Wednesday, December 21, 2011

1120 : Keluarga 'Sha' Menyerang E-11-11

Tarikh kejadian ialah pada 18.12.11 sekitar jam 11.11am (nak juga). Tempat kejadian ialah di Kuarters Kastam, Kelana Jaya.

Antara ahli keluarga 'sha' yang hadir. kecuali yg berdiri tue ada dua orang bukan nama ' sha'. ha ha ha.

Menu breakfast + lunch hari kejadian ialah. Mee Goreng, Sambal Ikan Bilis, Telur rebus & Ikan Haruan goreng, Kuih Muih dan yang paling mendapat sambutan ialah Nasi Lemak 'ShaNaz'.

Antara anak - anak buahkan yang bernama 'sha' hadir di masa kejadian.Mereka ini adalah pantang berjumpa 'katil' masa kenduri kat Kedah pun masing - masing suka 'berkampung; atas katil dan dalam bilik pengantin.

Dari Kiri Kakak Iparku Yusnita dan Abangku, Shafirol Abu Bakar yng sekarang tinggal nun jauh di Kota Kinabalu, Sabah. Agaknya bila lagi dapat berjumpa lepas ini?

Anak buah perempuan sulung dalam keluarga 'sha' kini berusia 15 tahun dan di kanan sekali anak buah no 4 yang rapat denganku selepas anak buah yang sulong.

Antara aksi kami... ahli keluarga 'sha' yang berbaju biru itu adalah ahli ke 12 merupakan anak buah yang paling aku 'geram' dan rindui kebelakangan ini.

Anak buah no 10 & 11.Umur sama dan sebaya tapi saiz dan ketinggian bukanlah ukuran.Kini ke duanya berusia 6 tahun dan akan menjejakkan kaki ke sekolah rendah tahun hadapan (2012)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nantikan Part 2. Insya -Allah...

1 comment:

Jack Sparrow KK said...

kat sini kami dah serang..bila lagi nak bertandang ke KK..Feb 2013 ka???

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015