Thursday, March 31, 2011

867 : Ada apa dengan >> AF 9


Ada apa dengan AF 9.Khabarnya yang terakhir? Boleh di terima akal ke? Ooooops~!! mesti lebih meriah sebab Aznil Hj Nawawi akan kembali. Tak sabar menantikan kelainan dan siaran pertamanya April 2011 ini...

866 : Nak Kawin.. Nak Kawin >> Tapi.... duit tak ada

Nak kawin.. nak kawin.. tetapi duit tak ada.. macam mana nak buat?

A : Pinjam Ah Long
B : Pinjam Bank
C : Jual Rumah
D : Rompak  Mintak kat Bapa Mertua
E : Minta 'bakal isteri' seponser

Awak... oooo awak yang mana satu yek? Ke nikah je tak yah buat kenduri besar - besar?

865 : Hantaran Pertunangan >> Tujuh (7) vs Sembilan (9)


  1. Cincin merisik dan cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek (cupcakes)
  6. Buah
  7. Coklat atau manisan lain
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb

Eh! cincin di kira sebagai hantaran dlm 9 tue ke?? Kalau termasuk apa barang di atas tak perlu diberi bagi menjadikannya tujuh (7)

Woow.. menarik x cupcakes mcm nie?? hasil cilok dari google.com

Kau orang ada idea lain? sila kongsikan kat sini. Tahu mana - mana rakan blogger's yg bisnes online buat cupcakes/cakes/gubah hantaran dll. Kongsi - kongsikan la.

864 : Mencari Peluang Lain >> Selepas 7 Bulan

Saya mencari kerja baru? Kenapa... tak percaya. Sebenarnya saya menanti tawaran daripada bakal bapa mertua.Eh! perahsantan la sangat.Maksudnya si 'dia' punya bapa memiliki perniagaan tersendiri.Al maksudnya lagi ada syarikat la.Tue la agak - agak ada peluang tak untuk saya?

Sebenarnya sebelum kerja kat company 'c' saya penah minta kerja kat sana.Kenapa saya tak dapat? Mungkin sebab bukan rezeki saya masa tersebut.Lagi pun tak ada kekosongan jawatan yang sesuai dengan saya.

Insya-Allah kalau ada rezeki tak kemana kan. Saya mungkin bersedia melangkah pergi dari company 'c' dalam bulan 6 ini ke.Kalau joint syarikat 'bakal mertua' pada 17.6.11 ok gak? Eh!! beranganlah engkau shaizhar.. He he he.. bermimpi di siang hari la kau. Duuuuush... Eh! tak salah kan berangan - angan.

Ingat dulu masa kecik- kecik cita - cita nak jadi cikgu la.. akauntan la.. bisnesman la.. Akhirnya?? Aku jadi
Customer Service, Clerk, Sales Clerk, Marketing Clerk, HR Clerk, Secretary sampailah sekarang HR Assistant. Harap - harap lepas ini adalah peluang jadi HR Executive (Aaaaaaaa berangan lagi engkau yek!)

Melampau tak entry ini.Sambil menjeling rumah sebelah di E-11-11.Ish.. dari tahun lepas(sejak pertama kali melangkah ke rumah itu) rasa macam terpanggil - panggil pulak. Macam ada satu aura la. Sebelas? Ya! memang 11 sangat serasi denganku kerana aku di lahirkan pada 11 haribulan pada bulan 11 dan kini aku tinggal di rumah no 11 walaupun bukan di tingkat 11.

Ciiiiiiss... dah bertukar tajuk tetiba... apa pun.Kita hanya merancang tuhan yang menentukan ada 11 sebab menyebab aku nak tinggalkan company 'c' salah satunya adalah kerana 'perempuan itu' siapakah? Biarlah terus menjadi tanda tanya sehingga ke akhirnya.

