Saturday, April 30, 2011

914 : Misi Hari Ini >> Nilai 3, Negeri Sembilan

Hari ini 30.4.11 akan berada di Nilai 3, Negeri Sembilan Darul Kursus. 

Untuk tujuan apa? kenapa? mengapa? Insya-Allah tunggu je entry mendatang.

Friday, April 29, 2011

913: JJMM >> Full House, Jalan Yap Kwan Seng

Lokasi jom - jom makan makan ialah di Full House, Jalan Yap Kwan Seng

Dekorasi di dalam Full House.Penuh dengan warna putih.Suci & murni sangat kan.

Suasana di tingkat atas Full House.Ada yg berkenaan tetapi.....

Ice Lemon tea.Makan ber2 (dengan tunang org) seperti gambar jari - jemarinya asyik berFB. Unikan teknik strawnya.Tak berbelik ke nak minum nanti?

Soup hari ini.Sedap dan boleh diterima dek tekak ianya termasuk dlm harga set lunch tersebut.

Chicken Chop dengan sayur - sayuran seperti lobak,kentang dan baby kailan sangat berkhasiat.Namun yang mengecewakannya sampai ke sudah tak sampai cili sos.Eh! Boleh kan minta cili sos? he he he..

Sekian sessi Jom Jom Makan - Makan kali ini. Cuba lah try tanpa was - was.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada isu timbul iaitu Halalkah restoren Full House? Apa pendapat kau orang?

912 : Selamat Datang "Sha' >> Yg Ke 12

Alhamdulillah hari ini 29.4.11 pada sekitar jam 7.24 am Lahirlah ke dunia cahayamata ke 4 abangku Shafendi dan isterinya Suzana.

Di umumkan inilah anak buah ku ke 12. Woooow ramai kan? he he he he.. jadi lengkaplah semua adik beradikku mempunyai 4 orang anak kecuali aku.Kakakku Shahida anak sulung, 4 orang hero, abangku Shafendi 3 anak lelaki (termasuk yg baru lahir) dan 1 orang anak perempuan yg cute muet sementara abangku Shafirol mempunyai 2 anak perempuan dan 2 anak lelaki.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Insya -Allah (Dengan Izin Allah) kalau di masa mendatang aku kawin dan kemudiannya ada anak semestinya nama anakku adalah 'SHA' mesti meneruskan tradisi nama keluarga 'SHA'. Kepada si 'dia' harap dapat terima dengan hati terbuka.

Tak sabarnya nak gie jumpa baby ke 12 nie. Nasib baik hujung minggu ni cuti panjang. He he he. Gie hari ahad petang la.Insya-Allah.

Nota S.H.A.I.Z.H.A.R buat masa sekarang memiliki 7 orang anak saudara bernama 'SHA' tak termasuk anak buah ke 12. Semestinya akan dinamakan 'SHA' juga.. Sha apa yek? Tunggu.....

Rindu sama Shazatul Azira, Shazaril Niem, Shaazrif Afwan & Shazanis Najwa nun jauh di Kota Kinabalu Sabah.

911 : Temui S.H.A.I.Z.H.A.R di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011


Temui saya blogger tak popular lagi glamour dengan karya pertama & terakhir saya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Tarikh : 1.5.11      Masa : 11.11 am  sehingga sebelum senja.    Lokasi : PWTC

Kepada peminat saya atau pembaca blog ini yang nak jumpa saya in person dan dapatkan tandatangan saya untuk buku saya yang pertama & terakhir bertajuk "Tiada Tajuk Lagi' sila tinggalkan email anda disini atau emailkan kepada shaizhar@yahoo.com saya akan berikan no h/p kepada yang sudi berjumpa saya sahaja.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Buat masa ini ada temujanji dengan 'N' dengan adik 'N' serta Kakak 'N' pada hari kejadian..Eh! Kakak N tue bekas rakan sekerja yang sekarang ini sedang berbahagia di tempat kerja baru dan sentiasa aktif di BB dan FB. I like! Ish.. kau org ni jangan percayalah.Saya ini bukan penulis novel la. Hanyalah blogger picisan yg tegar. ha ha ha ha.(I'm sorry)

Wednesday, April 27, 2011

910 : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 >> Intro

Alhamdulillah akhirnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 kembali lagi.....

