Thursday, November 10, 2011

1093 : Bicara Terakhir >> Hari - Hari Terakhir Lelaki Bujangan

Kelas tak tajuk dia? he he he.... Hari ini 10.11.11 merupakan ulangtahun kelahiran ke 18 anak buah sulongku... Shahuzzaimie Azizi Bin Shafendi.

Bicara terakhir di Hari - hari terakhir Lelaki Bujangan menjadi tajuk Pilihan
Boleh klik di sini sebagai panduan
atau
Klik juga di sini untuk pengetahuan

Selepas 31 tahun hidup 'sendirian'
Akhirnya telah di takdirkan untuk 'berteman'
Dan tarikh keramatnya ialah 11.11.11
Kenapa 11.11.11?
Itulah yang telah di tentukan oleh Illahi kepada 'Kami'.
Dan hadiah hari jadi/lahir paling bermakna kepada diri ini.

Lebih 4 tahun perkenalan
Itulah rahsianya
Hanya hampir 9 bulan ini sahaja...
Hubungan 'Kami' menjadi 'Luar Biasa'

3.3.11 itu tarikh ikatan antara 'Kami'.
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar
Pertama kali berkunjung ke kg halamannya di 'Batu Pahat'....
Merisik di 'Damansara Damai'...
Syukur kehadrat Illahi... Segalanya di permudahkan.

19.6.11 ikatan antara 'Kami' secara rasmi menjadi 'Tunangan'
Dalam tempoh hampir 5 bulan tersebut
Berbagai dugaan dan cabaran telah di tempuhi
Ku terima dan harungi dengan penuh ketabahan
Biarpun kadangkala ujian itu terlalu berat untuk di tempuhi

Kejujuran itu penting
Keikhlasan sangat di hargai
Kesetian begitu bermakna

Berperasangka baik dalam apa jua perkara
Bersabarlah dalam mengharungi kehidupan
Tabahlah dalam menempuh dugaan
Kuatkanlah semangat dan terus yakin untuk meneruskannya.

Ketakutan itu...
Seharusnya di jauhi
Kecekalan harus di miliki.

Bila kita punya 'ilmu'
Seharus ianya di pergunakan.
Bukannya di persiakan.

Ketakutan itu...
Hanyalah bayang - bayang
Yang perlu di jauhi
Dan perlu ada kekuatan dalam diri

Selepas ini tanggungjawab seorang lelaki bujangan yang 'bakal' menjadi suami orang akan bertukar.
Kehidupan diriku pastinya tidak lagi seperti dahulu.Semoga hidup bertemanku akan di rahmati Illahi dan perjalanan hidupku lebih baik daripada 31 tahun sebelum ini.

Mungkin biarpun terpaksa untuk mengambil masa 32 tahun lagi...
Aku akan melaluinya untuk menjadi 'sehebat' Ayahnya...
Aku harus akui 'kelemahan diri'...
Aku 'Yang Tak Sempurna'...

Kenalilah diri ini seperti mana aku cuba untuk mengenalinya
Hargailah diri ini sebagaimana aku akan menghargai kehadirannya
Terimalah diri ini dengan seluruh jiwa raga seumpama mana aku menerimanya dengan redha

Jauhilah ketakutan itu... tabahlah diri dalam melalui hari - hari bersama kelak
Usah menangis dan membazirkan air mata
Sama - sama baiki diri dan menjalani kehidupan dengan sebaiknya.
Terimalah keluarga besarku seperti keluargamu sendiri

Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami untuk diriku wahai Shaizhar B Abu Bakar
dan

Selamat menjalankan kewajipan + tanggungjawab sebagai seorang isteri buat Nazuha Bt Ab Wahab

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Selamat Ulangtahun ke 31 untuk diri sendiri.Semoga inilah hadiah hari lahir terbaik untuk diriku.Sedih...amat sedih bila mana arwah 'Mak' tak bersama pada detik bermakna dalam hidup ku ini. Al - Fatihah (A-Min) Terima segalanya dengan redha biarpun kadang kala kita sukar untuk 'berpisah' dengan Insan yang paling kita sayang.

3 comments:

Nik Nurehan said...

Tahniah shai & kak na. Moga hari2 mendatang dpt ditempuhi bersama dan sentiasa bersabar.

Jun said...

salam shai..lama akak x tinggai jejak kat sini..nway, tahniah ye..selamat mendirikan masjid..muga kekal hingga k syurga..bila nak dtg umah akak lagi? hehe...

psst! jgn debor2 ye...harap2 semuanya berjalan lancar..(tunggu CMG punya turn ntah bilalah, hehehe....mau tersedak dia ni!)

Shaizhar said...

Nik Nurehan -) thanks.. dah joint group 'suami org' ha ha ha

kak jun -) thanks singgah sini. Alhamdullilah..dah selesai majlis pihak perempuan) Majlis kat kg saya menyusul bulan december.

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015