Sekian cerita Mencari Peluang Lain.Kalau dah rezeki tak kan ke mana. Tak gitu? Bukan terlalu berharap tetapi cuba berusaha untuk mendapatkan pengalaman baru, bidang 'industri' baru serta kawan - kawan baru + ilmu pengetahuan baru atau dalam kata lain 'DUNIA BARU'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : "Hanya Tuhan Yang Tahu'

863 : Jemputan >> Kembali ke Kg Selarong Lalang Kiri =) Part 3

Akhirnya muncul juga part 3.. Biasalah membalas hantaran dari pada rumah sebelah dekat E-11-11 dengan amaran jangan copy mengcopy alamat signboard kampung saya ini. (boleh kan?) he he he. TQ

Oooo mau bawa adik lelaki yek? boleh..boleh.. Kat Kg saya memang banyak hotel/rumah menumpang ni. Kalau nak naik kereta pun ok gak.Boleh singgah menyinggah.Lalu Selangor/Perak/Penang kalau nak ke Perlis pun ok gak.Jalan - jalan cari pasal.Eh! silap.. Luas perjalanan lebih pengalaman. Kan..kan..kan..Boleh membeli belah apa yang patut

Tetiba cousin aku nie nak balik kg time tue? Eh! Puan Edat.. leh jumpa kat KL le ..silap..silap Selangor :p ckp je bila? One Utama? IKEA? boleh je... Solaris pun ok gak.Tak penah sampai.. la la la.

Eh! cerita pasal part 3 ni.. Memang la kena minta izinkan. Insya-Allah dalam tengah bulan ni ke jumpa Tn Hj. Tapi mau jumpa di mana? di rumahkah? di office kah? atau... terus ke masjid?? ha ha ha (leh terus nikah) amboi...amboi.. kursus nikah pun belum pergi. Ada hati mau terus nikah segera yek. Ingat konsep meggi ke?

Lagi apa yek? Nampaknya cerita nie nak masuk konsep part 2 & kini part 3.. Aku rasa mesti ada part 4 punyer.. kan..kan. I Like!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nasiblah kat offfice x boleh FB.Kalau tak mesti tak buat kerja.

862 : Pengumuman : GA 11 (11.4.11 - 21.4.11) >> 11 Hari lagi.....


Pengumuman dari bilik sebelah. SINI

Hasil karya Nabila Medan telah di ubah suai oleh Contest Sana Sini.

Bila ? 11.4.2011 sehingga 21.4.2011

Masa ? Setiap hari bemula 11.11am - 11.11pm kecuali (hujung minggu) *kelonggaran sikit

Konsep ? Soalan Harian dan Soalan Terkumpul (tak kiralah sama ada soalan, gambar, teka meneka dll)
Tak semestinya pemenang terpantas.Kemungkinan mencari peneka tepat yang ke 5 (cthnya)
Ada juga konsep kreatif dll (akan dimaklumkan)

Hadiah ? Di taja oleh 11 penganjur. (Macam - macam hadiah ada)

Penganjur ? Di rahsiakan untuk sementara ini.Pada yang dah tahu tue diam - diam ye! Kang bocor pulak rahsia!!

Lagi apa nak tahu? Sila bertanya di entry ini. Bersiap sedialah hanya tinggal 11 hari je lagi..... 

Semoga GA 11 ini akan mendapat sambutan terutama dari Geng Giler CGL di blog ini.

861 : Tahniah >> Hasmidar Hashim & Uzair

Marilah terjah blog saudara mara sendiri.Tahniah buat Hasmidar Hashim & Suaminya Uzair.Hubungan kami ialah sepupu sepapat yang sangat rapat dan membesar bersama - sama .Tahniah sebab dia orang nak dapat 'baby". Sempat ke 11.11.11???

Alhamdulillah.. rezeki kan.. ye ye ye..dapat baby.. Tahniah..tahniah (seratus sebelas juta kali)

Siapa Edat Uzair?? sila lah layari blognya berwajah baru di http://e-datuzair.blogspot.com/ salah seorang penaja GA 11 (Oooops!!) bocor rahsia... Edat nanti jumpa kat Wangsa Walk nak? 9.4.11. Eh! hari ini nak online ym mesti dia ada.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Rindu zaman - zaman kanak2...