Macam biasa Karangkraf menjadi pilihanku.Memang meriah kat sini.Selesa dan tersusun.Tapi dengar khabar kat FB Alaf 21, ramainya manusia yang mencuri? Ish..ish... teruknya perangai.Erm....

Tengoklah sendiri.Ramai kan orang? Memang luas la dan sangat santai dan berbaloi - baloi kalau singgah ke sini.

Akhirnya novel baru ke 10 Cikgu Anis Ayuni kembali lagi.Insya-Allah akan ku beli pada kunjungan ku yang akan datang.

Kepada peminat Novelis Ramlee Awang Murshid silalah dapatkan novel terbarunya berjudul Sutera Bidadari.

Novel pertama anak novelis Norzailina Nordin dengan alaf 21 sudah berada di pasaran berjudul Nyanyian Syahdu.Antara salah satu novel yang akan ku beli (belum gaji la.. hu hu hu)

Beli harga pakej pun berbaloi juga.Jimat sangat boleh tengok ye tajuk2 novel tersebut.

Yang ini pakej untuk novel bulan Mac.Hanya novel Dhiya Zafira berjudul Hati Bergetar Rindu sudah ku miliki.

Ini pulak novel untuk pakej bulan Feb'11.Kalau ada yang nak hadiahkan aku terima je. siapakah?

Kepada peminat NB Kara boleh ke dewan utama.

Antara satu lagi yang menjadi pilihanku ialah di Telaga Biru.Kenapakah?? Lokasinya terletak di ruang terbuka berhampiran CIMB Bank

909 : AF 9 >> Minggu Ke 3

Mr. Bola - Bola.Milik siapakah utk AF 9??

Suasana di lantai tari bila mana cikgu Aris mengajar Nera menari dan Pak Nil bersama beberapa pelajar lelaki memberi komen itu dan ini 

Dan bermulalah Dairi AF 9 - Sesi Penilaian Akhir.Hari apakah? Biarlah rahsia.....

Antara pelajar yang sentiasa konsistent setiap minggu dan aku berharap akan mengegarkan konsert akhir AF 9.Insya -Allah

Apa yang di pandang oleh Raqib? Sebenarnya time tue family dia datang.Bapa & maknya serta adik beradik.Melepaskan rindu la tue...

 Azri beraksi depan tengah pengajar pada sesi penilaian akhir.Mampukah dia melangkah ke pentas akhir? Rasanya Insya-Allah tapi beliau kena ada identiti sendiri terutama dari segi vokal.

Mereka dah menjadi Juara AF terdahulu.Siapakah yang ke 9?? Mampukah Hazama & Fina bersaing dan mencabar pelajar AF 9 yang masih tertinggal??

Friday, April 22, 2011

908 : Pengumuman >> GA 11 - Hadiah Utama


 Pemenangnya sudah di kenali pasti... tapi minta maaf hadiahnya tak dapat di paparkan di sini buat masa ini
 kerana keputusannya akan diumumkan pada Isnin ini, 25.4.11 (Insya-Allah)

Nak tahu jawapannya ??

Segmen Utama siri 11/11 : Namakan tempat kerja S.H.A.I.Z.H.A.R sebelum ini ?
ada ramai yang salah kat jawapan ni dan jawapannya ialah...) Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd

Thursday, April 21, 2011

907 : GA 11 - Hadiah Utama

Sticky Post sehingga 11.11 pm pada 21.4.11
Entry GA 11 - Siri 11/11 tajaan blog ini di bawah entry ini
jawapannya semua di blog ini.Selamat mencari & memberikan jawapan.

