Tuesday, November 01, 2011

1086 : Persiapan >> Dan Jalan Menuju ke Lokasi Majlis Bahagia 12.11.11

Lokasi yang di tujui ialah Kelana Jaya.Tak penah datang? Erm... sila ikut LDP, Lebuhraya Damansara Puchong.

Dari Bandar Utama/One Utama menuju ke Sunway/Sunway Pyramid/Puchong/Putrajaya melalui LDP.

Kemudiannya lokasinya selepas Giant Mall Kelana Jaya.Terdapat jejantas seperti di atas dan di kirinya ialah.....

Inilah rupa paras Pejabat Pos Kelana Jaya (sedih melihatnya) Eh! tak de orang nak tolong catkan ke? Oooops!!
Teruskan sahaja perjalanan tanpa perlu membelok ke kiri (ke kanan memang tak boleh ye!) nama pun lebuhraya. he he he...


Kalau nampak bangunan 'kuning' ini memang dah dekat la.Jangan terlajak ok... berwaspada sentiasa.

Sila bersiap sedia untuk mengambil laluan kiri (selekoh tajam gitu!) ha ha ha... Kalau terus maknanya memang berpusing - pusing juga la nanti.

Sila ambik kiri ye... ye ye.. kiri mana ada jalan kanan... :p dan kemudian teruskan perjalanan.

Sebelah kiri anda akan kelihataan sebegini rupa.Dan ini adalah pintu masuk untuk ke 'pejabat kastam'.

Ada lampu isyarat di hadapan sila ambik kiri ye. Jalan SS 6/3 dan bukan seperti dlm kad kawin (typing error)

ulang siar ye.... sila ambik Jalan SS 6/3 tau.... kalau tak memang sesat barat la (betul ke bahasaku ini?) belasah je la....

Semakin hampir ye... sila lihat sebelah kiri... Itulah pintu masuk menuju ke Dewan Serbaguna Kastam.


Dan inilah rupa parasnya dewan tersebut dan berhampiran dengan block E. Ok! pada yg dtg awal (sebelum 1 tghari) Jangan risau ada surau boleh solat zohor di sana... Majlis bermula 11.30 pagi hingga 3.00 petang.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Apakah persiapan seterusnya? Tunggu.....

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

berdebar tak?? huhuhu

gud luck

Shaizhar said...

menghitung hari....
detik demi detik.....

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015