860 : My Hantaran >> Majlis 19.6.11

Dan Hantaran "Sangkar Cinta" ialah....

Cincin perkahwinan di dalam sangkar
hantaran ini di namakan "Puncak Kasih"

 Manisan cokelat dari luar negari (kononnya pada hal beli kat Langkawi tak pun Labuan je..jauh sikit)
Hantaran ini di namakan "Madah Berhelah"

 Hadiah produk kecantikan bernama "Chanel" ok ke produk tue? Kalau x sesuai dek muka dia
Kasi tukarla. Oh! nama hantara ini ialah "Anggapanmu"

Semua hantaran dari aku kepada dia bertemakan ZZ (Ziana Zain) Eh! maksudnya Lagu - lagu Ziana Zain.Lain - lain hantaran bernama "Menadah Gerimis, Melara Jiwa, Bersama Akhirnya". Ok x? x boleh blah kan!!!

Agak2 hantaran dari pihak pompuan mesti bertemakan lagu - lagu Maher Zain kot!
"Insya -Allah, Open Your Eye, For the rest of my Rest" ok x?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ini adalah hasil ilham/idea untuk satu contest kat bilik sebelah Contest Sana Sini

859 : JJMM >> Restoran Mek Tomyam Ukay

Lokasi kejadian di Ukay Perdana (seperti biasa)

Menu nasi goreng tomyam + udang celup tepung + telur dadar + air tembikai = RM 13. Murah kan?

858 : Perbezaan Antara Suka, Sayang & Cinta

Saat kau MENYUKAI seseorang, 

kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri

Saat kau MENYAYANGI seseorang, 

kau ingin sekali membuatnya bahagia 
dan bukan untuk dirimu sendiri
Saat kau MENCINTAI seseorang, 
kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu



Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada
disisinya maka kau akan bertanya,"
Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau MENYAYANGI seseorang 
dan berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kau MENCINTAI seseorang 
dan berada disisinya maka kau 
akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, 
kau akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya
CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dipundakmu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah
ini bersama- sama."


SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata, "Ia sangat cantik dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu
CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata, "Buatku dia adalah anugerah
terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu, maka kau akan marah 
dan tak mau lagi bicara padanya
Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu, engkau akan menangis untuknya
Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu, kau akan berkata,"Tak apa dia hanya
tak tahu apa yang dia lakukan."


Pada saat kau SUKA padanya, kau akan

MEMAKSANYA untuk menyukaimu
Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kau akan menemaninya bila

itu menguntungkan
SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia membutuhkan
CINTA adalah kau akan menemaninya di
saat bagaimanapun keadaannya



SUKA adalah hal yang menuntut
SAYANG adalah hal memberi dan menerima
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hasil cetak rompak dari blog INI. Fikir - fikirkan...

857 : Jemputan >> Kembali ke Kg Selarong Lalang Kiri =) Part 2


Merujuk kepada entry bertarikh 30.3.201.Sila klik SINI . 

Lupa pulak nak khabarkan bukan balik ber2 la. (he he he) 'awak' ajak la adik bongsu awak dan saya juga akan minta izin abang saya untuk colik anak buah sulungku si Azizi yang sebaya dengan adik bongsu mu. Boleh ke?

Sekian entry Part 2.Eh! agak2 ada tak part 3..4..5..?

Wednesday, March 30, 2011

856 : Pengumuman, GA Pertama & Teka Jumlah Novel My Shaizhar >> Di Tutup 1.4.2011

Atas sebab - sebab tidak dapat dielakkan.GA Pertama ini akan berakhir awal pada 1.4.11 jam 11.59pm


Sumber informasi dari bilik sebelah di Contest Sana Sini

855 : KLIBF 2011 >> Akan datang.....