-->

Ini pengumuman penting.Sila baca dengan teliti.Sebarang pertanyaan/ soalan sila komen di entry ini
Letak Banner
Letak Soalan (tanpa jawapan)
Hantar penyertaan di entry ini
email jawapan ke shaizhar (at) yahoo (dot) com

  Hadiah Utama 
(Soalan terkumpul )
segmen 1 /11 , 2/11 , 3/11,  4/11 , 5/11, 6/11 , 7/11 , 8/11 , 9/11 , 10/11 & 11/11

Segmen Utama siri 11/11 :  Namakan tempat kerja S.H.A.I.Z.H.A.R sebelum ini ?
 Segmen Utama siri 10/11 : Adakah Azatie sudah berkahwin?
Segmen Utama siri 9/11 : Apakah warna kegemaran pemilik blog Bisikan Hati yakni Sis Lin?
Segmen Utama siri 8/11 : Apakah 'tagline' di header blog Chanteq Hijab  ?
Segmen Utama siri 7/11 : Nama syarikat & no pendaftaran untuk company http://www.ellismeliashoppe.com/ ialah?
Segmen Utama siri 6/11 : Apakah lagu tema di blog N.A.Z.U.H.A.W.A.H.A.R.P (nama lagu & penyanyinya) ?
Segmen Utama siri 5/11 : Apakah nama anak Nana + Amrul?
Segmen Utama siri4/11 : Berikan No.H/P (tel bimbit) Zuneta untuk pelanggan membuat  tempahan ?
Segmen Utama siri 3/11 : Di manakah an-wardrobe beroperasi (negeri) ?
Segmen Utama siri 2/11 : Apakah alamat email untuk berhubung dengan pemilik blog umiliza989 ?
Segmen Utama siri 1/11 : Bilakah blog Contest Sana Sini di buka secara rasminya?



Cara menyertai
Buat 1 entry dengan Tajuk -) GA 11 - Hadiah Utama
 mesti ada banner GA 11
mesti copy & paste 11 soalan di atas utk setiap segmen dan 
tidak memberikan jawapan di entry tersebut
dan mesti hantar penyertaan di entry blog S.H.A.I.Z.H.A.R shj


Cara menghantar penyertaan
Email jawapan ke shaizhar@yahoo.com
cthnya :
siri 1/11 : 01.01.01
siri 2/11 : abc@xyz.com
siri 3/11 : negeri (x)
hingga
siri 11/11 : jawapannya ?

sertakan url blog (entry) 
TIDAK perlu memberi jawapan pada entry tersebut
JIKA JAWAPAN DI BERIKAN dlm entry berkenaan , penyertaan akan 
DI BATALKAN
Mencari yg paling cepat & pantas serta mengumpul markah tertinggi
Hantar sebelum 11.11pm 21.4.11

HADIAH????
Akan dimaklumkan kemudian.... yg pasti seorang pemenang dengan 11 hadiah yg lumayan dari penaja - penaja GA 11

******************************************************************
Terima Kasih atas sokongan semua peserta GA 11 dari Siri 1/11 - 11/11 selama 11 hari dengan 11 penganjur.

Wednesday, April 20, 2011

906 : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011



Seperti biasa Karangkraf & Alaf 21 menjadi pilihan saya.Jumpa disana ..di sana

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kalau nak minta si 'dia' bagi hantaran buku - buku agama masa balas hantaran nikah ok tak? Tak pun VCD/CD Lagu nasyid/dakwah.

Buat lain daripada yang lain.Majlis perkahwinan di pihak perempuan berkonsepkan 'Islamik' agak2nya aku kena pakai jubah & serban ke?

Angan - angan.... semoga impian menjadi kenyataan. Eh! larik tajuk daaaah....

905 : Bila 'dia' ingat >> Kisah Silam


Ish.. ish.. buruknya rupanye. Rasanya aku tak seteruk gambar dia atas. Cuba aku bengang bila 'dia' suka nak sebut - sebut Encik Kisah Silam.Ada aku sebut pasal kisah suka duka aku bercinta dahulu kala? Kenapa nak dikenang benda yg lepas

Kenapa aku bengang ? Kerana yang berlalu biarlah berlalu kehidupan harus di teruskan (ce waaah)
Bukan aku tak penah bagi tahu. Tapi tak apalah harap ianya menjadi peringatan bersama. (poyo aku ni)

Kenapa harus takut pada bayang - bayang sendiri ? Pada diriku kena kuatkan semangat dan hadapi kenyataan serta teguh dengan pendirian demi masa depan yang gemilang dan cemerlang .

