahu sama ada boleh dtg atau tidak ke majlis saya nanti. Check Geng K.A.M.I.E. di FB.

Rindunya sama Geng K.A.M.I.E. bila mau gathering2 lagi?

Friday, May 20, 2011

919 : Sentuhan Nin's

Alhamdulillah saya telah mendapatkan sentuhan Nin's sebagai pengubah hantaran impian saya. Berminat? Sila layari laman blog ini


Inilah pilihan saya.Insya-Allah, 19.6.11 akan menjadi saksi bahawa saya begitu serius untuk menjadikan 'N' sebagai teman hidup saya.Nantikan liputan penuh gilang gemilang acara tersebut.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :  Hantaran dari hati ialah hadiah untuk 'S' kepada cik 'N' siapakah 'N'?

Thursday, May 19, 2011

918 : Sebulan lagi >> Apakah?


Menghitung hari detik demi detik. Lagi sebulan.Ada apakah pada 19.6.11? Saya telah merancang sesuatu. Yang dimaksudkan di sini ialah akan melaksanakan sesuatu niat yang suci murni tanda saya begitu jujur dan ikhlas untuk menjadikan ikatan dua hati menjadi 1 dengan satu talian yang lebih sempurna.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Geng K.A.M.I.E jom meriahkan majlis ku nanti. Pada yg lain jangan bersedih ye. Majlis bahagia berikutnya akan ku cuba menjemput kalian.Insya-Allah.Doakan semuanya berjalan lancar dan sempurna.

Wednesday, May 18, 2011

917 : Bersawang Sudah Blog Ini


Gempaq tak tajuknya? Mood utk blogging kebelakangan ini adalah sangat teruk dan penyakit ini juga di kuatiri berjangkit kepada mereka - mereka yang membaca entry ini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Mengitung hari detik demi detik. Lagi sebulan? Alhamdulillah semoga semua yang dirancang menjadi kenyataan.

Wednesday, May 11, 2011

916 : Enam Bulan Lagi... >> Hari ini 11.5.11

Hari ini 11.5.11 lagi 6 bulan (Insya-Allah) akan muncul 11.11.11.Ada apa dengan tarikh itu?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Dah berhari - hari blog bersawang.Akhirnya update juga walaupun ringkas tapi padat dan penuh dengan makna. Apa maknanya? Jawapannya hati sedang berbunga - bunga.Bukan ada taman je tapi dah jadi theme park la..(Semoga apa yg dirancang menjadi kenyataan)

Wednesday, May 04, 2011

915 : GA 11 - Hadiah Utama >> Pemenangnya

Maaf sebab lambat keluarkan keputusan kerana masalah - masalah yang tidak dapat di elakkan.Calon - calonnya ialah :

siapakah yang akan menang hadiah - hadiah ini?

Beg sandang warna merah dari singapore dan dompet duit siling.Dari kiri FM PD, Melaka, Penang & Labuan. Key Chain Melaka, Sabah, Muzium Telekom & KL Tower. (Jumlah : 11) Tajaan S.H.A.I.Z.H.A.R



Tajaan : Sis Lin

Menjadi milik??



Tahniah.Jangan risau tak payah email alamat.Dah ada pun.Tunggu nak pos je.
Terima Kasih kepada semua yang menyertai GA 11 - Hadiah Utama.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015