Kuala Lumpur International Book Fair 2011
Tarikh : 22 April 2011 - 1 Mei 2011
Lokasi : PWTC Kuala Lumpur
Time: 10.00am - 9.00pm

854 : S.H.A.I.Z.H.A.R >> Saya tak Romantik

Sejam satu enrty sejak sebelum 8 pagi tadi. Giler ke? Ha ha ha.. hari ini mood update blog dengan harapan dapat mencapai 1000 entry pada 19.6.11 boleh?

Saya tak romantik? Ye ke?? Pada pandangan saya. Ewaah... tetiba sopan santun menjadi saya? Ye saya rasa saya tak romantik kerana......

Tak perlu mengeluarkan kata - kata sayang, cinta kasih kalau tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang lain.Mungkin di lahirkan sebagai anak bongsu membuatkan saya pendiam dan jarang membuang masa dengan perkara - perkara tidak berfaedah.Saya bukanlah kaki rambu, keluar malam hingga ke subuh hari dan berlepak king kong di mamak bercerita pasal bola sepak, kereta dll berkaitan lelaki.

Adakah menjadi lelaki tidak merokok membuatkan saya menjadi tidak romantik? Bacalah antara entry dari blogger tentang cerita ini.

853 : Pengumuman >> Pertandingan Mencipta Banner GA 11 - DI BATALKAN

- DI BATALKAN -
kerana tidak mendapat sambutan


  da


serta 9 penganjur lain bergabung dalam GA 11

Klik
Tarikh Tutup : 2.4.11 (jam 11.59 pm)

GA 11 akan datang di bilik sebelah kat Contest Sana Sini mulai  
11.4.2011 - 21.4.2011  
selama 11 hari dengan 11 penaja termasuk tajaan dari blog ini S.H.A.I.Z.H.A.R serta 9 lagi blog yang lain.

Oleh yang demikian 1 pertandingan mencipta Banner untuk GA 11 ini akan diadakan.
 
Syarat - syaratnya ialah

Tajuk -) Pertandingan Mencipta Banner - GA 11
Banner mestilah berwarna warni seperti blog Contest Sana Sini
Mesti ada tulis perkataan GA 11
Minimum 1 penyertaan dan maksimum 3 penyertaan dalam 1 entry
Penyertaan haruslah di hantar di blog ini sahaja
taruk Id Follower & Link 

Tarikh pertandingan mencipta banner ini ialah dari hari ini 26.3.11 sehingga 2.4.11
Keputusan adalah muktamad.Banner terbaik akan menjadi hak milik penganjur dan seterusnya di gunakan untuk GA 11 yang akan diadakan pada 11.4.11 selama 11 hari.

Hadiah -) Top Up RM 5 20 
Di berikan kepada Nabila Medan atas usaha dan penyertaan beliau.

Apa itu GA 11? ga 11 ialah Giveaway dari 11 penganjur selama 11 hari berturut - turut. Penaja berbeza - beza setiap hari dan setiap peserta haruslah membaca syarat - syarat yang ditetapkan. Penyertaan terbahagi kepada 2 ialah Hadiah Harian & Hadiah terkumpul dari 11 penganjur.

Marilah sama - sama memberi sokongan untuk GA 11 ini.... Siap sedia mengemparkan blog Geng Giler CGL mulai 11.4.11 ini.... (Insya-Allah)

Kata Shaizhar : Terima Kasih kepada penaja yang sudi memberi sumbangan dan menyertai GA 11 ini.

Sebarang pertanyaan sila email di shaizhar (at) yahoo (dot) com

852 : Jemputan >> Kembali ke Kg Selarong Lalang Kiri

Insya-Allah hujung bulan April 2011 sehingga 2.5.11 aku dan 'dia' akan berkunjung ke Kg. Selarong Lalang Kiri di Alor Star/Setar kat negeri Kedah Darul Aman.

'Awak' saya kena minta izin ngan Tn Hj dulu ke? Hu hu hu... jap..jap. dari KL menuju utara nak naik apa yek? Kereta? Oiii saya mana ada kereta. Naik keretapi nak? Mudah, jimat dan murah.. he he he.. ambik yg tidur ok gak. Kalau naik bas.. erm.. sakit badan. Apa?? naik kapal terbang.. alamak!! kena beli kat Air Asia la murah sikit.Ke awak nak belanja? he he he.

