Monday, October 17, 2011

1071 : Halfest @ PWTC >> 16.10.11

Lokasi kejadian ialah di PWTC, KL sekitar jam 10.00 pagi waktu Malaysia.

Pakai tag tanggan macam nak masuk sunway lagoon or genting tue. Senang kan. Banyak kot penaja tue yang boleh buat konsep macam ini.Tapi sebelum nak masuk kena isi borang dulu..

Antara salah satu syarikat penerbitan yang ada.Oklah sekurangnya ada juga pilihan untuk pengunjung. Majoritinya.. makanan.. makanan & makanan..

Antara salah satu yang menarik minat di mataku di gerai Fama. Kan best kalau dapat ambik sorang satu. ha ha ha (berangan jap!)

Jom..jom.. menuju ke seberang sungai menuju ke Dewan Tun Razak 1 & 2 pulak. Nasiblah awal pagi masih tak ramai orang.

CIMB Bank antara penaja utama. Kat tempat kejadian terjumpa 'budak cimb' yang kerja kat Menara Yap Kwan Seng.Terpaksa 'buat tak layan' kang terjebak pulak mendaftarkan diri untuk apply kad kredit. Mua ha ha ha ha... selamat...selamat..

Memang best halfest nie. Banyak 'sample' makan itu makan ini. Nyum.. nyum... paling best 'dim sum' siap pusing 3 kali. ha ha ha (pengakuan jujur)

Dalam banyak - banyak produk hanyar 'muruku ikan' berjaya mencuri hatiku untuk membelinya. Terima Kasih kak.Sedap sangat.4 bungkus untuk RM10. Yelah.. akak nie 'mai' nun jauh dari Penang, dah tue.. 'both' beliau nun jauh ke belakang dan 'tersorok'.

Inilah rupa paras muruk tersebut. Siapa nak? Boleh la buat kudap - kudapan. Sesuai dengan tema perayaan yang akan datang iaitu 'Pesta Cahay' yakni Deepavali.

 Entry yang berpanjangan sehingga ke bawah. Semoga ada Halfest 2012 pulak la ye. I Like!!

Antara salah satu artis kebanggaan Malaysia yang mempunyai produk kosmetiknya sendiri siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza.

Yang terbaru ialah produk dari SY. Macam - macam ada. bukan saja kopi, rempah, serunding dan lain - lain lagi. Kelas kau SY!

Antara aktiviti di pentas.Ada SY & Vanidah Imran (Vee) + Chef Zam. Ada 'soal & jawab' hadiah tajaan SY.

Rashidi Ishak pun muncul. Memang mencuit hati sungguh lah SY ni.. Menghiburkan... hilang 'stress'.

Aktiviti seterusnya ialah masak memasak.Mengunakan produk penaja + dapur eletrik. Vee dan suaminya masak nasi beriyani & SY pulak masak 'kari' apa ntah.... ha ha ha. Memang seronok berada disini.

Tahun depan ada lagi Halfest. Ye ye ye. Boleh pergi lagi...

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga Halfest 2012 akan lebih 'meriah' dan mendapat lebih sambutan daripada orang ramai.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015