Bengong la orang yang menggangu orang lain tu.Cubalah mulakan hidup baru dengan membina rumah serta tangga sendiri dan tidak cuba merobohkan istana yang 'dia' bina bersama aku. (la la la)

Tukar no h/p ? Itu bukanlah penyelesaian terbaik.Apa pun semuanya terpulang pada diri sendiri.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Fuuuuuh.... rasa lega sebab dapat luahan perasaan di sini. Pada 'dia' i ok je. Buatlah apa yang terbaik.

904 : Pengumuman >> GA 11 [Hadiah Utama]

-->

Ini pengumuman penting.Sila baca dengan teliti.Sebarang pertanyaan/ soalan sila komen di entry ini

  Hadiah Utama 
(Soalan terkumpul )
segmen 1 /11 , 2/11 , 3/11,  4/11 , 5/11, 6/11 , 7/11 , 8/11 , 9/11 , 10/11 & 11/11

Segmen Utama siri 11/11 : akan muncul esok........

Segmen Utama siri 10/11 : Adakah Azatie sudah berkahwin?
Segmen Utama siri 9/11 : Apakah warna kegemaran pemilik blog Bisikan Hati yakni Sis Lin?
Segmen Utama siri 8/11 : Apakah 'tagline' di header blog Chanteq Hijab  ?
Segmen Utama siri 7/11 : Nama syarikat & no pendaftaran untuk company http://www.ellismeliashoppe.com/ ialah?
Segmen Utama siri 6/11 : Apakah lagu tema di blog N.A.Z.U.H.A.W.A.H.A.R.P (nama lagu & penyanyinya) ?
Segmen Utama siri 5/11 : Apakah nama anak Nana + Amrul?
Segmen Utama siri4/11 : Berikan No.H/P (tel bimbit) Zuneta untuk pelanggan membuat  tempahan ?
Segmen Utama siri 3/11 : Di manakah an-wardrobe beroperasi (negeri) ?
Segmen Utama siri 2/11 : Apakah alamat email untuk berhubung dengan pemilik blog umiliza989 ?
Segmen Utama siri 1/11 : Bilakah blog Contest Sana Sini di buka secara rasminya?



Cara menyertai
Buat 1 entry dengan Tajuk -) GA 11 - Hadiah Utama
 mesti ada banner GA 11
mesti copy & paste 11 soalan di atas utk setiap segmen dan 
tidak memberikan jawapan di entry tersebut
dan mesti hantar penyertaan di entry blog S.H.A.I.Z.H.A.R shj

(esok ye.. 21.4.11)

Cara menghantar penyertaan
Email jawapan ke shaizhar@yahoo.com
cthnya :
siri 1/11 : 01.01.01
siri 2/11 : abc@xyz.com
siri 3/11 : negeri (x)
hingga
siri 11/11 : jawapannya ?

sertakan url blog (entry) 
TIDAK perlu memberi jawapan pada entry tersebut
JIKA JAWAPAN DI BERIKAN dlm entry berkenaan , penyertaan akan 
DI BATALKAN
Mencari yg paling cepat & pantas serta mengumpul markah tertinggi


HADIAH????
Akan dimaklumkan kemudian.... yg pasti seorang pemenang dengan 11 hadiah yg lumayan dari penaja - penaja GA 11

******************************************************************
Terima Kasih atas sokongan semua peserta GA 11 dari Siri 1/11 - 11/11 selama 11 hari dengan 11 penganjur.

903 : Follower's S.H.A.I.Z.H.A.R vs MyShaizhar

Blog S.H.A.I.Z.H.A.R memiliki 360 follower's setakat hari ini 20.04.11
blog yang telah di buka beberapa tahu lalu tetapi hanya sejak 01.01.11 barulah konsep follow memfollow di amalkan
manakala



Yang dibuka pada 02.02.11 telah mempunyai 340 Follower's

Antara kuantiti dan kualiti mana lebih penting??

902 : Menang tapi penganjur yang mungkir janji!