Ada apa di Kg Selarong? Ya la.. mestilah balik jumpa ayahku dan mak tiri yang dah lama tak bertemu. Selain bertentang mata dan menunjukkan calon menantu niat utama aku mestilah nak mengunjungi pusara bonda + gie umah mak saudaraku. Rindunya...dah lama tak balik kg. so mcm mana, ok tak? Cadangan di terima atau di tolak ni?

851 : Panggilan Batu Pahat >> Jumpa Siapa?

Dengan ini saya menerima jemputan untuk mengunjungi daerah Batu Pahat pada hujung minggu ini.
Untuk tujuan apa? berjumpa siapa? dan kenapa? mengapa? dll.. Jangan tanya la.. (sakit telinga, mata & ....)

Terima kasih kepada yang mengirimkan jemputan ini. Kepada cik Retnawati yang kebetulan berada di Batu Pahat. Kita jumpa di sana...disana (Insya-Allah) jgn skandal2 kan kita org tau!. Aku dah anggap dirinya seperti kakak. Ya! burung kakak tua. Hinggap di jendela. Ooooops!!! gurau je.. :p

Semoga ini adalah langkah seterusnya untuk menuju bahagia.Dengan restu dan doa daripada mereka yang berkenaan pasti hubungan yang terjalin akan lebih di berkati A-Min. (Next!! jumpa si Ayah).. erm....

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Macam manalah nak berhadapan dengan 'Tn. Hj'"walaupun bukan pertama kali tapi ku rasa getarnya menyelubungi sanubari.Doa & harapanku semoga segalanya di permudahkan (A-Min)

850 : Good Bye >> Sri Baiduri, Ukay Perdana

Hasil cetak rompak dari mudah.com

Berat rasa hati nak melangkah pergi
Tapi apakan daya aku terpaksa.....

Good Bye >> Sri Baiduri Apt, Ukay Perdana
Aku akan menjualmu sedikit masa lagi.
Ada sesiapa tahu mana - mana syarikat yang nak membeli rumah/apt?
Aku kurang arif dan risau takut tertipu.
Eh! kalau 'bakal mertua' membelinya ok gak
Duit keuntungan tu boleh buat hantaran/persiapan/kenduri kawinku nanti 11.11.11
boleh tak? (sambil tersipu - sipu malu)
Untuk masa depan, aku memilih untuk pindah ke E-11-11. Cantik kan no tue?
Biarlah orang nak kata aku basuh kaki ke jari ke tangan ke.Ada aku kisah.
Janji 'dia' sudi menerima kehadiranku. Boleh cik 'N'? Melampau ke permintaan ini?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kita hanya merancang tuhan yang menentukan

849 : Merenung Masa Depan


Ku merenung
Melihat di luar jendela
Tentang masa depan
Jalanan keretapi
Terbentang luas di hadapan mata
Mewakili sebuah kehidupan
Perjalanan hidup yang masih jauh

Ku memandang
Ku bertenang
Mencorak hari mendatang
Memikirkan tentang harapan
Semoga pilihanku yang terbaik
Untuk hidup yang lebih baik


848 : JJMM >> Restoren Sri Tanjung, Ukay Perdana

Lokasi kejadian ialah di Ukay Perdana, Ampang, Selangor Darul Ehsan

Masa kejadian ialah 9.00 pm takkala bersiarannya cerita Asmara 2 di TV3.

Menu malam tersebut ialah Nasi + telur dadar + paprik campur + sotong goreng tepung + teh o limau 
= RM 12.50

847 : Happy Belated Birthday >> Nurul Nazzryyana Sabar

Pada 29.3.2011 genaplah usia ke 15 cik adik manis Nurul Nazzryyana Bt Sabar.Anak kepada Puan Marlin.
Happy Birthday dik. Good Luck for PMR yek!. Hadiah? alamak... lupa la.. tak de party tak de hadiah :p

'Adik' ini walaupun anak ke 2 daripada 3 adik beradik namun dia tetap di panggil adik. so what? dia memang 'adik' pe.. sebab... nak kena bagi tahu ke? erm... jgn marah tau! kerana.. dia.... uhuk uhuk (sambil batuk) dia qhenit (ha ha ha.. mcm nama kucing dia :p) Eh! sebab dia 'kecik' kot... terbantut.. ha ha ha (sambil gelak guling - guling) nak hadiah tak??

