Tuesday, October 18, 2011

1073 : Pertama Kali di Sasana Kijang >> Part 2

Lawatan sambil belajar 4 orang di teruskan dengan memasuki Galeri Numismatik. Apa itu Numismatik? Sila rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka.

Terletak di pintu masuk Galeri ini.Rasanya galeri ini sesuai di kunjungi oleh pelajar - pelajar sekolah rendah. (Ala - ala Muzium la nie)

Terdapat banyak sekali koleksi duit - duit syiling lama di pamerkan di sini. Siap boleh main tekan - tekan lagi (Konsep Interaktif)


Klik je kat jari nanti duit syiling - syiling yg bergerak - gerak di skrin dari kiri ke kanan akan mengeluarkan maklumat lengkap tentang duit syiling yg di klik tadi.

Antara salah satu yang unik ialah 'Duit Ayam' kau orang penah jumpa? Tak kan.... he he he he...

Penah tengokkan kan? Dari sinilah munculnya inspirasi untuk wujudkan BSN (Bank Simpanan Nasional)

Lihat dengan jelas dan terang lagi. Sebabkan duit ini spesis besar jadi memang boleh nampak dengan jelas la jika dibandingkan duit syiling lain yang kecik - kecik saiznya.

Fakta ye bukan 'auta' kalau ada orang lain kata dia keluarkan mata wang Malaysia. Jangan percaya tau! Hanya Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pengeluar tunggal mata wang di Malaysia.

Dari duit syiling ... jom lah kita sama - sama tengok pulak duit kertas Malaysia zaman - zaman dahulu hinggalah sekarang.

Teringat tahun 1998, masa kerja 'kaunter tiket' jarang - jarang dapat RM 20.Sekali dapat 'jakun' la juga.

Yang atas ini pulak ialah keluaran duit kertas yang terbaru dengan ciri - ciri yang lebih baik daripada sebelumnya.Semoga tak akan ada lagi pemalsuan duit di negara kita.

Akan datang 2012.... Duit Syiling siri ke tiga. Lebih kecil saiznya daripada sekarang dan yang penting designnya pun lebih 'up to date'

Lihat dan pandanglah duit syiling siri pertama Malaysia ini. Semoga kewujudan Galeri seperti ini akan di manfaatkan oleh orang ramai dan masyarakat dengan sebaiknya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nantikan episod terakhir di entry mendatang. Dimana pulak yek!

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015