Saturday, October 22, 2011

1078 : Persiapan >> Dari Butik ke Butik - Part 1

Dari butik ke butik pun bermula. Lokasi kejadian di Jalan Daud, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Di perkenalkan oleh Khairiah (yg baru berkahwin awal September lepas).Dia merupakan kenalan di FB dan merupakan kawan kepada My Cousin.

Ok la.Banyak sekali baju - baju berasaskan songket.Tapi sewa aksesori (tanjak, keris & rantai) agak mahal juga. Kemudian ... tak banyak pilihan (Next....)

Butik Alinas yang terletak di depan SOGO....

Ini rupa paras websitenya.Sila klik sini. Memang agak mahal. Jaket luar shj RM 250 sewa + deposit RM 250 juga. Aduh... parah... parah...

Lokasi seterusnya berhampiran Kamdar (kalau tak silap) Di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ok. Menarik.Harga pun Ok.Tapi tak ada pulak jaket luar warna merah yang siap sedia.Aduuuuuh...... (next)....
Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tujuannya nak cari akesesori dan tambah baik mana yg patut la di hari bahagia.Tak kan nak pakai baju melayu semata - mata? Tak pe... Insya-Allah akan datang la tu 'pertunjuk' daripada Allah. Kalau tak dapat yang KL boleh sambung cari di Shah Alam, Klang, Meru, Kapar & Teluk Panglima Garang.Rasanya kawasan - kawasan sana lagi murah kot.Semoga semuanya di permudahkan. A-Min

1 comment:

Sis-Lin said...

Ooo kira nak pakai ala2 pahlawan la...adik aku punya pun mahal., sepasang rm250 tp siap luar dan dalam... :)

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015