Apa pun adik adalah seorang yang paling ringgan tulang dan pengalah. Eh! maksudnya.. dia memang buat apa - apa tanpa banyak soal la. (Eh! ye ke?) la la la.... Apa pun semoga adik membesar (boleh tambah tinggi lagi ke?) he he he.. ya! membesar bagai johan raja lawak. Pandai - pandailah membawa diri dan memilih kawan. Fikir dulu baik buruk sebelum melakukan sesuatu. Jangan malas - malas tau! Masa depan bermula daripada hari ini.Kalau malas belajar nanti jadi suri rumah sepenuh masa je la.

Tetiba panjang pulak merepek kerepek la pulak. Selamat Hari Jadi 'Adik'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Psssst..... Jangan bangun lambat & tak mandi pagi tau! Ooooops... embeeeeek...

846 : NAK JOIN BLOGLIST IRMA A. WAHID



Klik SINI

ok..syarat2nya macam ni

1. korang amek banner kt atas ni, letak kt blog korang..

2. buat satu entri " NAK JOIN BLOGLIST IRMA A. WAHID".

3. pastu tinggalkan URL blog anda ke dalam komen entri ni ok...

senang je kan..so pasni saya akan listkan kesemua link blog anda tuk pengetahuan org ramai dan kesenangan saya jugak tuk terjah blog anda...

 klik utk pembesaran

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Banner yang penuh warna warni. I like !

Tuesday, March 29, 2011

845 : TOPIMAGINE BLOGLIST - RAPATKAN SILATURRAHIM


Klik SINI

1. Ko orang wat satu entry bertajuk "TOPIMAGINE BLOGLIST - RAPATKAN SILATURRAHIM" dan letakkan banner kt atas ni dalam entry ko orang...

2. Ko orang nak follow ke x terpulang la.. (coz, kalo follower aku bertambah tp, entry aku xdpt feedback wat pe kn.. )

3. Citer sket pandangan ko orang tentang header aku ngah berimaginasi tu... hehe...(Macam orang mengantuk di sorongkan bantal)
4. Send link entry ko orang tu kt comment box entry ni..

5. Senarai bloglist (tarikh tutup) tu akan mula dipublish bile follower aku dah cecah angka 777.. so, lame la kn tempoh tu coz angka follower aku lembab sket bertambah :)

6. Bile dh tersenarai, kalo sape2 yang xupdate blog dieorang selama seminggu, aku remove serta merta :)

7. Tag la 2 orang (nk lebih pon xpe) *semua pengunjung blog ini.

844 : Apakah ini? Siapa Nak Komen?

KTM itu aku tahulah (Keretapi Tanah Melayu) .Pejabat tue pun faham la maksudnya.Tapi apa itu Merinyu??
Alamak! dah la tak ada kamus dewan bahasa & pustaka. hu hu hu.

Gambar di ambil sewaktu perjalanan pulang dari JB - KL melalui jalan keretapi. Ada sesiapa nak komen?

843 : Seikhlas Cinta Ini >> Terima Kasih

Alhamdulillah tak putus - putus mendapat hadiah.He he he...bukan sekadar kurma & kekacang itu ( apa namanya yek?) ada juga cokelat yang sangat sedap sehingga memberikan 1001 rasa kenikmatan.Ada juga key chain daripada dubai dan set tali leher warna biru (i like!!) bila leh pakai yek! Ooooo tunggu dapat kerja dengan 'bapa mertua' punya company.he he he.. (sambil angkat tanggan dan berdoa .. semoga di makbulkan A-Min)

Hadiah seterusnya ialah beg + sejadah = 2 in 1. Boleh di bawa kemana sahaja terutama solat jumaat. Terima Kasih 'N' sebenarnya dia baru balik dari menunaikan umrah di tanah suci.Sekian jangan tanya lebih - lebih. Terutama mak cik purple. ha ha ha ha (dia baca ke blog aku yang tak popular ni?) Ya la... siapalah aku? ha ha ha..

