Wednesday, October 19, 2011

1075 : Persiapan >> Dan Bila Kad Itu Tiba Akhirnya....

Tiada lagi rahsia... Insya-Allah.. Majlis angkat nikah pada 11.11.11 dan Majlis di sebelah pihak perempuan pada 12.11.11 di Kelana Jaya. Minta maaf lagi sekali jemputan pada tarikh tersebut adalah terhad dan hanya yang di jemput sahaja.

Lokasi majlis 12.11.11 ialah di Dewan Serbaguna, Kastam di Kelana Jaya. Harap apa yang di rancang akan di permudahkan.

Hari Isnin tghari dapat 'Kad Kawin diri sendiri'. Sessi taip menaip nama pun bermula. Di sebabkan tak 'sibuk' dapatlah gunting - gunting dan letak - letak masa kat office dan bersambung di rumah. Siap untuk letak nama kat dalam.

Hari Selasa pulak, sessi letak alamat dan letak setem dan sedia untuk di pos kepada mereka yang jauh dan tak berapa nak jauh yang dah awal - awal bagi alamat di FB.

Pepagi Rabu dah poskan Kad - kad untuk sessi pertama. Bahagian pertama ini adalah untuk jemputan majlis 12.11.11 shj. Lepas ini, kena siap sedia jemputan majlis 11.12.11 di Alor Setar pulak.Aduh!!!

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Siapakah mangsa 'terjah' yang menjadi yang terawal menerima 'Kad jemputanku'. Jeng.. jeng... jeng (bersambung.....)

2 comments:

chii said...

wahh..da x lama da tu..menghitung hari je la ni kan..

tahniah shai

Nik Nurehan said...

tgh buzy la neh. confirm manyak kad harus di uruskan. smoga x de nama yg tetinggal oke! hehe.

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015