Saya marah.. kamu geram... saya jadi baran dan !@#$%^&*()_+
(yg gambar atas tue adalah hasil copy dari google)

Ada kawan blogger buat entry gempaq punya tajuk
klik klik klik dan komen kalau KITA semua senasib

siapa dia?  nana na na na na.. Saya pun terpanggil nak buat entry juga la.

 terlebih dahulu saya nak minta maaf kalau entry ini menyakitkan hati penganjur atau follow penganjur mahupun para peminat beliau di alam maya dan juga di alam nyata.

kenal siapa ini? Popular lah sangat masuk surat khabar sana sini. Ada aku kisah? Akan ku remove kemenangan ini dari blogku. (Blog aku suka hati aku) Di khabarkan semua yg joint dapat hadiah.Kalau betul dia ada hantar dan alamat salah/hadiah di curi aku maafkan je la.Tapi kalau sebaliknya... lu pikiq la sendirian berhad

next....

  popular ke? Ntah la.. bagi aku biasa - biasa je. Hadiahnya pun dah tak ingin apa yang aku dapat.Kononnya aku pemenang kategori lelaki.Tapi???....

seterusnya...

Doktor katanya??? Bagi aku Doktor ke peguam ke majestic mahupun ahli music mereka adalah 'makluk Allah'. 

http://rodzilarodi.blogspot.com/2011/01/gift-to-give.html

Inilah rupa paras blognya...

Mungkin doktor sibuk tak sempat nak hantar hadiah saya.Tak pe lah saya halalkan je la.Kata pun menang saguhati kan.

dan terbaru ada lagi Giveaway March bertajuk

GiFt To GIVE: MASUK HOSPITAL???

tapi sampai ke sudah belum ada result.



tarikh tutup: 15 MAC 2011 (dilanjutkan kepada 31 MAC 2011)

tapi dah 20.4.2011 masih lum ada keputusan.

Nampaknya saya kena blacklist diri sendiri daripada turut serta joint GA/Contest dari blog Doktor. Maaf ye.

Ada lagi yang baru umum result dalam sebulan tue malas la nak publish dulu. Tunggu lah masa dan ketikanya mungkin giliran anda pula.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kalau rasa diri tak layak jadi penganjur Contest/Give away/ Lucky Draw janganlah mencuba nasib ye. Jadi sahajalah peserta.Nampaknya lepas ini diriku juga akan jadi peserta sahaja dan harap tak menjadi mangsa penganjur yang mungkir janji!!!


901 : Akhirnya ... Kemenangan Minggu Ini Bermula


Rezeki..rezeki.. selalunya bertuah hari isnin tetapi kini muncul pula tuah hari selasa. Last week pun menang hari selasa juga.Syukur alhamdulillah.Nak baca penyertaan sila klik sini


Apa agaknya hadiah yang bakal di menangi? Aaaaah tak kisahla janji free kan. he he he he. TQ penganjur

900 : Aku Menang Lagi >> Cerita Minggu Lepas

Yahooo.. last week menang contest baby with uncle @ aunty giveaway. Hadiahnya menarik gak. Nak tahu anak sapa yg aku 'culik' buat bahan kajian untuk menang? (ish... apa punyer bahasa la)

anak sapa nie wooooi?? Mestilah boleh menang sebab uncle & babynya pakai baju tidur. Kau orang ada? Alamak penaja lokasi & party tue kena kasi hadiah juga ke? Agak2 kau orang lokasi ni kat mana? Alamak.. rindunyer ngan Rayyan... klik sini

Lepas tue menang lagi TOP UP RM5 dan dah dapat hadiahnya.....

Lagi menang dan terus menang dari blog  AdanyaKauUntukku




Yahooo... simpan ye cik Retna/Ako bila mau jumpa.Jom la makan durian.. saya TAK belanja. Saya ujung bulan baru gaji.

Kemenangan seterusnya ialah di blog http://berkatalahdia.blogspot.com/ menang apa?

PEMENANG PESERTA PALING RAJIN
TQ penaja iaitu

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Minggu ini TIADA kemenangan lagi atau aku terlepas pandang? Aduh.. Isnin 18.4.11 yang tak bertuah. Mungkin dah tak ada tuah lagi? Tak apa la ada rezeki tak kan ke mana kan?


Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015