842 : Hadiah Dari Penaja Dah Terima

Alhamdulillah.Hadiah dari penaja untuk GA 11 telah di terima (Terima Kasih daun keladi) entry 833 : Bila Hidup di Taja >> Terima Kasih Semua yang di order ada siap dapat lebih lagi. he he he.Khabarnya ada yang akan menyusul? Biar betik.....

Lepas ini akan publish gambar hadiah tajaan daripada blog S.H.A.I.Z.H.A.R dan blog bilik sebelah Contest Sana Sini. Wahai penaja - penaja lain.Khabar - khabarkanlah hadiah tajaan dan kosnya. Apa pun nasib baik beberapa orang daripada mereka aku kenali kerana mereka Geng Giler CGL dan seorang tue adalah 'kakak' terangkat aku si Bisikan Hati. ha ha ha.

Monday, March 28, 2011

841 : Jatuh Cinta >> I ♥Love Kayla

Selepas menghadiri perkahwinan Naniey & Sham di UM (Universiti Malaya) Akademi Pengajian Melayu. Aku terus terbang ke Taman Sri Gombak. Berdasarkan pertunjuk melalui SMS yang diberi aku adalah tidak sesat menyesat.Akhirnya dapat juga bertemu dan bertentang mata dengan Kayla iaitu Junaidi + Karni = Kayla

Kata Shaizhar : Si baju ijau dah pegang baby.. bila lagi? Cepat2 la masuk meminang si 'dia' la la la. Hasil cetak rompak dari FB Retnawati. TQ (x bawa kamera sendiri...lupa kat mana letak kamera tue.Ingatkan ada kat office tapi rupanya!!)

840 : Iklan Keluar Surat Khabar

Sila klik untuk melihat dengan lebih jelas dan besar.Manalah tahu kot - kot ada email address kau orang. Ya! Iklan kerja kosong sudah keluar kat The Star sabtu lepas dan hari ini (isnin) resume yang masuk adalah berlambak - lambak.Nasib baru 200+ kalau beribu - ribu lemon macam mana?

Ada 17 iklan jawatan dikeluarkan dari setinggi - tinggi jawatan sampai la ke serendah - rendahnya. Dekat nak tenghari barulah clear semua resume itu aku pandang2 dan jeling2 serta di masukkan dalam folder mengikut jawatan.Yang tak menepati citarasa aku biarkan je tersadai kat situ.Itu belum kira di kira resume yang tak boleh di baca dek komputer aku.Apa pun dah lebih 300++ permohonan di terima.Harap - harap adalah calon yang sesuai.Semoga esok tak beratus - ratus lemon email yang masuk.

Kata Shaizhar : Sakit mata memandang resume bermacam jenis dan aneka rupa.

839 : Menang Lagi >> Hadiah Cute Miut

Hadiah yang dimenangi.Satu je la. Bukan semua. Memang aku teka tak betul tapi aku adalah early bird.Eh! tak ada pulak hadiah 'bird' kan.Aku memilih yang tengah - tengah iaitu Harimau Kumbang.Ini buktinya aku yang pertama Klik Sini

Tahniah pada pemenang lain.Keputusannya boleh di lihat sendiri di SINI. Terima kasih di ucapkan kepada penganjur sebab memilih saya untuk menang.TQ AZNI

838 : Sepuluh (10) Situasi Yang Wanita Harus Fahami Tentang LELAKI + yg ke 11 ialah...


Hasil ciplak dari blog Encik Hello Call Centre...
  1. Bila si dia sibuk........ Jangan pulak terhegeh-hegeh m intak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer...
  2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.
  3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin , bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. Bile mau tunang ka, kawin ka..? heh.heh..
  4. Bila si dia panas baran........ Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi  api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
  5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti selipar putus ker, aper2lah... Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah kepenatannya.
  6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa t ak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.
  7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
  8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya , buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
  9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii
  10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
  11. Jangan la kerap sangat SMS mungkin si dia yakni aku akan jadi rimas dan lemas. Dulu - dulu senjakala purba memang aku hangin satu badan. Tapi sejak kebelakangan ini iaitu tahun 2011 aku buat selamba badak je.Antaranya *baca SMS tue lambat sikit atau baca SMS tue dan terus DIAM tanpa balas.

837 : Pertandingan Mencipta Banner - GA 11




  da


serta 9 penganjur lain bergabung dalam GA 11

Klik
Tarikh Tutup : 2.4.11 (jam 11.59 pm)

GA 11 akan datang di bilik sebelah kat Contest Sana Sini mulai  
11.4.2011 - 21.4.2011  
selama 11 hari dengan 11 penaja termasuk tajaan dari blog ini S.H.A.I.Z.H.A.R serta 9 lagi blog yang lain.

Oleh yang demikian 1 pertandingan mencipta Banner untuk GA 11 ini akan diadakan.
 

836 : Isnin Yang Berterusan >> Menang Lagi

Alhamdulillah rezeki hari isnin berterusan dan ini kejayaan ke 24 bagi tahun 2011. Hadiahnya??

Menang frame home made. Hari ini baru dapat Bookmark dari Jieda.Warna purple (I like!) akan bertambah like kalau ianya berwarna biru.
Last week menang hadiah paling berbaloi -baloi iaitu Top UP RM 50. Best kan?? TQ penganjur.


Kata Shaizhar : Ada beberapa kemenangan belum dapat hadiah.Apa perlu saya buat? Dah lama diamkan diri tetapi tetap tak dapat hadiahnya.Sebenarnya malas nak bising - bising. Kasi idea pls??

835 : Al- Kisah 26.3.2011

Jeng..jeng.. bukan aksi ini yang nak diceritakan tetapi al kisah yang berlaku pada 26.3.2011 pada detik 11.11am di KL Sentral menuju ke Mid Valley seterusnya membeli itu dan ini termasuk ke MPH dan Lunch @ Pizza Hut.

Apa nak diceritakan? Aaaaah bilalah menjadi rahsia namun aku yang dapat dikatakan di sini aku TIDAK suka bila 'dia' menceritakan masa 'silamnya' Ya! air muka aku berubah.Kan..kan..kan.. Aku juga malas atau tak akan menceritakan 'masa silamku' kerana bagiku apa yang aku pilih adalah kehendak aku sendiri dan baik buruk sendiri tindakan itu adalah kerana pilihan aku juga.

Aku tidak mampu memandang matanya lama - lama.Kenapa? kerana aku takut aku tewas. Aku juga berjalan laju daripada biasa kerana aku sudah biasa dengan keadaan tersebut.Seperti biasanya aku kurang bercakap dan tidak banyak bercakap terutama yang melibatkan hati dan perasaan kerana aku adalah seorang yang tidak suka mempermainkan hati & perasaan orang.Biarlah ianya datang secara semula jadi.

Masa berlalu begitu pantas sekali.Akhirnya perpisahan untuk seketika terpaksa aku relakan juga.Berdua terlalu lama boleh memunculkan yang ketiga iaitu 'Syaitan' Kan... kan.. kan?

Kata Shaizhar : Kita hanya merancang hanya tuhan yang menentukan.

Thursday, March 24, 2011

834 : SEGMEN 50 BLOGLIST BLOGGER BERSAMA AIM DAN MIA


Klik Banner atau SINI

Tarikh Tutup : 23 April 2011




Mangsa Tag

Blog review pilihan saya Fadwa Daud



Jom - jom joint segmen ini dan menyokong niat murni Aim & Mia

 Klik SINI
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015